Pibg San Tabanak Lahad Datu

Pibg San Tabanak Lahad Datu

Share

Perkongsian maklumat tentang semua aktiviti PIBG SAN Tabanak

30/01/2025

Kepada semua ibu bapa dan warga Lahad Datu. Mohon kongsikan page ini khususnya kepada yg ada anak masuk tahun 1 ke san tabanak 2025 ini. Tujuan adalah untuk perkongsian maklumat tentang san tabanak. Berkenaan tatakelola, urus tadbir, kemenjadian murid, hal2 yg tak terlintas di akal fikiran kita, mistik2 haiii b*k lagi la...kami akan reveal satu persatu...Jd jom kongsi ramai2..

27/01/2025

Pernahkah perkara seperti ini berlaku di SAN Kg. Tabanak, Lahad Datu.? Tepuk dada tanya iman. Nak.di reveal ker...ada 2 org.... Cerita hari ni.

24/01/2025

Apa beza SMKA dan SABK?

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

- Misi SMKA adalah melahirkan professional yang faham agama
- Untuk menengah rendah (Tingkatan 1,2,3) akan ambik 8 subjek teras + BAHASA ARAB KOMUNIKASI + 1 pilihan bahasa asing.

- Ada SMKA pelajar tinggal di asrama sepenuhnya, ada juga sebahagian yang berulang.
- Kebanyakan SMKA mempunyai kemudahan yang lengkap seperti kebanyakan SBP baru.
- Tawaran subjek sama macam di SBP, cuma tambahan di SMKA adalah penekanan bi'ah solehah.

- SMKA secara umumnya ada sistem usrah, program-program tarbiah dan solat 5 waktu wajib di surau.

Usai maghrib ada tazkirah harian. Kalau takda pelajar akan tilawah dan hafazan. Kebanyakan SMKA walaupun tidak tawarkan TMUA, tapi ada program hafazan dalaman.

Kebanyakan pelajar akan hafal surah2 pilihan (As- Sajadah, Yasin, Ar-rahman, Waqiah). Sebelum tidur akan baca Al-Mulk sama-sama, jadi automatik akan hafal juga. Campur semua adalah 1-2 juzuk di dada in syaa Allah.

Semua program tarbiah ini dilaksanakan oleh abang dan kakak senior di bawah pemantauan guru-guru.

Kiranya kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar sangat menyerlah dan disediakan sebaiknya untuk berfungsi dalam. masyarakat kelak.

- Persekitaran SMKA juga lebih terpelihara dari segi pergaulan lelaki dan perempuan.

Kalau dulu hari sukan sekolah pun asing untuk lelaki dan perempuan. Memang tak berlaku lari pecut, melompat-lompat main bola jaring depan pelajar lelaki. Tapi bukan kaleng2 juga diorang ni, ada wakil macam2 peringkat juga.

Cuma ibubapa kena faham, SMKA bukan tempat lahirkan atlet. Jadi keutamaan sekolah adalah pada misi SMKA itu sendiri.

Tapi riadah tiap petang wajib turun, mengerbang tudung labuh merata padang haaa.heheh.

Tangga dalam kawasan sekolah pun asing, ada tangga lelaki dan perempuan. Silap naik tangga memang kena 'usyarrr' dek senior.

Suasana di susun untuk elakkan percampuran lelaki perempuan. Tapi memang yang nak menggelitis berlaku la juga. Cuma dari segi bi'ah sekolah in syaa Allah lebih terpelihara.

Saya tak nafikan SBP pun ada yang beri penekanan dari segi amalan seharian dan mengelakkan percampuran lelaki dan perempuan.

Namun oleh kerana ia bukan misi utama di SBP, mudah berlaku keadaan akan diutamakan perkara lain.

Berbeza untuk pelajar SMKA, walaupun dapat tawaran wakil sukan ke peringkat negeri tapi kalau berpakaian menutup aurat tak sempurna tidak akan dapat kebenaran dari pihak sekolah.

Disitulah kekuatan bila amalan Islam itu diterapkan terus dalam sistem.

Ini dari pengalaman peribadi di SMKA. Mungkin guru yang masih mengajar di sana boleh sahkan adakah praktisnya masih sama.

Panjang kemain dah cerita SMKA ni kan, tapi saya tetap kena sambung kerana perjalanan pengajian anak kita jauh lebih panjang dari ni.

Gitu ayat pujuknya.heheh.

SABK - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Sejarah SABK ni macam ni. Asalnya sekolah agama dulu-dulu yang kita panggil sekolah arab tu. Mereka bernaung di bawah Majlis Agama Islam negeri.

Sekolah arab ni telah dapat tawaran dari kerajaan untuk bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Apa yang sedia ada di sekolah tersebut sebelum ni akan dikekalkan.

Pentadbir dan guru sedia ada diserap masuk sebagai penjawat awam. Kemudian KPM tambah baik dari segi mencukupkan bilangan guru dan kemudahan sekolah.

SABK ni ada macam-macam sejarahnya. Ada yang beroperasi dalam kawasan pondok pengajian, ada yang dah dapat peruntukan bangunan dari kerajaan dan sebagainya.

Tempoh jadi SABK juga berbeza. Yang sudah lebih 10 tahun kita akan tengok kemudahan dan profesionalisma gurunya lebih baik.

- Misi SABK melahirkan ulama' / asatizah
- Pelajar akan ada 2 kurikulum - KPM dan Kurikulum Dini
- Kurikulum KPM akan ambil 8 subjek teras + Bahasa Arab Komunikasi
- Kurikulum Bersepadu Dini ada 3 subjek - Syariah, Usulludin, Lughah arabiah muasirah (LAM)
- Ada juga SABK tertentu ada tambahan Kurikulum Tahfiz
- Tingkatan 4 ada peperiksaan untuk Dini, Tingkatan 5 SPM, Tingkatan 6 STAM. Macam tu lah perjalanan mereka.

- Semua subjek Dini ni akan belajar dalam bahasa arab sepenuhnya. Ya sepenuhnya ya puan-puan. Buku teks semua dalam bahasa Arab, peperiksaan pun dalam bahasa Arab.

Katakan belajar rukun solat, semua 13 rukun tu kena hafal dalam bahasa arab. Jadi untuk subjek dini mereka akan banyak menghafal.

Nak hantar anak ke SABK pastikan dia ada minat dengan pengajian agama, dan dia ada kekuatan dari segi hafalan. Aliran ni nak sediakan pelapis ulama' yang boleh baca kitab-kitab besar dalam Bahasa Arab tu.

Dan pastinya akhlak pun kena lah melambangkan pengajian yang sedang mereka ikuti. Kalau pelajar Tahfiz tu berat nak jaga Al Quran, pelajar Dini ni lagilah berat ujiannya mereka belajar hukum hakam agama setiap hari, makin banyak tahu makin besar ujiannya.

Jadi ringkasnya, nak mudah faham

SMKA tempat lahirkan professional yang daie
SABK tempat lahirkan ulama' pewaris anbiya'

Nak anak jadi jurutera, doktor pilihlah laluan SMKA.
Nak anak jadi ulama pilihlah laluan SABK. Tak sampai tahap ulama' pun masih boleh jadi ustaz ustazah. Luas lagi bidang kerjanya bila mereka dah berilmu kelak in syaa Allah.

Pilih sekolah yang betul untuk laluan masa depan anak.

Pelajar SPM lepasan SMKA pun boleh mohon aliran agama ke universiti nanti, tapi asas bahasa arab tak kukuh macam yang ambil kurikulum dini (KBD).

Kebanyakan lepasan SMKA akan ke UIA ambil bidang pengajian Islam ikhtisas macam perundangan Islam, kewangan, psikologi dan sebagainya.

SABK ni kalau yang masih dalam lingkungan pentadbir sekolah arab asal tu, in syaa Allah penghayatan amal Islami lebih baik.

Mereka bukan sekadar belajar ikut silibus di sekolah tapi ada pengajian lain juga dari pentadbir pondok. Ada keberkatan di tanah yang dah lahirkan ramai alim ulama' in syaa Allah.

==> Selain SABK, ada sekolah arab yang masih bernaung di bawah Majlis Agama Islam negeri dan Lembaga tertentu. Permohonan ke sekolah begini tidak termasuk dalam Ujian PKSK==

Mana-mana laluan pun pilihlah untuk kebaikan anak. Anak yang bijak hantarlah ke aliran agama kerana pembelajarannya lebih sukar dari aliran biasa.

Anak yang kita dah nampak kurang minat pembelajaran formal ni sebaiknya elakkan hantar ke sekolah agama. Beban pengajian yang berat akan membuatkan mereka terus hilang minat belajar.

Yang akan lalui semua ini adalah anak, jadi letakkan keutamaan keadaan diri mereka dalam membuat penilaian.

Apatah lagi anak yang bermasalah, walaupun cerdik tolong jangan hantar ke institusi agama untuk dia 'jadi orang'.

Agenda institusi agama jauh lebih besar dari itu. Itu perlukan lebih ramai generasi yang cerdik dan betul2 nak perjuangkan agama demi deen yang kita cintai ini.

Wallahualam.

15/01/2025

ALHAMDULILLAH

ALLAHUAKBAR

GAZA MENANG LAGI. PERANG TAMAT

PASUKAN PEJUANG PALESTIN MENANG LAGI

ISRAEL NAK HAPUSKAN HAMAS SECARA TOTAL TAPI GAGAL

468 HARI PERJUANGAN YANG JITU DARIPADA MEREKA

TAHNIAH

Photos from Pibg San Tabanak Lahad Datu's post 15/01/2025

Selepas setahun..nampaknyaasih belum ada apa2 perubahan ttg yuran ni. Sampai ke tahap yg tidak dapat dicapai oleh akal apakah sebab benda ni berlaku. Keputusan SRU tahun 2024 merundum. Adakah yuran mahal dapat memberikan impak kpd pembelajaran murid..? Atau kerana faktor urus tadbir yg kurang cekap. Dgn mudah membuka semakan semula keputusan SRU dgn bayaran rm30 per subjek. Adakah ini strategi utk mencari dana. Renung2 kan lah. Pibg sesi 24/25 di mana suara anda. Jheins perlu bertindak segera

.tabanak





SAN Kg. Tabanak, Lahad Datu
Jheins
JAKIM Caw. Sabah
Kementerian Pendidikan Malaysia

Google Forms: Sign-in 14/04/2023

Sdh hampir 2 bulan sekolah buka namun jadual subjek setiap hari masih belum dikeluarkan.
Salurkan cadangan anda.

Google Forms: Sign-in Access Google Forms with a personal Google account or Google Workspace account (for business use).

Photos from Pibg San Tabanak Lahad Datu's post 16/01/2023

Pihak sek memasukan bayaran guru ganti sebanyak rm180 setahun..adakah ibu bapa bersetuju dengan pembaharuan yg dibuat oleh GB sekolah?

Photos from Pibg San Tabanak Lahad Datu's post 19/04/2022

Kerosakan yang dikenalpasti pada 19/04/2022 di setiap kelas setelah sekolah beroperasi selepas pandemik covid19..Sebelum bermula sesi persekolahan..semua peralatan dan kemudahan di dalam keadaan yang baik...perkara ini akan di bawa ke dlm agenda mesyuarat PIBG yg akan dtg..

07/04/2022

TERBAIK!!!
Kesesakan lalu lintas di hadapan SAN Tabanak menjadi salah satu isu yang sering dihadapi oleh semua ibu bapa dan guru ketika waktu persekolahan. Pihak sekolah telah melantik pengawal keselamatan untuk mengawal keadaan ini setiap hari. Perkara seperti dlm gambar tidak akan terjadi sekiranya ada kerjasama drpd semua pengguna jalan raya. Apalah salahnya kita bersabar dan menurut setiap arahan drpd pengawal keselamatan demi melancarkan pergerakan kenderaan di waktu puncak. Jika lancar, keselamatan anak2 murid pun terjamin. Pihak PIBG dan sekolah akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan perkara ini pd mesyuarat akan dtg. Syabas kepada En. Halim.

Photos from Pibg San Tabanak Lahad Datu's post 03/04/2022

Perubahan jadual masa persekolahan dalam bulan Ramadhan.

Photos from Pibg San Tabanak Lahad Datu's post 28/03/2022

Pembinaan mosek lantai di bilik mesyuarat San Tabanak

Want your school to be the top-listed School/college in Lahad Datu Town?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kampung Tabanak
Lahad Datu Town
91100