16/03/2026
📢 Taklimat Pelaksanaan Latihan Luar Stesen (LLS)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah meluangkan masa mengikuti Taklimat Pelaksanaan Latihan Luar Stesen (LLS) bagi pelajar Tahun 1 Diploma Agroindustri Ternakan Poltri Kohort 2025 secara dalam talian melalui Google Meet.
Ucapan terima kasih juga kepada para pensyarah serta pelajar yang telah hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi taklimat ini.
Semoga taklimat yang disampaikan dapat memberi kefahaman yang jelas serta melancarkan pelaksanaan program Latihan Luar Stesen (LLS) pada 31 Mac 2026 hingga 17 April 2026 di QL Farms Sdn. Bhd. Tawau.
16/12/2025
Sambutan Hari Jadi pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (Januari - Disember 2025)
Tarikh : 5/12/2025 (Jumaat)
Masa : 7am -8am
Tempat : Unit Poltri KVLD
16/12/2025
Jamuan Akhir Tahun 2025 Program Agroindustri Ternakan Poltri KVLD
Tarikh : 15/12/2025 (Isnin)
Tempat : Unit Poltri
“Terima kasih semua atas kebersamaan sepanjang tahun ini. Semoga kenangan ini terus terpahat.” 🤍
08/12/2025
PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM TERNAKAN BUKAN RUMINAN (UNGGAS) 2026
❗️BERMULA 8 DISEMBER 2025 sehingga 9 JANUARI 2026
Syarat permohonan:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Terbuka kepada penternak yang telah menternak melebihi 6 bulan
4. Mempunyai kawasan penternakan (milik sendiri, disewa, atau diberi kebenaran guna)
5. Mempunyai reban dan peralatan penternakan yang masih berfungsi dengan baik
6. Kesesuaian lokasi ternakan ayam/ladang dan tiada isu kacau ganggu bau dan lalat
7. Permohonan ini hanya untuk penternak di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja
8. Tarikh permohonan bermula 8 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026
9. Hanya permohonan yang lengkap dan menepati syarat permohonan sahaja akan diproses
10. Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Jenis insentif:
1. Ternakan dan makanan ternakan
2. Ternakan sahaja
3. Makanan ternakan sahaja
4. Peralatan (inkubator)
Keterangan lanjut:
03-99702446 / 03-88702457
www.dvs.gov.my
Sila imbas QR untuk borang permohonan atau klik link borang: https://forms.gle/4LEX5RPkgnUnJpAe9
02/12/2025
Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) Bagi Program Agroindustri Ternakan Poltri bersama Hafiz Feed Sdn. Bhd. Lahad Datu
🗓️ Tarikh : 2 Disember 2025 (Selasa)
📌 Masa : 9.00 Pagi
📌 Tempat : Bilik Mesyuarat Danum 1
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Hafiz Feed Sdn. Bhd. di atas kerjasama yang terjalin.
28/11/2025
Peranan Pengeluar Makanan Haiwan (Ringkas) 🏭
Industri Pengeluar Makanan Haiwan berperanan penting dalam memastikan produk yang dikeluarkan adalah berkualiti, selamat, dan mematuhi piawaian.
Pematuhan Good Manufacturing Practices (GMP), pelabelan tepat, dan penyimpanan rekod untuk traceability adalah sebahagian daripada sumbangan industri mengekang rintangan antimikrob. Bagi medicated feed, bekalan hanya boleh dibuat kepada penternak dengan preskripsi doktor veterinar.
"Act Now: Protect Our Present, Secure Our Future"
25/11/2025
TAHNIAH!
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan untuk menghadiri Sesi Temuduga Bersemuka bagi pengambilan pelajar baharu Kolej Vokasional Lahad Datu Ambilan Tahun 2026.
Butiran lengkap sesi temuduga adalah seperti berikut:
Tarikh Temuduga: 1 Disember 2025 (Isnin) hingga 9 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 8:30 pagi hingga 3:30 petang
Lokasi Mengikut Tarikh:
1 - 3 Disember 2025 (Isnin - Rabu): Dewan Palma, Kolej Vokasional Lahad Datu.
4 - 9 Disember 2025 (Khamis - Selasa): Bertempat di Program/Bengkel masing-masing (mengikut program yang dipohon/tersenarai).
Peringatan Penting: Calon pelajar WAJIB hadir mengikut tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan untuk melengkapkan proses permohonan. Kegagalan berbuat demikian tanpa alasan yang munasabah akan menyebabkan tawaran temuduga terbatal.
Sila bawa dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan semasa hari temuduga. Rujuk lampiran e-mel ini untuk senarai dokumen yang lengkap.
- Borang Perakuan Kesihatan.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Keputusan PBD.
- Salinan Keputusan PAJSK.
- Salinan Keputusan PPsi.
- Salinan Keputusan UASA.
- Laporan Disiplin.
- Borang Akuan Kesihatan.
- Alat Tulis.
Pihak Kolej Vokasional Lahad Datu mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon.
11/11/2025
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Cik Coline Paulus dan Cik Nur Faizah binti Abd Gapar atas pelantikan sebagai Ketua Program dan Ketua Bengkel Agroindustri Ternakan Poltri, Jabatan Pertanian berkuat kuasa 3 November 2025. Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi kecemerlangan Jabatan serta Kolej Vokasional Lahad Datu.
Ikhlas daripada seluruh warga Koleh Vokasional Lahad Datu.
04/09/2025
Kami berbesar hati menerima kunjungan dari anak-anak comel dan guru-guru dari Tadika Dinamik Lahad Datu hari ini! Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang bermakna dan menceriakan buat semua. Terima kasih kerana sudi berkunjung! 😊