18/03/2026
Pendaftaran Kanak-Kanak Tahun 2027 kini dibuka !
Sila daftar melalui laman web perpaduan.edu.my
KEKOSONGAN ADALAH TERHAD
Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi tahun 2027 kini dibuka bermula 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026 dan boleh dibuat secara atas talian.
Syarat kemasukan ke Tabika Perpaduan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad, serta berumur empat (4) hingga enam (6) tahun. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan.
Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021–2030, iaitu inisiatif strategik Kementerian Perpaduan Negara bagi memberi suntikan dan nafas baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak di bawah kementerian. Pelan ini bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.