PASTI LAHAD DATU

PASTI LAHAD DATU

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI LAHAD DATU, Education, Lahad Datu Town.

27/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Semoga Aidiladha ini mendidik hati kita untuk terus ikhlas dalam pengorbanan, sabar dalam perjuangan dan teguh dalam ketaatan kepada Allah SWT. Kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi pengajaran tentang cinta, keimanan dan kepatuhan kepada-Nya.
Terima kasih atas segala doa, sokongan dan pengorbanan buat perjuangan pendidikan Islam

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf zahir dan batin.

23/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟑 | 𝐃𝐏𝐀𝐊 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ

“𝐾𝑒𝑚𝑢𝑑𝑖𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑧𝑎𝑚, 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎𝑤𝑎𝑘𝑘𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ”

(Surah Ali Imran : 159)

Jabatan PASTI Negeri Sabah mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir buat guru-guru pelatih Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) Semester 3.

Semoga guru-guru pelatih sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung.

Tanamkanlah usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan juga jangan lupa bertawakal kepada-Nya semoga kejayaan milik bersama.

Daripada :
Jabatan PASTI Negeri Sabah

18/05/2026

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

𝑂𝑙𝑒ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛-𝑀𝑢 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑡𝑎-𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖ℎ𝑙𝑎ℎ (𝑘𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛) 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑦𝑢𝑘𝑢𝑟."

(𝑄𝑆 108 : 2)

🔊🔊 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲/𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗬𝗔 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮‼️

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan terus berdaftar bersama kami.

𝟭 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 : 𝗥𝗠𝟵𝟱𝟬 (𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗼𝘀 𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶)

Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi nombor yang tertera pada poster.

📲 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗵 (𝗣𝗜𝗖 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮)
www.wasap.my/60163277866/Korban2026

📲 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗶𝗻𝗻𝗶 (𝗣𝗜𝗖 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮)
www.wasap.my/60143523354/Korban2026

Photos from PASTI LAHAD DATU's post 18/05/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK BOLA JARING | 17 MEI 2026M BERSAMAAN 26 ZULKAEDAH 1447H | SMK TERUSAN, LAHAD DATU

Alhamdulillah, Program BSBJ PASTI telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh semangat, ukhuwwah dan kerjasama daripada semua pihak

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Jumaidin Lakalla selaku Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian beliau merasmikan program ini.
Berikut merupakan keputusan pertandingan:

BOLA SEPAK ⚽
🥇 Johan : PASTI An Najah
🥈 Naib Johan: PASTI Asy Syakirin
🥉 Tempat Ketiga: PASTI Permata Kasih

BOLA JARING 🏐
🥇 Johan: PASTI Permata Kasih
🥈 Naib Johan: PASTI An Najah
🥉 Tempat Ketiga: PASTI Al Hidayah

Tahniah kepada semua peserta, guru-guru serta ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan sokongan sepanjang program berlangsung. Semoga program seperti ini terus menjadi medium melahirkan generasi yang aktif, berdisiplin dan berakhlak mulia. ✨

16/05/2026

GURU HARAKI PEMANGKIN KEKUATAN JEMAAH

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-‘Alaq : 1)

Dari ayat pertama yang diturunkan, Islam mengangkat kemuliaan ilmu dan insan yang mendidik. Maka berjalanlah guru-guru PASTI di jalan tarbiyah, membawa amanah dakwah melalui pena, kasih sayang dan didikan.

Mereka mengajar dengan sabar, mendidik dengan cinta, dan bergerak dengan jiwa perjuangan. Bukan sekadar membina murid yang cerdik, tetapi melahirkan generasi yang mengenal Allah, cinta Al-Quran dan teguh akhlaknya.

Setiap huruf yang diajar, setiap nasihat yang diulang, dan setiap pengorbanan yang tersembunyi, mudah-mudahan menjadi cahaya yang menguatkan jemaah dan ummah.

Selamat Hari Guru
Buat seluruh pendidik PASTI yang terus istiqamah menjadi murabbi generasi Islam.

15/05/2026

⚽🏐 1 Hari Lagi! 🏐⚽

Latihan akhir terus giat dijalankan dengan penuh semangat, disiplin dan kerjasama daripada semua pemain serta jurulatih.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini dipermudahkan serta membuahkan hasil yang terbaik.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat ukhuwah, kesukanan dan pengalaman yang berharga itulah kemenangan sebenar. 🔥🔥

14/05/2026

⚽🏐 2 Hari Lagi! 🏐⚽

Bahang kejohanan semakin terasa apabila latihan terus giat dilaksanakan oleh setiap pasukan.

Semangat, disiplin dan kerjasama dipertingkatkan demi memberikan persembahan terbaik pada hari kejohanan nanti. 🔥🔥

Teruskan berlatih, jaga kesihatan dan berikan yang terbaik demi pasukan!

13/05/2026

🐄 *KORBAN PERDANA PAS CAWANGAN AMAN JAYA 1447H* 🐄

𝑂𝑙𝑒ℎ 𝑖𝑡𝑢, 𝑘𝑒𝑟𝑗𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛𝑀𝑢 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑡𝑎-𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑒𝑙𝑖ℎ𝑙𝑎ℎ (𝑘𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛) 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑦𝑢𝑘𝑢𝑟."

(𝑄𝑆 108 : 2)

🔊🔊 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 Korban 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮6/𝟭𝟰𝟰7H 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 ‼️

Jadi jangan lepaskan peluang ini dan terus daftar bersama kami.

𝟭 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 : 𝗥𝗠𝟵50 (𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗸𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻)

Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh terus hubungi nombor yang tertera pada poster.

📲 𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡𝗔𝗛
www.wasap.my/60163277866/KorbanPAS

📲 𝗣𝗨𝗔𝗡 AZINNI
www.wasap.my/60143523354/KorbanPAS

13/05/2026

⚽🏐 3 Hari Lagi! 🏐⚽

Debaran makin terasa, semangat makin membara!

Bukan sahaja para pemain yang giat membuat latihan, malah AJK Pelaksana juga sedang bertungkus-lumus membuat persediaan rapi demi memastikan kejohanan berjalan lancar, teratur dan penuh meriah. 🔥🔥

Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lahad Datu Town
91100