SMK ST. Dominic

SMK ST. Dominic SMK ST. DOMINIC LAHAD DATU Sekolah Menengah Kebangsaan St. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Ia mempunyai seramai 59 orang guru.2009

SK St. Rev.

Dominic atau nama ringkasnya SMK St Dominic, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 60441. Dominic memiliki 529 pelajar lelaki dan 540 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1069 orang. Dominic ditubuhkan atas permintaan masyarakat tempatan yang mahukan sebuah sekolah rendah (aliran Inggeris). Dengan permintaan itu, maka sebuah sekolah rendah dibina sebagai sekolah luar bandar dan merupakan cawangan kepada sekolah Holy Trinity Tawau (Holy Trinity School Tawau) pada tahun 1952. Ia didaftar pada 19 Jun 1952 dan dikenali sebagai St. Dominic’s School yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini kemudiannya bebas daripada kawalan sekolah induk (Holy Trinity School Tawau). Paderi yang mengasas sekolah ini adalah Rev. Father Dominic Bekama. Beliau adalah seorang paderi Roman Catholic yang berbangsa Inggeris. Beliau merupaan seorang paderi yang didatangkan ke daerah Lahad Datu untuk meninjau permintaan sekolah beraliran Inggeris. Dengan bantuan beberapa orang tempatan iaitu Encik C.S. Rajayah, Encik Michael Yong alias Encik Zulkarnean Abdullah , bekas Ketua Imigresen, Lahad Datu dan Encik Chong Yui Choi, Rev. Father Dominic Bekama berjaya menubuhkan St. Dominic’s School. Oleh kerana beliau sebagai pengasas sekolah, maka nama sekolah ini dikaitkan dengan nama beliau ‘Dominic’. Bangunan sekolah ini didirikan di atas sebidang tanah yang didermakan oleh seorang tempatan. Beliau ingin melihat sebuah sekolah beraliran Inggeris dibina di daerah Lahad Datu. Malangnya, tanah tersebut tidak bergeran sehingga jasa penderma tersebut tidak dapat direkodkan. Jarak tapak sekolah ini dari Pekan Lahad Datu ialah 1.6 kilometer bertempat di tepi Jalan Segama. Bangunan A yang mempunyai dua bilik darjah dan sebuah bilik tempat tinggal merupakan bangunan pertama. Secara rasmi sekolah ini dimulakan pada awal tahun 1953. Sehubungan dengan ini, Rev. Father Dominic Bekama bertugas sebagai penyelia kepada sistem pembelajaran di sekolah, manakala Encik C.S Rajayah sebagai penasihat sekolah. Pada mulanya pentadbiran sekolah dijalankan oleh Encik Michael Yong dan pembantunya ialah Encik Chong Yui Choi. Mereka adalah guru-guru pertama sekolah ini. Pada awal tahun 1954 jawatan Guru Besar disandang oleh Encik Chong Yui Choi sehingga tahun 1955. Ketika itu bilangan guru telah menjadi tiga orang. Pada peringkat permulaan hanya terdapat dua bilik darjah sahaja di sekolah ini, iaitu Darjah Satu dan Darjah Dua. Jumlah pelajar ialah seramai 20 orang, tetapi meningkat menjadi 70 orang pelajar dalam tahun 1956. Dengan itu sistem kelas bercantum dilakukan, iaitu untuk Darjah Satu, Darjah Dua, Darjah Tiga dan Darjah Empat. Pada 30 Disember 1955, Rev. Father John Clementi telah sampai di Lahad Datu dari St. Mary’s School, Sandakan. Beliau mendapat gelaran daripada masyarakat tempatan sebagai ‘Penyelamat’ dan ‘Pengembang’ St. Dominic School. Beliau telah berusaha agar sekolah ini tidak ditutup atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dijelaskan. Dengan adanya usaha beliau, sekolah diperbesarkan dan bilangan pelajar bertambah. Beliau telah meneruskan pentadbiran sekolah bermula dari awal tahun 1956 hingga 1971 apabila dilakukan pemisahan sekolah ini kepada sekolah rendah dan menengah. Father John Clementi juga mempunyai tugas yang lain iaitu sebagai Rektor untuk menyelia sistem pengajaran di sekolah. Pada akhir tahun 1956 Rev. Father John Clementi dan Rev. Father Chee telah mendirikan Bangunan B untuk menempatkan dua tingkatan. Dengan pembinaan bangunan ini, bilangan bilik darjah St. Dominic’s School bertambah. Tingkat bawah untuk bilik darjah manakala tingkat atas untuk gereja dan rumah paderi. Bilangan bilik darjah pada keseluruhannya menjadi enam buah. Pada akhir tahun 1950an, desakan-desakan untuk fasiliti-fasiliti pendidikan di daerah Lahad Datu telah bertambah, terutama sekali desakan untuk mengadakan sekolah menengah. Pelajar-pelajar yang lulus Darjah Enam dari sekolah ini akan menyambung persekolahan mereka di daerah-daerah lain, khususnya Tawau dan Sandakan. Bilangan pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran adalah terhad dan berkemampuan sahaja. Father John Clementi telah memulakan kelas peralihan 1 (Bridge Class 1) dalam tahun 1962 dengan bilangan pelajar seramai 45 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Melayu dan Cina di sekitar di daerah Lahad Datu. Sebuah kelas Tingkatan satu (Secondary One) dibuka dalam tahun 1963 dengan jumlah pelajar seramai 16 orang. Dengan kewujudan Tingkatan Satu (Secondary One) di St. Dominic’s Secondary School, pada tahun pertama, sekolah menengah menumpang bangunan sekolah rendah selama setahun. Kedua-dua sekolah rendah dan menengah diletakkan di bawah satu pentadbiran. Father John Clementi bertindak sebagai guru besar dan pengetua. Dari tarikh pemisahan sekolah rendah dan menengah iaitu tahun 1971 sehingga tahun 1977. Seorang penolong kanan telah dilantik untuk sekolah rendah. Beliau ialah Encik Joseph Chelaya yang memegang jawatan ini dari awal tahun 1963 hingga 30 Jun 1971.

13/08/2013

hai...apa khabar semua studen2 dan EXstuden st.dominic??slamat menyambut hari raya aidil fitri..admin mmg bz memanjang...jrg dpt buka page ni..sy doakan semoga semuanya sihat2,happy dan bahagia d samping keluarga...apa yg perlu sy ckp d sini...jgn sia2kn zaman persekolahan..kerana,hnya d skola sahaja la kita dpt bersama dgn kwn2 rapat...bila suda habis nanti,blm tau kita dpt jumpa lg...semua masing2 bawa diri ada yg kerja,mana tau kerja tmpt yg jauh,mungkin ada yg sambung belajar...hargai la zaman persekolahan..zaman persekolahan adalah kenangan yg paling hebat dan manis yg tdk mungkin kita mampu ulangi...ini adalah pengalaman admin sendiri..(admin mcm mau nangis jak bila teringat zaman skola dl)

12/11/2012

hai selamat mlm dan happy deepavali kepada semua studen2 dan Xstuden...lma dah tak tgk page ni..bz memanjang...korang semua apa khabar?hehe...ada b*k pertanyaan d sini...slh 1 nya...ada yg tnya pasal reunuon...pasal reunuon tu...korang bole post d sini...cari rakan2 yg blm jumpa page..bg drg link utk page ni...korang bole bincang dlm sini...jgn malu dan jgn segan..sy akn cuba bantu apa yg bole...

01/08/2011

selamat menyambut bulan ramadan al mubarak kepada yg muslim..semoga puasa tahun ni lebih bermakna....

16/05/2011

selamat hari guru....

24/04/2011

kepada semua pelajar2 atau bekas pelajar smk st dominic...d harap agar dpt berkerja sma utk promote kn page ini kepada kwn2 pelajar atau bekas pelajar smk st dominic..jika anda ingin m'upload kn picture2 yg b'kaitan dgn skola smk st dominic...silakn...kerja sma anda d perlukn dan amat d hargai...sayangi la skola kita yg penuh dgn sejarah dan kenangan....terima kasih kepada semua..

Address

Peti Surat 60441 91114, Lahad Datu
Lahad Datu Town
91100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK ST. Dominic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category