PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah

PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah

Share

Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI )

06/05/2026

๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐๐จ๐ฅ๐š ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ค & ๐๐จ๐ฅ๐š ๐‰๐š๐ซ๐ข๐ง๐  ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐š๐ก๐š๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ
Nantikan 17 Mei 2026, gelagat comel anak-anak PASTI dan semangat luar biasa yang bakal ditunjukkan di padang dan gelanggang SMK Terusan Lahad Datu.

Bola Sepak Bola Jaring kali ini penuh bermakna kerana akan dirasmikan oleh En. Jumaidin Lakallah, selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Kehadiran beliau pastinya akan menambah seri serta menyuntik semangat buat seluruh warga PASTI dan para peserta yang terlibat.

Ayuh bersama-sama memeriahkan kejohanan ini demi menyemai ukhuwah, semangat kesukanan dan keyakinan diri anak-anak PASTI sejak usia kecil lagi.

Photos from PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah's post 13/04/2026

๐Ÿ•Œ SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PASTI AL-FALAH 2026

๐Ÿ•Œ Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri PASTI Al-Falah 2026 telah berlangsung dengan lancar pada 12 April 2026 (Ahad) bertempat di Glam Ballroom, Resto Dapoer Kita by Bakso legend, Perdana Square.

๐Ÿ•Œ Program yang diadakan dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi ini mendapat sambutan meriah daripada ibu bapa, murid serta jemputan.

๐Ÿ•Œ Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan murid, pertandingan pakaian raya sedondon, pertandingan makanan tradisional dan cabutan bertuah.

๐Ÿ•Œ Pihak PASTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan program ini. Kami juga memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

๐Ÿ•Œ Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa dan murid atas kehadiran serta sokongan yang memeriahkan suasana.

๐Ÿ•Œ Segala yang baik datang daripada Allah, dan segala kekurangan adalah daripada pihak kami sendiri. Terima kasih sekali lagi kerana terus bersama PASTI Al-Falah.




Photos from PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah's post 08/03/2026

๐Ÿ‚PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN
PASTI AL-FALAH 2026๐Ÿ‚

๐Ÿ’Alhamdulillah, program Sinar Kasih Ramadhan PASTI Al-Falah yang telah berlangsung pada Ahad, 8 Mac 2026 bermula jam 8:30 pagi hingga selesai telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

๐Ÿ’Program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat guru-guru, ibu bapa serta para penyumbang yang telah bersama-sama membantu menyediakan juadah Nasi Kerabu untuk diagihkan.

๐Ÿ’Pihak PASTI Al-Falah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit demi memastikan program ini dapat dijayakan dengan baik.

๐Ÿ’Sesungguhnya segala usaha, pengorbanan dan keikhlasan semua pihak amat kami hargai. Semoga setiap sumbangan dan kebaikan ini dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

๐Ÿ’Semoga program seperti ini dapat terus mengeratkan ukhuwah antara guru, ibu bapa dan masyarakat serta memupuk semangat bersedekah dan berkongsi rezeki.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูƒุซูŠุฑุง
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua.



Photos from PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah's post 08/03/2026

Tarikh: 27 Februari 2026
Hari: Jumaat (09 Ramadan 1447H)
Masa: 5.00 petang hingga selesai
Tempat: PASTI AL-FALAH, Taman Aman Jaya

๐ŸคฒAlhamdulillah, Program Ihyaโ€™ Ramadan dan Solat Terawih telah berjaya dilaksanakan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat baik daripada ibu bapa dan penjaga murid.

๐ŸคฒMajlis dimulakan dengan sesi berbuka puasa secara potluck yang menampilkan pelbagai juadah hasil sumbangan ibu bapa. Seterusnya, para hadirin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih secara berjemaah.

๐ŸคฒSolat Terawih telah dipimpin oleh Ustaz Aliff, manakala tugasan bilal disempurnakan oleh adik Solahuddin dengan baik dan teratur.

๐ŸคฒPihak pengurusan PASTI AL-FALAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir serta membawa juadah yang enak dan menyelerakan. Kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai dalam membina hubungan ukhuwah yang erat antara pihak sekolah dan keluarga murid.

๐ŸคฒSemoga segala sumbangan dan penglibatan ini diberkati serta dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Sekian, terima kasih.

Photos from PASTI Al-Falah Lahad Datu Sabah's post 08/02/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

ุงุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

๐Ÿช„ 7 FEB 2026 [ 19 Syaaban 1447H ]

๐Ÿ’ Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) JIBG PASTI AL FALAH telah berlangsung dengan jayanya kelmarin.

๐Ÿ’ Majlis telah dirasmikan oleh En. Tan Chin Khoon, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian beliau menyempurnakan majlis.

๐Ÿ’ Ucapan terima kasih juga, diucapkan kepada AJK JIBG sesi terdahulu atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan.

๐Ÿ’ Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada barisan kepimpinan serta AJK JIBG yang baharu dilantik bagi sesi 2026/2027. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik, penuh dedikasi dan amanah demi kecemerlangan PASTI AL FALAH.



Photos from PASTI LAHAD DATU's post 12/01/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Taman Aman Jaya, Lorong Jaya 12
Lahad Datu Town