SK Lok Buani

SK Lok Buani Berikut adalah page rasmi Sek Kebangsaan Lok Buani, Lahad Datu, Sabah

Menghadiri majlis maulud nabi anjuran Masjid al-Ikhlas lok buani. Wakil Cikgu Asyraaf dan Ustaz Khairul drp guru SK Lok ...
16/09/2026

Menghadiri majlis maulud nabi anjuran Masjid al-Ikhlas lok buani. Wakil Cikgu Asyraaf dan Ustaz Khairul drp guru SK Lok Buani

🇲🇾 CUTI HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa SK Lok Buani akan bercuti sempena sa...
15/09/2026

🇲🇾 CUTI HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa SK Lok Buani akan bercuti sempena sambutan Hari Malaysia pada:

📅 16 September 2026 (Rabu)
🇲🇾 Hari Malaysia

Seluruh warga SK Lok Buani mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada semua murid, ibu bapa dan warga sekolah.

✨ “Malaysia Madani, Pemacu Negara” ✨

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam diri kita semua.

🇲🇾 Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita!
SK Lok Buani — Berusaha Berilmu Berjaya.





🇲🇾

🌷 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kesudi...
15/09/2026

🌷 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kesudian hadir ke SK Lok Buani bagi menjalankan pemantauan di kantin sekolah.

Pemantauan dan nasihat yang diberikan amat bermakna dalam memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan serta pengurusan kantin sentiasa berada pada tahap yang baik.

Kerjasama dan komitmen pihak KKM amat kami hargai. Semoga usaha ini dapat terus membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat untuk seluruh warga SK Lok Buani.

Terima kasih atas kunjungan dan keprihatinan pihak KKM. 🤍

SK Lok Buani — Berusaha, Berilmu, Berjaya.
Song Paa Maju! 💪🇲🇾

Menerima kunjungan ringkas daripada Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rashid, Pegawai pendidikan daerah lahad datu (PP...
10/09/2026

Menerima kunjungan ringkas daripada Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rashid, Pegawai pendidikan daerah lahad datu (PPD) ke SK Lok Buani hari ini.

🇲🇾ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH! 🪁🇲🇾Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Pertandingan Layang-Layang Sempena Bulan Kebang...
10/09/2026

🇲🇾ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH! 🪁🇲🇾

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya Pertandingan Layang-Layang Sempena Bulan Kebangsaan SK Lok Buani pada 10 September 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian dengan penuh semangat, kreativiti dan jiwa patriotik. 🇲🇾❤️

Terima kasih juga kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan murid.

Kibarkan semangat Merdeka, terbangkan impian setinggi langit! 🪁🇲🇾





Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Lok Buani bagi sesi persekolahan pada 7 September 2026 (Isnin). 🎒✨Semog...
06/09/2026

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Lok Buani bagi sesi persekolahan pada 7 September 2026 (Isnin). 🎒✨

Semoga cuti yang telah dilalui memberikan tenaga dan semangat baharu untuk kita kembali menimba ilmu, membina sahsiah dan mengejar kejayaan. 💪📖

🌈 Jom kembali dengan semangat baharu!
💙 Belajar dengan tekun, berdisiplin dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

Selamat kembali ke sekolah, anak-anak SK Lok Buani! ❤️
SK Lok Buani — Song Paa Maju🌟


🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🇲🇾31 Ogos 2026Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, ma...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🇲🇾

31 Ogos 2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang kita kecapi.

Semoga semangat cinta akan negara, negeri dan tanah air terus subur dalam diri kita semua, khususnya dalam kalangan anak-anak SK Lok Buani.

“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka, Sabah Sejahtera.” ❤️🇲🇾💙

Salam kemerdekaan dan Selamat Hari Sabah!
SANG PAA MAJU! 🔥💪

Ikhlas daripada,
Ali Bin Salif Sahidul
Guru Besar
SK Lok Buani, Lahad Datu

🌿 SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SK LOK BUANI! 🌿Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat bercuti kepada semua gur...
28/08/2026

🌿 SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SK LOK BUANI! 🌿

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat bercuti kepada semua guru, murid serta seluruh warga SK Lok Buani sempena cuti sekolah dari 28 Ogos hingga 6 September 2026. 🏡❤️

Manfaatkanlah masa cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang, serta mengumpul kembali tenaga dan semangat untuk meneruskan sesi persekolahan.

🚗 Pandu cermat, patuhi peraturan jalan raya dan utamakan keselamatan walau di mana sahaja berada. Semoga perjalanan pergi dan balik sentiasa dipermudahkan serta dilindungi.

✨ Rehatkan minda, eratkan silaturahim, cipta kenangan indah bersama keluarga.

Selamat bercuti dan selamat kembali ke sekolah!
Semoga semua warga SK Lok Buani kembali dengan semangat baharu untuk terus cemerlang bersama. 💙❤️

Ikhlas daripada:
Ali Bin Salif Sahidul
Guru Besar SK Lok Buani 🇲🇾







Program Merentas Desa SK Lok Buani 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan lancar. 🌟Terima kasih kepada semua ...
28/08/2026

Program Merentas Desa SK Lok Buani 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan lancar. 🌟

Terima kasih kepada semua yang terlibat! 💪✨

28/08/2026

🏃‍♂️🏃‍♀️ ALHAMDULILLAH, SELESAI PROGRAM MERENTAS DESA SK LOK BUANI 2026 🏃‍♀️🏃‍♂️

Alhamdulillah, selesai sudah Program Merentas Desa SK Lok Buani Tahun 2026 yang telah berlangsung dengan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa serta semua murid yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Tahniah kepada semua murid yang telah menyertai dan memberikan semangat juang yang tinggi. 💪🏻🌟

Semoga program ini dapat menyemai semangat kesukanan, daya tahan, disiplin dan kerjasama dalam kalangan murid.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Lok Buani! ❤️💙




Address

Sekolah Kebangsaan Lok Buani Peti Surat 60288
Lahad Datu
91112

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
Tuesday 07:00 - 13:00
Wednesday 07:00 - 13:00
Thursday 07:00 - 13:00
Friday 07:00 - 13:00

Telephone

+60109335440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Lok Buani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Lok Buani:

Shortcuts

Share