Sekolah Kebangsaan Tungku

Sekolah Kebangsaan Tungku

Share

Sekolah Kebangsaan Tungku
Peti Surat 60995,
91118 Lahad Datu, Sabah

26/05/2026
26/05/2026

"Mak, ayah... pening kepala tak bila cuti sekolah baru mula tapi anak-anak dah start sebut 'Bosanlah mak, nak gajet!'? πŸ˜‚
Tenang, PIBG ada solusinya! Jom guna Planner Cuti Sekolah Super ni untuk bantu susun masa anak-anak sepanjang cuti sekolah ini.

Jadual ni sangat fleksibel. Tak perlu ikut 100% tepat jam tu, tapi cukup untuk beri anak-anak struktur supaya:

βœ… Otak tetap cergas (ada slot membaca/kerja sekolah)
βœ… Skrin gajet terkawal (ada had masa!)
βœ… Badan sihat (ada waktu main petang)
βœ… Tolong mak ayah (ada misi kemas rumah)

Mak ayah boleh save gambar poster di bawah, cetak, dan tampal dekat peti ais rumah! πŸ“Œ

"Ibu bapa tak perlu ikut 100% jam di atas, jadikan ia sebagai panduan fleksibel. Yang penting, anak ada struktur waktu supaya tak bosan dan asyik minta gajet!"

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada PIBG SK Tungku! πŸ•‹βœ¨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak barisan jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tungku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Tungku, para guru, kakitangan sekolah, serta ibu bapa dan penjaga yang dikasihi sekalian.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan hati, dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Pencipta.

Marilah kita sama-sama mengambil ibrah (pengajaran) daripada hari raya korban ini untuk terus bersatu hati, bertolak ansur, dan berkorban demi masa depan serta kecemerlangan anak-anak kita.

Semoga segala amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT, dan hari yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan, serta kedamaian yang berpanjangan buat kita semua. Insya-Allah.

Tulus ikhlas daripada:
_Encik Mohd Azrin Shah bin Jafri_
Yang Dipertua PIBG SK Tungku
& Barisan Jawatankuasa PIBG SK Tungku 🀝

Photos from Sekolah Kebangsaan Tungku's post 03/05/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Warga Sekolah Kebangsaan Tungku dengan penuh sukacita merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan Labuan International Silat Beach Championship 2026.

KEPUTUSAN :

Kategori Dini

Arif Muhammad Ismadin bin Nasaruddin – Pingat Emas
Mohammad Sukri bin Subery – Pingat Emas
Nur Husna Irdina binti Junaidi – Pingat Gangsa

Kategori Pra Dini

Muhammad Uwais bin Haslan – Pingat Emas

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jurulatih serta guru pengiring atas dedikasi, komitmen dan bimbingan yang berterusan sehingga kejayaan ini dapat dicapai dengan cemerlang.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada ibu bapa dan penjaga atas sokongan padu dalam memastikan penyertaan dan kejayaan murid-murid dalam kejohanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.

β€œSK Tungku Ilmu Pembentuk Moral”

02/05/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Warga SK Tungku dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam

Program Pengukuhan Kurikulum Pendidikan Islam Adab dan Nilai Sekolah-Sekolah (PEMANIS) Peringkat Daerah Lahad Datu 2026.

πŸ† Aakif Furqan bin Abdullah
(Kelas 5 Hasanah)
πŸ₯‡ JOHAN – Kategori Khat

πŸ₯ˆ Rayyan Maca bin Mohd Rasul
(Kelas 5 Hasanah)
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN – Kategori Khat

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin tinggi serta bimbingan berterusan daripada guru-guru. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.

Photos from Sekolah Kebangsaan Tungku's post 02/05/2026

TAHNIAH & SYABAS ATLET MEMANAH SK TUNGKU! 🏹

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlet memanah SK Tungku atas pencapaian cemerlang dalam MSS Daerah Lahad Datu 2026 yang telah berlangsung pada 28 – 29 April 2026 di SK Sapagaya LD.

Keputusan membanggakan yang telah diraih:
πŸ₯‡ Johan (Under 10 Lelaki)
πŸ₯ˆ Naib Johan (Under 10 Lelaki & Under 12 Lelaki)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga (Under 10 Lelaki, Under 10 Perempuan & Under 12 Perempuan)

Lebih membanggakan, dua orang atlet SK Tungku telah LAYAK KE MSS Sabah Memanah 2026 :
⭐ Muhammad Zakir bin Haslan
⭐ Afifah Dzaakirah binti Musli

Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih atlet, komitmen jurulatih serta sokongan padu ibu bapa dan pihak sekolah.

Tahniah dan syabas kepada semua atlet! Teruskan berusaha, berdisiplin dan fokus ke arah kecemerlangan!

Photos from Sekolah Kebangsaan Tungku's post 30/04/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Dengan penuh rasa bangga dan sukacita, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Bola Tampar Bawah 12 Tahun (P12) SK Tungku atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Kejohanan Bola Tampar Bawah 12TKB MSSD Lahad Datu 2026.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Turut membanggakan, salah seorang pemain SK Tungku, Nur Husna Irdina binti Junaidi, telah dianugerahkan Anugerah Servis Terbaik sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang yang ditunjukkan.

Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

- Barisan Pentadbir SK Tungku atas sokongan dan kepimpinan yang berterusan
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tungku atas kerjasama dan sumbangan dalam memastikan kelancaran serta kebajikan pasukan

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada jurulatih, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan pasukan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

16/04/2026

πŸŽ₯ Sambutan Hari Raya Peringkat SK Tungku 2026 πŸŒ™βœ¨

kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Tungku tahun ini telah berlangsung dengan penuh warna, kegembiraan dan semangat kekeluargaan. Video yang dikongsikan ini merakamkan detik-detik indah sepanjang majlis yang pastinya akan menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga sekolah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan istimewa, iaitu bekas Guru Besar serta guru-guru SK Tungku yang telah bersara. Kehadiran mereka bukan sahaja menghidupkan suasana, malah mengimbau kembali jasa dan sumbangan mereka dalam membangunkan sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

β€’ Barisan pentadbir sekolah atas kepimpinan dan sokongan padu
β€’ PIBG SK Tungku yang diketuai oleh YDP Mohd Azrin Shah Bin jafri atas komitmen dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi
β€’ Ibu bapa yang telah menyumbang pelbagai juadah, menambahkan lagi kemeriahan suasana
β€’ Guru-guru SK Tungku yang bertungkus lumus merancang dan menjayakan program ini dengan penuh dedikasi

Sesungguhnya, kejayaan sambutan ini adalah hasil usaha bersama dan semangat kebersamaan seluruh komuniti SK Tungku.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan kenangan ini kekal terpahat dalam ingatan.

14/04/2026

πŸŒ™βœ¨MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TUNGKU 2026 βœ¨πŸŒ™

Dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah akan diadakan bagi menyemarakkan suasana Syawal serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

πŸ“… Tarikh: 16 April 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 6.40 pagi – 11.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan SK Tungku

Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan menjadi wadah mengeratkan hubungan serta menceriakan suasana Aidilfitri di sekolah

Photos from PIBG Sekolah Kebangsaan Tungku 's post 14/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


P. O Box 60995
Lahad Datu Town
91118