Surau Nurul Saa'dah SMK Agaseh

Surau Nurul Saa'dah SMK Agaseh Surau Nurul Saa'dah , SMK Agaseh Lahd Datu Sabah.

01/07/2022

[Bacaan Yassin & Doa Selamat]
Seperti kelazimannya, setiap pagi Jumaat, Dewan Sri Budiman akan bergema dengan alunan bacaan Kalamullah.

29/06/2022

29.06.2022 SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Larangan Memotong Kuku dan Rambut Peserta Korban*

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)." (Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

2.Menurut Imam al-Nawawi larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang lain." (Syarah Muslim Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)

3.Bagi mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Ibn Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja." (Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)

4.Majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.

Jom amalkan sunnah dengan tidak memotong kuku dan rambut bermula 1hb Zulhijjah (dijangka pada 1hb Julai) bagi peserta korban sehingga ibadat korban dilaksanakan.

Diri Dan Memburu taqwa
Agama (JIPS)IPK Kedah

29hb Jun 2022M
29hb Dhul Qa'idah 1443H

23/06/2022

[24 Jun 2022 | Jumaat]
Bacaan Surah Yassin dan doa selamat di Dewan Sri Budiman, SMK Agaseh Lahad Datu.

15/06/2022
20/05/2022

[20 Mei 2022]
Permulaan pagi yang indah dengan gema kalam suci Al-Quran, Surah Yassin berkumandang di Dewan Sri Budiman, SMK Agaseh Lahad Datu.

Salam Nuzul al- Quran1. Al- Quran merupakan mukjizat agung dan kalamullah yang berharga sebagai anugerah teristimewa unt...
19/04/2022

Salam Nuzul al- Quran

1. Al- Quran merupakan mukjizat agung dan kalamullah yang berharga sebagai anugerah teristimewa untuk umat Nabi Muhammad SAW.

2. 114 surah al- Quran adalah hadiah untuk umat akhir zaman mengambil ibrah dan pelajaran lantas mengemudi kehidupan sebagai petunjuk dan pedoman.

3. Al- Quran yang agung diturunkan pada malam yang agung di bulan yang agung kepada nabi yang agung melalui malaikat yang agung iaitu Jibrail untuk umat yang agung. Semua perkara yang terkait dengan al- Quran menjadi agung dan hebat. Maka umat islam tidak akan menjadi agung dan hebat jika mereka meninggalkan panduan petunjuk al- Quran.

4. Setiap huruf, setiap kalimah, setiap ayat, setiap surah al- Quran adalah syafaat bagi yang membaca dan mengamalkannya sebagaimana sabda Nabi SAW “ puasa dan al- Quran menjadi syafaat kepada hambanya pada hari kiamat “.

5. Membangun peradaban umat mesti melalui manhaj al- Quran yang terbukti berkesan sebagaimana pembinaan generasi al-Quran di awal surah Iqra’ diturunkan kepada junjungan besar ar-Rasul Muhammad SAW.

6. Mari kita menghargai nikmat mukjizat al- Quran dan kita menjadikan al-Quran sumber rujukan dan kekuatan kita. Kita membaca, mentadabbur dan mengaplikasikan wahyu di dalam hidup kita serta menyebarkannya ke seluruh manusia sebagai kitab rahmah wal hidayah.

Salam Nuzul al- Quran 1443 H
Catatan Ramadan

Perkongsian Hadis: Ganjaran Memberi Makan kepada orang Yang Berbuka puasa.807-حدثنا هناد ، قال: حدثنا عبد الرحيم بن سليم...
08/04/2022

Perkongsian Hadis: Ganjaran Memberi Makan kepada orang Yang Berbuka puasa.

807-حدثنا هناد ، قال: حدثنا عبد الرحيم بن سليمان ، عن عبد الملك بن أبي سليمان ، عن عطاء ، عن زيد بن خالد الجهني ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ".

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abdurrahim bin Sulaiman daripada Abdul Malik bin Abu Sulaiman daripada 'Atha` daripada Zaid bin Khalid Al Juhani RA berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka, dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun".

(Al-Tirmidzi, Muhammad Ibn Isa, Kitab puasa, Bab keutamaan memberi makan orang yang puasa, No hadis 807, jld. 2, hlmn. 160. Hasan Sahih)

🪄Ulasan Hadis:

Hadis ini tentang galakan dan kelebihan mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa . Hal Ini merupakan satu kemuliaan kepada Umat islam untuk saling memberi makan , terutama bagi mereka yang memerlukan.

Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’.

(Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam , Hlm. 18)

Hal ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:
"Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala" ( Surah Al-An’aam : 160).

as a champion🏅
-6

01/04/2022

Proses baik pulih meja pelajar diketuai Cikgu Rosli Usama & Cikgu Henry Suntiam bersama Ketua Bidang Cikgu Nazam... Target 150 meja

Semoga Allah berkati usaha guru2.. 🤩🤩🤩

Majlis Bacaan Yaasin & Tazkirah "Marhaban Ya Ramadan"Bacaan Yasin dibimbing oleh : al-Fadhil Ustaz Mohd Faris Husna bin ...
01/04/2022

Majlis Bacaan Yaasin & Tazkirah "Marhaban Ya Ramadan"
Bacaan Yasin dibimbing oleh : al-Fadhil Ustaz Mohd Faris Husna bin Md Hasan
Tazkirah : al-Fadhil Ustaz Ahmad Parakasi

Semoga beroleh manfaat.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

🌙MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH MARHABAN YA RAMADAN 🌙

Hari : Jumaat
Tarikh : 1 April 2022
Masa : 9.30-10.30 pagi
Aplikasi : Webex

Dengan sukacitanya, Unit Hal Ehwal Islam SMK Agaseh menjemput semua warga Agaseh (guru, pelajar dan ibu bapa) bersama-sama mengimarahkan majlis ini.

Join from the meeting link
https://meet210.webex.com/meet210/j.php?MTID=mad3ee17c1f6da62eb72d935b67baa9c1

Join by meeting number
Meeting number (access code): 2644 622 5872
Meeting password: m8kJssiGF77 (68557744 from video systems)

Salam Maulidur Rasul buat semua warga Agaseh💐Semoga Akhlaq dan Sirah Nabi kita محمد menjadi panduan dalam kehidupan seha...
18/10/2021

Salam Maulidur Rasul buat semua warga Agaseh💐

Semoga Akhlaq dan Sirah Nabi kita محمد menjadi panduan dalam kehidupan seharian InsyaAllah..

اللهم صل على سيدنا محمد

Jom 😊
18/08/2021

Jom 😊

Address

SMK Agaseh
Lahad Datu
91100

Telephone

+60196601588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Nurul Saa'dah SMK Agaseh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Surau Nurul Saa'dah SMK Agaseh:

Shortcuts

Share

Category