08/08/2026
8 Ogos 2026 (Sabtu) ||
ADTEC JTM Kampus Labuan berbesar hati menerima jemputan untuk menyampaikan sesi Pocket Talk sempena Karnival Pendidikan MADANI โSehari Bersama Rakyatโ anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Wilayah Labuan yang berlangsung di Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.
Sesi ini menjadi platform strategik untuk memperkenalkan landskap pendidikan dan latihan TVET kepada para pelajar sekolah, ibu bapa serta pengunjung, khususnya berkaitan peluang mengikuti program latihan berasaskan kemahiran dan teknologi di ADTEC JTM Kampus Labuan.
Dalam sesi perkongsian tersebut, peserta didedahkan secara lebih dekat kepada program-program latihan yang ditawarkan, laluan kemasukan melalui UP-TVET, prospek kerjaya serta hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas menamatkan pengajian TVET.
Penganjuran Pocket Talk ini bukan sekadar medan promosi, malah menjadi wadah untuk memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap TVET sebagai laluan pendidikan berprestij, relevan dan berdaya saing, selari dengan keperluan industri serta aspirasi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi negara.
ADTEC JTM Kampus Labuan โ Membina Kompetensi, Mencorak Masa Hadapan.
"๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐"
"๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐,
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐"
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ง๐ข๐๐ข๐๐๐๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ #๐๐๐๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐
#๐๐๐ฃ #๐๐๐ง๐๐ #๐๐ ๐ง๐
#๐น๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น