12/05/2026
๐ SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH ๐
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Rayyan Irfan bin Rizal Gunawan atas kejayaan meraih tempat kedua dalam Kejohanan 13th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2026 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Hari ini, wakil dari Labuan Speed Power Taekwondo berkunjung le sekolah bagi menyerahkan plaque dan sijil penghargaan kepada sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dengan lebih cemerlang pada masa akan datang. Pihak sekolah amat berbangga atas pencapaian yang mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.
Teruskan melakar kejayaan dan semoga maju jaya. ๐ฅ๐
Membina Generasi Rabbani Murabbi
04/05/2026
๐MAKLUMAN PELAKSANAAN PENILAIAN PERTENGAHAN SESI 2026 (PPS) SRITI WP LABUAN๐
Assalamuโalaikum buat semua ibu bapa dan penjaga.
Pihak sekolah ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan Minggu Ulangkaji dan Ujian Penilaian Pertengahan Sesi (PPS) 2026 yang akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
๐ท๏ธMinggu Ulangkaji: 11 โ 15 Mei 2026
๐ท๏ธPeperiksaan Berlangsung: 18 โ 22 Mei 2026
Info Penting:
1๏ธโฃJadual Waktu: Jadual khusus untuk PPS akan diberikan dalam masa terdekat (selaras dengan semua SRITI WP).
2๏ธโฃSkop Silibus: Melibatkan 50% daripada setiap subjek.
3๏ธโฃKehadiran: Pihak sekolah mengharapkan 100% kehadiran murid sepanjang minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan berlangsung.
Mohon kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak-anak bersedia sepenuhnya dan menjaga kesihatan sepanjang tempoh ini.
Terima kasih.
Unit Pentadbiran & Kurikulum
SRITI WP LABUAN
22/04/2026
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah ๐คฒโจ
Pada pagi tadi telah berlangsung pertandingan Kangaroo Math di SRITI Labuan dengan penyertaan seramai 19 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5.
Ini merupakan pengalaman pertama anak-anak menyertai pertandingan tersebut. Semoga ia menjadi pemangkin semangat dan keyakinan untuk mereka terus maju serta berusaha mencapai kecemerlangan, khususnya dalam subjek Matematik.
Di samping itu, pihak sekolah ingin mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan dorongan yang berterusan.
Tidak dilupakan juga, penghargaan buat tulang belakang program ini iaitu Ustazah Juria, Ustazah Syahriwani dan Ustazah Atikah selaku guru Matematik SRITI Labuan atas segala usaha dan komitmen yang diberikan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat! ๐
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
12/04/2026
๐ต๏ธ MAHRAJAN AMAL ISLAMI (SRITI) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2026 ๐ต๏ธ
12 April 2026 - Telah berlangsungnya Mahrajan Amal Islami (SRITI) Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Seramai 16 orang wakil SRITI Labuan telah berjaya mewakili sekolah dalam MAIS tahun ini. Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah, dengan izin Allah, SRITI Labuan berjaya meraih Tempat Ke-3 Keseluruhan MAIS 2026.
SRITI Labuan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh, para guru yang membimbing tanpa jemu, serta ibu bapa/penjaga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.
Pencapaian ini menjadi kenangan indah dan pengalaman berharga buat semua peserta SRITI Labuan. Semoga ia menjadi batu loncatan untuk lebih cemerlang pada masa hadapan. Di samping itu, semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melahirkan generasi Qurani, berilmu dan berakhlak mulia. ๐
1. Bercerita BM (P)
๐ฅJohan - AAIRA AFEEYA BINTI MOHAMAD HAFIZ
๐ฅNaib Johan - NUR IRDINA QAISARA BINT MOHD REZUAN
2. Syarahan Bahasa Arab (L)
๐ฅJohan - MUHAMMAD HAZARD BIN RAHMAT
3. Pidato Bahasa Melayu (P)
๐ฅNaib Johan - NUR IZZARA AISYAH BINTI ERZADIANSYAH
๐ฅKetiga - NUR HANA AL FAREESHA BINTI HAMDAN
4. Pidato Bahasa Inggeris (P)
๐ฅJohan - AIYRA HUMAIRA BINTI MULYADI
5. Hafazan Tahap 1 (L)
๐ฅKetiga - DIAN AFEEF BIN MOHD YUSOP
6. Hafazan Tahap 1 (L)
๐ฅKetiga - MUHAMMAD SUHAYL ADHWA BIN SAHDAN
7. Tilawah (P)
๐ฅKetiga - SYAZWA SYUHADAH BINTI ALBASTON
Membina Generasi Rabbani Murabbi
10/04/2026
๐๐ SEMOGA MAJU JAYA KONTINJEN SRITI LABUAN KE MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) PERINGKAT SRITI WILAYAH PERSEKUTUAN ๐๐
Assalamualaikum wbt,
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta Kontinjen SRITI Labuan yang akan menyertai Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Wilayah Persekutuan 2026.
Semoga setiap usaha, latihan dan pengorbanan kalian diberkati Allah SWT.
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan buat semua murid yang terlibat dan selamat maju jaya.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
21/03/2026
๐โจ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M โจ๐
Dengan penuh kesyukuran, kita menyambut Syawal yang mulia setelah sebulan menjalani ibadah di bulan Ramadan. Semoga segala amalan, doa dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Di kesempatan ini, kami warga SRITI Labuan ingin memohon keampunan andai sepanjang perkenalan, pengajaran dan pergaulan, terdapat salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah bicara atau terguris rasa tanpa sedar.
Sesungguhnya Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperbaiki hubungan dan mengukuhkan ukhuwah sesama insan.
Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita semua.
Kami juga mendoakan agar semua murid, ibu bapa dan warga sekolah sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan untuk menuntut dan menyebarkan ilmu.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
25/02/2026
๐TAHNIAH DAN SYABAS UPKK 2025 SRITI LABUAN๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Calon UPKK SRITI Labuan 2025 atas pencapaian yang membanggakan.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru-guru serta doa dan sokongan berterusan daripada ibu bapa.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
18/02/2026
๐ SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M๐
๐ซ Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah tarbiyah untuk membentuk jiwa yang lebih sabar, ikhlas dan bertaqwa.
Firman Allah SWT:
ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู
ููููุง ููุชูุจู ุนูููููููู
ู ุงูุตููููุงู
ู ููู
ูุง ููุชูุจู ุนูููู ุงูููุฐูููู ู
ููู ููุจูููููู
ู ููุนููููููู
ู ุชูุชููููููู
โWahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.โ
(Surah Al-Baqarah: 183)
๐ซ Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal, memperelokkan akhlak dan memperkukuhkan ukhuwah dalam mendidik generasi rabbani.
Ikhlas daripada,
Warga Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Labuan
Membina Generasi Rabbani Murabbi
13/02/2026
๐ TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH DIAGNOSTIK TAHUN 1/2026 ๐
๐Selepas Program Syahrul Ilmi wa Adab (SIWA) dijalankan selama 4 minggu, sekolah telah melaksanakan ujian diagnostik kepada semua murid Tahun 1 bagi menilai pemahaman dan perkembangan mereka dalam pelbagai bidang seperti membaca, menulis, menghafaz dan mengira.
๐Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada murid yang telah mendapat markah tertinggi dalam ujian. Selain itu, tahniah juga kepada semua murid tahun 1 kerana telah menunjukkan usaha, disiplin dan semangat tinggi sepanjang bulan ini.
๐Kejayaan ini adalah bukti dedikasi mereka dalam menimba ilmu dan membina akhlak yang baik.
๐Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
"Terus Memimpin"
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
11/01/2026
๐SELAMAT BERKHIDMAT DAN TAHNIAH ๐
SRITI Labuan merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat kepada semua guru baharu. Semoga kehadiran tuan dan puan menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah serta memberi impak positif kepada pembangunan akademik dan sahsiah murid.
Firman Allah SWT:
ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู
ููููุง ููุง ุชูุฎูููููุง ุงููููููู ููุงูุฑููุณูููู ููุชูุฎูููููุง ุฃูู
ูุงููุงุชูููู
ู ููุฃููุชูู
ู ุชูุนูููู
ูููู
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
(Surah Al-Anfal: 27)
๐คฒ ุณูุฑูุง ุนูู ุจุฑูุฉ ุงููู
"Membina Generasi Rabbani"
Ikhlas Daripada SRITI Labuan