SMK LAJAU WP Labuan

SMK LAJAU WP Labuan 🏫 SMK Lajau, W.P. Labuan
πŸŽ“ Berdisiplin β€’ Berilmu β€’ Berwawasan
πŸ“ Komuniti pendidikan yang memacu kecemerlangan sahsiah dan akademik.

Tahniah Tuan Haji Abidin bin Marjan. Mantan Pengetua SMK Lajau Tahun 1997-2001. Semoga tuan haji terus cemerlang di pers...
18/08/2026

Tahniah Tuan Haji Abidin bin Marjan. Mantan Pengetua SMK Lajau Tahun 1997-2001. Semoga tuan haji terus cemerlang di persada pendidikan Malaysia.

17 OGOS 2026🎁 SYABAS & TAHNIAH! ANUGERAH & GANJARAN KEHADIRAN PENUH BULAN JULAI 2026! πŸ‘βœ¨Assalamualaikum wbt & Salam Seja...
18/08/2026

17 OGOS 2026

🎁 SYABAS & TAHNIAH! ANUGERAH & GANJARAN KEHADIRAN PENUH BULAN JULAI 2026! πŸ‘βœ¨

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera warga SMK Lajau! πŸ‘‹

Istiqamah dan komitmen datang ke sekolah membawa ganjaran yang manis! Pihak sekolah telah menyampaikan Sijil Penghargaan dan Ganjaran Kehadiran Penuh bagi Bulan Julai 2026 kepada murid-murid yang berjaya mencatatkan kehadiran 100%! πŸ“œπŸŽ’

Bagi menyemarakkan lagi semangat murid, semua penerima anugerah kehadiran penuh layak menyertai Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disampaikan, termasuklah:

🎁 Antara Ganjaran & Hadiah Cabutan Bertuah (15 Hadiah Keseluruhan):

🎫 5x Voucher Makan (RM6.00) untuk ditebus di Kantin SMK Lajau 🍱

✏️ 5x Set Alat Tulis bernilai RM10.00 πŸ“

🧺 4x Mini Hamper bernilai RM15.00 πŸŽ€

⭐ Hadiah Utama Istimewa sumbangan khas daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) 🎁✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PK HEM serta barisan Unit Hal Ehwal Murid (HEM) atas insiatif dan ganjaran motivasi ini.

Semoga ganjaran ini menjadi pendorong buat semua murid SMK Lajau untuk terus rajin, berdisiplin, dan mengekalkan kehadiran penuh ke sekolah pada bulan-bulan akan datang! 🀩πŸ’ͺ

"Lajau Hebat, Murid Beradab!" ❀️

Fly High Lajau! πŸš€πŸ’«

18/08/2026
Pengarah Jabatan pendidikan W.P. Labuan
17/08/2026

Pengarah Jabatan pendidikan W.P. Labuan

09 OGOS 2026β€‹πŸ€– LAJAU DOMINASI PENTAS ROBOTIK! RAMPONG 4 EMAS & 2 PERAK DI PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGE...
17/08/2026

09 OGOS 2026

β€‹πŸ€– LAJAU DOMINASI PENTAS ROBOTIK! RAMPONG 4 EMAS & 2 PERAK DI PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI W.P LABUAN 2026! πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ†

​Syabas dan Tahniah! πŸ₯³βœ¨

​Pasukan Robotik SMK Lajau sekali lagi mencipta sejarah dan melakar pencapaian yang amat luar biasa serta membanggakan di Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Negeri W.P. Labuan Tahun 2026! πŸ€–βš‘

​Daripada 5 kategori yang disertai, Kontinjen SMK Lajau berjaya merampung kejayaan cemerlang dengan membawa pulang 4 EMAS & 2 PERAK! πŸ†πŸ”₯

​πŸ₯‡ Pingat Emas:
1️⃣ Robomission Pro Lower
2️⃣ Robosport
3️⃣ Future Innovator
4️⃣ STEM and Invention

​πŸ₯ˆ Pingat Perak:
1️⃣ Robomission Pro Upper
2️⃣ Future Inovator

​Setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang bertanding serta barisan guru mentor yang bertungkus-lumus memberikan dedikasi, bimbingan dan sokongan tanpa henti! Kejayaan ini adalah bukti nyata kepakaran, daya inovasi, dan semangat juang tinggi anak-anak Permata Lajau dalam bidang sains dan teknologi. πŸ’‘πŸ’»

​"Terus Berinovasi, Berusaha dan Menginspirasi!"
​Lajau Juara! πŸ†πŸ”₯

Lajau Terus Memacu Kecemerlangan! 🌟

Fly High Lajau! πŸš€πŸ’«

​

16/08/2026

🌻🌻 Program 5 minit perkongsian yang dibacakan oleh ahli PRS selepas bacaan yasin.

🌻🌻Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan isu semasa,kata-kata motivasi , minda sihat, buli, kerjaya dan sebagainya

Tarikh: 14 Ogos 2026
Masa: 7.00 pagi
Penyampai : Vanessa Anne Kareen Voo

14 OGOS 2026πŸ† PENCAPAIAN HEBAT! PERMATA LAJAU ANGGOL TEMPAT KE-3 DARE TO SPELL 2026! πŸ”€πŸŽ‰Alhamdulillah dan syabas! πŸ₯³βœ¨Satu ...
14/08/2026

14 OGOS 2026

πŸ† PENCAPAIAN HEBAT! PERMATA LAJAU ANGGOL TEMPAT KE-3 DARE TO SPELL 2026! πŸ”€πŸŽ‰

Alhamdulillah dan syabas! πŸ₯³βœ¨

Satu lagi kejayaan manis mengiringi nama SMK Lajau! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nureen Azlina Azhar dari kelas 4 Sains (4S) atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Ke-3 (Third Placing) dalam pertandingan Dare To Spell 2026 (Sekolah Menengah) sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa 2026! πŸ₯‰πŸ“š

Pencapaian hebat ini membuktikan penguasaan Bahasa Inggeris, kecekapan, dan keberanian anak muda SMK Lajau dalam bersaing dengan sekolah-sekolah di peringkat zon/negeri. πŸ’‘πŸŒŸ

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga buat guru-guru pembimbing yang tidak jemu memberi dorongan dan tunjuk ajar, serta seluruh warga sekolah yang sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid kita! πŸ€πŸ’

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Nureen Azlina dan seluruh warga SMK Lajau untuk terus cemerlang di masa hadapan! Keep shining! 🌟πŸ”₯

Lajau Terus Memacu Kecemerlangan! πŸ†

Fly High Lajau! πŸš€πŸ’«

10 OGOS 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT SMK LAJAU TAHUN 2026 πŸ”΄βšͺπŸ”΅πŸŸ‘Salam Sejahtera war...
14/08/2026

10 OGOS 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT SMK LAJAU TAHUN 2026 πŸ”΄βšͺπŸ”΅πŸŸ‘

Salam Sejahtera warga SMK Lajau! πŸ‘‹

Semangat jiwa merdeka kini membara! SMK Lajau telah rasmi melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2026 bertempat di Dataran Gemilang SMK Lajau. 🏫✨

Majlis yang berlangsung penuh warna-warni dan bersemangat ini menyaksikan pelbagai pengisian menarik diadakan bagi membangkitkan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dalam kalangan warga sekolah. Kibaran Jalur Gemilang yang memenuhi Dataran Gemilang menyemarakkan lagi rasa bangga kita sebagai anak Malaysia! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ†

Antara matlamat utama penganjuran sambutan ini:

πŸ“Œ Memupuk semangat patriotisme, perpaduan, dan jati diri yang teguh dalam kalangan murid.

πŸ“Œ Menghargai jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara.

πŸ“Œ Mendidik generasi muda untuk sentiasa bersatu padu dan bersyukur atas nikmat kedamaian negara.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik bakal menyusul sepanjang Bulan Kebangsaan ini. Mari kita bersama-sama memberikan sokongan padu dan menyertai setiap program yang telah dirancang! πŸŽ‰πŸ“š

"Lajau Hebat, Murid Beradab!" ❀️

Fly High Lajau! πŸš€πŸ’«

07 OGOS 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMARAK MERDEKA: PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SMK LAJAU! πŸ”΄βšͺπŸ”΅πŸŸ‘Salam Sejahtera warga SMK Lajau! πŸ‘‹Dalam usah...
14/08/2026

07 OGOS 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMARAK MERDEKA: PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG SMK LAJAU! πŸ”΄βšͺπŸ”΅πŸŸ‘

Salam Sejahtera warga SMK Lajau! πŸ‘‹

Dalam usaha memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara, Kelab Malaysiaku SMK Lajau telah menjayakan Program Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi bahang sambutan Bulan Kebangsaan! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Program penuh bersemangat ini melibatkan penglibatan aktif daripada semua guru penasihat dan ahli Kelab Malaysiaku. Bersama-sama, mereka telah bergotong-royong menghias dan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah bagi membangkitkan suasana kemerdekaan dan rasa bangga sebagai anak Malaysia! πŸ«πŸŽ†

Antara pengisian dan matlamat program:

πŸ“Œ Memupuk jiwa patriotik dan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air dalam kalangan murid.

πŸ“Œ Membudayakan amalan mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dan penuh rasa hormat.

πŸ“Œ Mengukuhkan semangat kerjasama dan kebersamaan antara guru dan murid.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Malaysiaku atas usaha murni dan komitmen tinggi dalam menceriakan suasana sekolah dengan kibaran Jalur Gemilang! πŸ‘πŸŒŸ

"Bersama Mengukir Kejayaan di SMK Lajau!" ❀️

Fly High Lajau! πŸš€πŸ’«

14/08/2026

Address

SMK Lajau, Peti Surat 81514
Labuan
87025

Telephone

+6087462995

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK LAJAU WP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share