Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) FACEBOOK RASMI KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada 1 januari 1999, UMS KAL telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 356 orang pelajar kumpulan pertama pada bulan Mei 1999. Kampus ini yang dikenalai sebagai The Beach Campus kerana kedudukannya yang berhadapan dengan pantai mer

upakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terindah di Malaysia. Suasana kampus yang nyaman dam harmoni menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. UMS KAL bercirikan gunaan yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, mengurus dan menganalisis bersifat global menarik pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, UMS KAL telah mempunyai kira-kira 100 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara. Halatuju program akademik UMS KAL ialah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat global yang melambangkan Labuan sebagai sebuah Pusat Perniagaan dan berteraskan kecemerlangan menuju ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Di UMS KAL, pelajar diajar, dididik, dibimbing dan dibentuk secara menyeluruh dalam pelbagai bentuk disiplin pengajian yang unik, dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif disokong oleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan canggih untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam semua aspek.

Staf UMSKAL Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026 ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’WP LABUAN, 10 Ogos 2026 (Isnin) –...
10/08/2026

Staf UMSKAL Semarakkan Bulan Kebangsaan 2026 ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

WP LABUAN, 10 Ogos 2026 (Isnin) – Kakitangan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut tidak ketinggalan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’.

Program yang diadakan di ruang legar Podium Bangunan Menara itu dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah UMSKAL, Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.

Turut hadir Ketua Pentadbiran UMSKAL, Sharifah Ismail dan Ketua Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia, Mas Adi Alimin selaku Pengerusi Penganjur program tahunan itu.

Hadir sama Ketua-ketua Sektor dan kakitangan masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Alfaiz Darsono diikuti nyanyian lagu Negaraku yang dinyanyikan dengan penuh semangat oleh staf UMSKAL.

Selepas ucapan Pengarah UMSKAL, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Sektor.

Prof. Dr. Shamsul Bahari kemudiannya memasang Jalur Gemilang di kenderaan rasmi UMS.

Sambutan itu semakin meriah dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan Merdeka yang diketuai Prof. Dr. Shamsul Bahari.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar yang menjadi simbolik kesatuan kakitangan UMSKAL.

Prof. Dr. Shamsul Bahari berkata program itu bertujuan menggalakkan kakitangan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai lambang semangat patriotik, perpaduan dan cinta akan negara.

Penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen erat warga UMSKAL dalam menyokong agenda kenegaraan, penyampaian mesej patriotisme dan semangat cintakan negara.

“Warga UMSKAL akan terus menyemarakkan lagi suasana perayaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan 2026.

“Kakitangan akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang di kereta, rumah kediaman dan pejabat.

“Mari kita teruskan semangat perpaduan, keamanan dan keharmonian untuk negara tercinta pada setiap 31 Ogos,”katanya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

UMSKAL turut meriahkan Karnival Pendidikan MADANI Wilayah Persekutuan Labuan 2026WP LABUAN, 8 Ogos 2026 (Sabtu) – Univer...
10/08/2026

UMSKAL turut meriahkan Karnival Pendidikan MADANI Wilayah Persekutuan Labuan 2026

WP LABUAN, 8 Ogos 2026 (Sabtu) – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) turut tidak ketinggalan menjayakan Karnival Pendidikan MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026.

Majlis perasmian penutupan karnival disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud di Pentas Utama Anggerik Ujana Kewangan.

Karnival Pendidikan MADANI 2026 menghimpunkan penglibatan menyeluruh daripada pelbagai institusi pendidikan, sekolah, serta agensi kerajaan dan swasta.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan, Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yahya Ahmad Puteh.

Penglibatan UMSKAL bukan sahaja memeriahkan program berkenaan tetapi juga sebagai tanda sokongan padu kepada penganjuran yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.

Reruai UMSKAL turut dikunjungi Datuk Ts. Mustapha yang menerima penerangan daripada Ketua Unit Korporat, Sektor Pentadbiran & Sumber Manusia, Mohizam Mohamad yang dibantu staf SPSM.

Semoga maklumat yang diterima pengunjung akan menarik minat mereka melanjutkan pengajian tinggi di UMS.

Terima kasih Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengarah UMSKAL ahli panel forum Program DARES@Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026WP LABUAN, 8 Ogos 2026 ...
10/08/2026

Pengarah UMSKAL ahli panel forum Program DARES@Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2026

WP LABUAN, 8 Ogos 2026 (Sabtu) - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin dipilih menjadi salah seorang ahli panel forum sempena Program Dialog Aman, Responsif dan Empati Sosial (DARES@Komuniti) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2026.

Program yang diadakan di Dewan ADTEC JTM Kampus Labuan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Mohamad Azhan Md Amir.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) WP Labuan, Jessica Basat.

UMSKAL turut menjadi rakan strategik penganjuran program bermanfaat itu.

Terima kasih JPNIN WP Labuan.

Pemeriksaan Bangunan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan bagi tujuan pembaharuan perakuan bomba (Akta P...
07/08/2026

Pemeriksaan Bangunan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan bagi tujuan pembaharuan perakuan bomba (Akta Perkhidmatan Bomba 1988)

WP LABUAN, 7 Ogos 2026 (Jumaat) - Satu pemeriksaan ke atas bangunan UMSKAL bagi tujuan permohonan pembaharuan Perakuan Bomba (Fire Certificate) telah dilaksanakan oleh pegawai daripada Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Labuan) yang diketuai oleh PKPGB Azlan Talin (Penolong Kanan Penguasa Bomba), PPGB Huzyman Malikin (Penolong Penguasa Bomba), PPGB Nur Fatin Nadia Jamain (Penolong Penguasa Bomba) dan PB Mohd Syazwan Wohanis (Pegawai Bomba).

Pemeriksaan tersebut bertujuan menilai tahap pematuhan bangunan terhadap keperluan keselamatan kebakaran sebagaimana yang ditetapkan sebelum pembaharuan Perakuan Bomba diperakukan.

Antara aspek yang diberi perhatian termasuk keadaan dan fungsi sistem penggera kebakaran, sistem lif bomba, sistem pam pancur basah, pili bomba, hos gelendung (hose reel), lampu kecemasan, alat pemadam api serta laluan keluar kecemasan.

Turut hadir sepanjang pemeriksaan ialah Ketua Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan Mohd Abdullah Manggul (Ketua Penolong Jurutera) dan kakitangan daripada Sektor Pembangunan dan Penyelenggaraan UMSKAL yang memberikan kerjasama penuh kepada pihak JBPM Labuan dengan menyediakan dokumen berkaitan, rekod penyelenggaraan sistem kebombaan serta membantu pemeriksaan di lokasi-lokasi yang terlibat bagi melancarkan proses pemeriksaan.

UMSKAL komited untuk memastikan setiap bangunan universiti sentiasa memenuhi standard keselamatan kebakaran yang ditetapkan demi menjamin keselamatan warga kampus, pelajar, kakitangan serta semua pengunjung.

Komitmen ini selaras dengan usaha berterusan Universiti dalam menyediakan persekitaran pembelajaran dan pekerjaan yang selamat, kondusif dan mematuhi keperluan pihak berkuasa.

Terima kasih JBPM Labuan.

Perkukuh Budaya Kerja BerpasukanWP LABUAN, 29 Julai 2026 (Rabu) - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa...
06/08/2026

Perkukuh Budaya Kerja Berpasukan

WP LABUAN, 29 Julai 2026 (Rabu) - Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Prof. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menghadiri Majlis Kupi-Kupi Bersama Pengarah UMSKAL di Pejabat Bahagian Pentadbiran Kolej Kediaman (BPKK), Wisma ZAS, UMSKAL.

Kehadiran Pengarah UMSKAL dialu-alukan Ketua Bahagian Pentadbiran Kolej Kediaman, Norhanizah Adnan, Pengetua Kolej Kediaman UMSKAL, Hadzariah Ismail dan Ketua Sektor Hal Ehwal Islam & Masjid, Ustaz Alfaiz Darsono bersama kakitangan.

Program itu dianjurkan Bahagian Pentadbiran Kolej Kediaman (BPKK) bersama Sektor Hal Ehwal Islam & Masjid (SHEIM) dalam usaha memperkukuh budaya kerja berpasukan, mempererat ukhuwah serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara warga universiti.

Program ini menjadi platform santai yang menghimpunkan warga kerja untuk berkongsi pandangan, bertukar idea, memperkukuh komunikasi dua hala serta merancang inisiatif strategik ke arah kecemerlangan organisasi.

Melalui pendekatan yang lebih mesra dan terbuka, majlis ini dapat menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuhkan silaturahim serta memupuk budaya kerja yang lebih dinamik, progresif dan berprestasi tinggi.

Terima kasih semua yang hadir menjayakan program ini sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh hubungan, memperkasa kolaborasi dan merealisasikan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan yang mampan.

"Bersama Kita Maju, Bersama Kita Unggul."

Pelajar UMSKAL raih RM3,312 melalui KITAFUND demi kebajikan kucing terbiarWP LABUAN, 23 Jun 2026 – Projek SULAM ‘Happy T...
06/08/2026

Pelajar UMSKAL raih RM3,312 melalui KITAFUND demi kebajikan kucing terbiar

WP LABUAN, 23 Jun 2026 – Projek SULAM ‘Happy Tails: Feed, Spay, Neuter and Adopt’ yang berlangsung di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan (JPV Labuan) berjaya mengumpul dana sebanyak RM3,312 melalui platform KITAFUND, melepasi sasaran awal sebanyak RM3,125.

Menurut Penyelaras Program, Dr. Suzillah Sidek projek itu dianjurkan oleh pelajar Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) di bawah kursus GT30203 Kewangan Korporat Antarabangsa.

Dana yang berjaya dikumpulkan digunakan bagi membiayai kos pemandulan (spay dan neuter), vaksinasi, rawatan asas, makanan, pengangkutan serta penjagaan sementara bagi kucing-kucing terbiar sebelum ditempatkan di pusat perlindungan atau diserahkan kepada keluarga angkat.

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Labuan dan NGO We Love Labuan Cats & Dogs yang banyak membantu dalam aspek penyelamatan, rawatan, penjagaan dan pengambilan anak angkat kucing terbiar.

Melalui projek ini, pelajar bukan sahaja mengaplikasikan ilmu kewangan korporat menerusi kempen crowdfunding, malah memupuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi dan tanggungjawab sosial.

Pengarah bagi program itu adalah Haran Siva manakala ahli projek terdiri daripada Sarmelee Mahendran, Devin Dev James, Leelasri Kaliappan, Bhuvendran Sarawanan, Mohamad Iskandar Rizlianshah Rizman, Gilbert Carlson Guni, Linasseni Santhakumar dan Mohammad Aiman Shadiqin Abdul Amin.

Program ini membuktikan bahawa kerjasama antara universiti, agensi kerajaan, NGO dan masyarakat mampu memberikan impak positif kepada kebajikan haiwan serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

Pelajar UMSKAL jaga kebajikan kucing terbiar.

Universiti Malaysia Sabah penganjur bersama Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan 2026WP LABUAN, 4 Ogos 2026 (Selasa...
05/08/2026

Universiti Malaysia Sabah penganjur bersama Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan 2026

WP LABUAN, 4 Ogos 2026 (Selasa) – Labuan Bank Compliance Officers' Networking Group (LB CONG) telah berjaya menganjurkan Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan Ke-2 (2nd Labuan International Compliance Conference – LICC 2026) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai penganjur bersama akademik.

Persidangan yang berlangsung di Bilik Seminar Rafflesia, Financial Park Labuan ini berjaya menghimpunkan lebih 180 peserta yang terdiri daripada pengawal selia, pegawai pematuhan, pegawai perbankan, pengamal undang-undang, ahli akademik, profesional industri serta pelajar universiti dari seluruh Malaysia.

Bertemakan "Due Diligence and Compliance: Navigating Global Uncertainty", persidangan ini menjadi platform utama perkongsian ilmu dan jaringan profesional yang mempertemukan pelbagai pihak berkepentingan bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pematuhan, tadbir urus, pencegahan pengubahan wang haram (AML), pengurusan risiko serta amalan terbaik dalam industri kewangan di Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC).

Persidangan ini turut mendapat sokongan daripada Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Labuan International Insurance Association (LIIA) dan Labuan Investment Banks Association (LIBA).

Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Syahrul Imran Mahadzir.

Turut hadir Pengerusi LB CONG; Alvin Han, Pengerusi Association of Labuan Banks (ALB); Nor Rashidi Mohammad, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal dan wakil Labuan Investment Banks Association (LIBA), Elvin Mingel.

Dalam ucapan alu-aluannya, Alvin Han menekankan kepentingan kerjasama erat antara badan pengawal selia, institusi kewangan, badan profesional dan institusi pengajian tinggi dalam memperkukuhkan budaya pematuhan serta memastikan Labuan IBFC terus kekal sebagai pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing dan diyakini di peringkat global.

Mewakili Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr. Lee Hock Ann telah menyampaikan syarahan bertajuk "Building a Strong Compliance Ecosystem in Labuan IBFC".

Pembentangan beliau menekankan peranan penting universiti dalam melahirkan modal insan yang kompeten dalam bidang pematuhan melalui pendidikan berkualiti, penyelidikan gunaan, kerjasama industri serta pembangunan program latihan dan pensijilan profesional.

Salah satu acara kemuncak LICC 2026 ialah pelancaran rasmi buku Due Diligence and Compliance in Labuan IBFC: A Practical Guide for Compliance Officers, yang diterbitkan bersempena dengan persidangan ini.

Buku berkenaan merupakan rujukan praktikal yang menghimpunkan panduan mengenai pendekatan berasaskan risiko, proses due diligence, tadbir urus organisasi, pemantauan dan pelaporan serta pematuhan peraturan dalam Labuan IBFC.

Penerbitan ini dijangka menjadi rujukan penting kepada pegawai pematuhan, institusi kewangan, badan pengawal selia, ahli akademik dan pelajar dalam memperkukuhkan amalan pematuhan profesional.

Buku berkenaan merupakan hasil penulisan bersama Alvin Han dan Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal serta Cindy Koh dan B**g Lui Lui.

Penerbitan buku ini mencerminkan kerjasama erat antara industri dan institusi akademik dalam menghasilkan bahan rujukan yang praktikal, relevan dan mampu menyokong pembangunan profesionalisme serta memperkukuhkan budaya tadbir urus dan pematuhan dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Persidangan ini turut menampilkan barisan penceramah terkemuka daripada Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Sheila Hussain Vijay & Partners dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkongsi pandangan mengenai jangkaan penyeliaan, pemerkasaan fungsi pematuhan, penyiasatan pengubahan wang haram, pemulihan aset serta cabaran landskap kawal selia yang semakin kompleks.

Turut diadakan forum bertajuk "Compliance Under Pressure: Managing Risk Across Border" yang dikendalikan oleh Alvin Han bersama ahli panel Nor Rashidi Mohammad (ALB), Annie Undikai (LIIA), Elvin Mingel (LIBA) dan Rita Sharif (ALTC).

Forum berkenaan membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan risiko rentas sempadan, kerjasama kawal selia antarabangsa serta strategi memperkukuhkan tadbir urus dalam persekitaran kewangan global yang semakin mencabar.

Sebagai penganjur bersama akademik, Universiti Malaysia Sabah terus komited dalam memperkukuh pembangunan modal insan, penyelidikan, latihan profesional dan kerjasama strategik bersama badan pengawal selia serta pemain industri dalam bidang tadbir urus, pematuhan, pengurusan risiko dan kewangan antarabangsa.

Penganjuran LICC 2026 membuktikan komitmen berterusan UMS dalam menyumbang kepada pembangunan Labuan sebagai sebuah pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa yang berdaya saing serta memperkukuhkan jaringan kerjasama antara universiti dan industri.

Jawatankuasa penganjur yang diketuai Hayati Soet@Osman dan penganjur bersama, Dr. Sharinah Puasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah, ahli panel, penaja dan peserta serta rakan-rakan media yang telah menjayakan Persidangan Pematuhan Antarabangsa Labuan Ke-2 (LICC 2026).

UMS turut mengucapkan tahniah kepada Labuan Bank Compliance Officers' Networking Group (LB CONG) atas kejayaan menganjurkan persidangan berprestij ini dan berharap kerjasama strategik ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi memajukan budaya integriti, tadbir urus dan pematuhan dalam sektor kewangan.

Kerjasama Strategik Jayakan LICC 2026.

MAKLUMAN: Operasi Pejabat NIOS Negeri Sabah (W.P Labuan) kini di UMS KAL. Terima kasih.
04/08/2026

MAKLUMAN: Operasi Pejabat NIOS Negeri Sabah (W.P Labuan) kini di UMS KAL.

Terima kasih.

04/08/2026

Dua staf UMSKAL teruja tawan Gunung Kinabalu 2026KUNDASANG, Sabah, 3 Ogos 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) WP Lab...
03/08/2026

Dua staf UMSKAL teruja tawan Gunung Kinabalu 2026

KUNDASANG, Sabah, 3 Ogos 2026 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) WP Labuan telah menganjurkan Ekspedisi Gunung Kinabalu 2026 (GK26) yang menyaksikan penyertaan seramai 10 peserta termasuk dua staf Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dalam misi menawan puncak Gunung Kinabalu.

Ekspedisi yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 itu bertujuan mencabar ketahanan mental dan fizikal diri setiap peserta, selain menguji semangat berpasukan, disiplin serta kecekalan dalam menghadapi cabaran pendakian.

Pendakian bermula pada 31 Julai 2026 dari laluan Timpohon menuju ke Panalaban, sebelum diteruskan dengan misi mendaki ke puncak pada awal pagi 1 Ogos 2026.

Delegasi yang diketuai oleh Amsyar Syafiq Amir Lamja, yang juga merupakan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Labuan, berjaya membawa seramai sembilan peserta menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Menurut Amsyar Syafiq, para peserta mula bergerak menuju ke puncak seawal jam 2.38 pagi dalam keadaan cuaca yang mencabar serta suhu yang rendah.

Beliau berkata, perjalanan menuju ke puncak memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi kerana peserta perlu melalui laluan berbatu, keadaan gelap serta cabaran cuaca sebelum tiba di puncak.

Alhamdulillah, seramai sembilan peserta berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Peserta paling awal tiba ialah Muhamad Wafiq Qusyairi Amsyar Syafiq, berusia 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam, Labuan yang berjaya sampai ke puncak pada jam 5.40 pagi bersama Zickyzurich Anak Rahman serta diiringi oleh jurupandu gunung.

Menurut beliau, kejayaan tersebut merupakan pengalaman yang amat bermakna kerana pendakian Gunung Kinabalu bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, malah membentuk ketahanan mental, disiplin dan semangat tidak mudah berputus asa.

Setiap peserta saling memberikan sokongan antara satu sama lain sepanjang perjalanan. Walaupun berdepan laluan yang mencabar, keletihan dan faktor cuaca, semangat berpasukan membantu kami menyelesaikan misi ini dengan jayanya.

Seramai 10 peserta menyertai Ekspedisi Gunung Kinabalu 2026 iaitu:

1. Farizah Ismail – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
2. Noor Lailinna Abidin – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)
3. Muhamad Wafiq Qusyairi Amsyar Syafiq – 12 tahun, Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam, WP Labuan (SKBK)
4. Nur Wafiqah Qusyairah Amsyar Syafiq – 16 tahun, SMK Pantai, WP Labuan (SMKP)
5. Amsyar Syafiq Amir Lamja – Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Labuan (JPN)
6. Rohani Yusup– Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Labuan (JPN)
7. Jusiana Lutimin – Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Labuan (JPN)
8. Wan Fazrina Matenoh – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Labuan (JKKP)
9. Arifful Azwar Jumat – Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak (JPN)
10. Zickyzurich Anak Rahman– Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak (JPN)

Daripada keseluruhan peserta, seramai sembilan orang berjaya sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu, manakala seorang peserta tidak meneruskan pendakian ke puncak selepas mengalami Acute Mountain Sickness (AMS) dan hanya berjaya sampai ke kawasan Panalaban.

Ekspedisi GK26 ini menjadi satu pencapaian membanggakan kepada semua peserta dan membuktikan bahawa dengan persediaan rapi, disiplin serta semangat yang tinggi, setiap cabaran mampu ditempuhi.

Tahniah buat semua peserta.

Address

Jalan Sungai Pagar
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087530000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL):

Shortcuts

Share