25/04/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي
*Segala kebaikan, rezeki, kejayaan, dan ketenangan yang dinikmati manusia datangnya daripada Allah SWT*
Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Raudhah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Syamsul dan Puan Diana, satu pencapaian yang sangat besar buat anak Nuha Aqeela binti Syamsul Bahri, yang telah berjaya menamatkan khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk pada Jumaat 24 April 2026.
Lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar pertama Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah yang mencapai kejayaan ini.
Kejayaan ini adalah hasil daripada didikan, doa serta pengorbanan Tuan Syamsul & Puan Diana sekeluarga.
Semoga Nuha Aqeela terus istiqamah dalam menjaga Al-Quran dengan syahadah, menjadi anak solehah penyejuk mata, dan insyaAllah menjadi asbab kemuliaan buat ibu dan ayah di dunia serta akhirat.
Tahniah juga diucapkan kepada gurunya, Ustazah Syamsidah yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi kejayaan ini.
Tidak dilupakan juga Ustazah Fatimah, Ustazah Syuhada & Ustazah Norhani atas bimbingan dan nasihat mereka kepada semua anak-anak tahfiz.
Moga dengan permulaan ini, akan lahir lebih ramai lagi anak-anak yang khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk serta memperoleh syahadah, insyaAllah.
Paklong Sam Bahri Diana Tashya Hj Arsad