08/05/2026
Sihat Lahad Datu
Laman Rasmi Facebook
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu Sabah
08/05/2026
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga sambutan Syawal kali ini membawa kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua.
Dalam kemeriahan beraya, jangan lupa untuk kekal aktif dan amalkan gaya hidup sihat.
Daripada:
Unit Promosi Kesihatan
Wellness Hub Lahad Datu
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
19/03/2026
π΅Balik kampung...oooo balik kampungπΆ Seronoknya nak balik kampung.. , tapi jangan biarkan nyamuk Aedes ikut sekali! π¦π«
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kita ambil langkah berjaga-jaga ini untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan penularan demam denggi:
Untuk Pemandu :
β
Sembur aerosol di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum penumpang naik untuk memastikan ruang bas bebas daripada nyamuk.
Untuk Penumpang:
β
Gunakan repelan pada bahagian kulit yang terdedah.
β
Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.
Selamat pulang ke kampung dan semoga perjalanan anda ceria serta sihat! π β¨
16/03/2026
PROGRAM NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN (NBBR) BERSAMA REMAJA
Program Nafas Baru Bermula Ramadhan (NBBR) Bersama Remaja telah berjaya dilaksanakan pada 05 Mac 2026 (Khamis), bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Wellness Hub Lahad Datu (WHLD).
Program ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan yang memberi penekanan kepada galakan berhenti merokok sempena bulan Ramadhan, di samping memperkukuhkan kesedaran kesihatan dalam kalangan remaja melalui pendekatan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai ktiviti interaktif berasaskan seksyen (station-based activity) yang dikendalikan oleh beberapa unit di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu, termasuk Unit Inspektorat dan Perundangan, Unit Pemakanan, Unit Farmasi, Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Unit Psikologi dan Kaunseling, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja, Pejabat Pergigian Lahad Datu serta Unit Promosi Kesihatan.
Program ini turut disertai oleh pelajar daripada beberapa sekolah di daerah Lahad Datu dan diharap dapat memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi tabiat merokok.
Penyertaan peserta program adalah daripada pelajar sekolah-sekolah berikut:
β’ SMK Agaseh
β’ SMK St. Dominic
β’ Kolej Vokasional Lahad Datu
β’ SM Sains Lahad Datu
β’ SMK Segama
β’ SMK Sepagaya
β’ SMK Terusan
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
13/03/2026
π¦ CEGAH DENGGI SEMASA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI
Musim perayaan sering menyebabkan rumah ditinggalkan sementara untuk pulang beraya di kampung. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko pembiakan nyamuk Aedes, pembawa penyakit denggi.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mengambil langkah pencegahan seperti:
βοΈ Menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar rumah sebelum pulang
βοΈ Memastikan bekas takungan air ditutup rapat
βοΈ Menggunakan repelen nyamuk dan semburan aerosol di dalam rumah
βοΈ Memakai pakaian yang sesuai bagi mengurangkan risiko gigitan nyamuk
Selepas pulang ke rumah, lakukan pemeriksaan kawasan persekitaran bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk yang terbentuk sepanjang ketiadaan anda.
β οΈ Sekiranya mengalami gejala seperti demam panas, sakit sendi atau ruam, segera dapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran.
π¦ Tiada Aedes, Tiada Denggi.
23/02/2026
π’ HEBAHAN KESIHATAN: CEGAH PENYAKIT TIBI (TB)
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap risiko penularan Penyakit Tibi atau Tuberkulosis (TB), iaitu penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh merebak apabila pesakit TB paru-paru aktif batuk, bercakap atau bersin. Walaupun begitu, TB lazimnya tidak merebak sepantas influenza atau COVID-19 kerana ia biasanya memerlukan pendedahan yang lebih lama serta berulang.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan, orang ramai digalakkan untuk mengamalkan langkah pencegahan berikut:
πΉ Mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul
πΉ Memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup
πΉ Memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak
πΉ Mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau gejala berkaitan
Kesedaran dan tindakan awal daripada komuniti amat penting bagi memastikan pengesanan awal kes, rawatan yang berkesan serta pencegahan penularan dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Marilah kita bersama-sama memastikan Ramadan disambut dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera.
Diterbitkan oleh:
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
18/02/2026
18/02/2026
Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.
Jom semak fakta ini:
β
Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.
β
Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.
β
Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.
β
Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.
Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.
Sebarkan fakta, bukan ketakutan.
16/02/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
Lahad Datu Town
91120
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |