Nukilan AL-JARSiKi

Nukilan AL-JARSiKi

Share

Ketuhanan – Pendidikan – Kesihatan – Kewangan – Kerohanian

28/03/2025

DRAMA realiti yang berlaku dalam masyakat kita. Diberi tajuk “BILA CINTA TAK CUKUP”

Aku ni jenis perempuan yang tak banyak kerenah. Dari awal kahwin, aku tak pernah berkira dengan suami. Apa dia nak buat, aku sokong. Duit aku, duit dia. Duit dia… hmmm, duit dia jugak. Aku tak kisah. Asalkan rumah tangga bahagia.

Sampailah satu hari, ada nombor tak dikenali WhatsApp aku. "Assalamualaikum kak, saya harap akak izinkan saya nikah dengan suami akak. Kami saling mencintai."

Aku baca mesej tu banyak kali. Rasa macam mimpi. Tapi bila aku tanya suami, dia tak menafikan. Dengan muka selamba, dia cakap, “Ya, saya nak nikah dengan dia.”

Aku tarik nafas panjang. “Bagi aku tiga hari.” Itu je yang aku minta.

Tiga hari kemudian, aku ajak suami dan perempuan tu duduk semeja. Restoran mahal, makan untuk tiga orang dekat RM200. Aku biarkan mereka makan dulu. Senyum-senyum, suami aku bukan main lagi—mungkin ingat aku ni bakal madu yang sporting.

Habis makan, aku susun pinggan ke tepi. Aku tenung perempuan tu dalam-dalam. “Betul ke awak nak kahwin dengan suami saya?”

Dia angguk sambil senyum simpul. Amboi, bukan main manis muka dia.

Aku tarik keluar slip gaji suami dari dalam beg. “Gaji dia RM800. Lepas tolak itu ini, tinggal berapa? RM200? RM100?” Aku tolak ke arah dia. “Dengan duit ni, awak nak makan apa? Nak beli pampers anak awak? Nak bayar bil? Awak tahu ke selama ni, rumah atas nama siapa? Kereta? Motor?”

Aku keluarkan semua dokumen—semua harta atas nama aku. “Suami saya ni tak ada apa-apa. Selama ni saya yang tanggung. Awak betul ke nak kahwin dengan dia?”

Aku lihat senyuman di muka dia makin pudar. Aku tak habis lagi.

“Itu baru zahir. Batin awak dah tanya? Dua minit cukup ke? Sebulan sekali mampu ke?”

Perempuan tu terdiam. Suami aku pun tunduk. Aku sambung lagi, “Kalau lepas ni awak masih nak teruskan, tak apa. Tapi ini makanan tadi, awak bayar. Kereta kat luar tu, saya punya. Balik nanti, awak cari Grab.”

Aku bangun, capai beg tangan, dan terus keluar tanpa toleh belakang.

Esok pagi, suami aku menangis, mintak ampun. Katanya, dah tak jadi nikah. Perempuan tu pun WhatsApp, katanya dia tak sanggup. Minta maaf.

Aku senyum sinis. "Bagus. Baru tahu cinta saja tak cukup."

Kalau selepas ni dia buat hal lagi, aku dah ada rancangan. Aku akan frame slip gaji dia, tampal kat dinding rumah, bilik, dapur, toilet—kalau boleh buat profile picture WhatsApp, lagi bagus.

Baru padan muka.

Sejak hari tu, aku buat hidup aku macam biasa. Aku tak meroyan, tak menangis meratap. Buang masa je. Kalau dia nak aku lagi, syukur. Kalau tak, aku pun tak hingin.

Aku ni dari dulu bukan jenis perempuan yang harapkan lelaki seratus peratus. Duit skincare aku, aku bayar sendiri. Duit supplement kulit aku, aku beli sendiri. Tak pernah mintak duit dia. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri.

Sebab aku tahu satu benda—kalau aku tak sayang diri aku, siapa lagi?

Lelaki boleh datang dan pergi. Tapi aku tetap aku. Tetap lawa, tetap bersih, tetap bersinar. Tak perlu tunggu sesiapa untuk buat aku bahagia.

Kredit : tierasyaaa

26/03/2025

10 Pantang Larang Bila Marah Anak

Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat benda ni:

1. Pukul sampai berbekas
2. Kurung dalam bilik
3. Ugut tinggal luar/tepi jalan/bagi kat orang lain
4. Banding dengan kawan baik dia
5. Silent treatment tanpa explain/closure
6. Ugut sayang anak lain sahaja
7. Tinggal di tempat gelap
8. Rekod anak menangis dan malukan dia
9. Kata anak ni "menyusahkan"
10. Menyumpah/keluar kata-kata kesat

Semua ini impak dia besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tak boleh move on dari trauma sebegini. Kebanyakkan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:

- Trauma sendiri yang tak selesai
- Penat
- Burnout
- Projection (marah kat orang lain tapi project pada anak)

Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.

14/03/2025

Penyakit buah pinggang tidak menunjukkan gejala ketara pada peringkat awal. Anda mungkin merasa sihat, tetapi buah pinggang anda sedang rosak secara perlahan!

Satu-satunya cara untuk mengetahuinya adalah melalui pemeriksaan kesihatan berkala. Jangan tunggu hingga simptom jelas muncul kerana ketika itu, mungkin sudah terlambat.

💡 Jaga buah pinggang anda sebelum terlambat. Pastikan anda minum air secukupnya, kawal garam dan gula, serta elakkan ubat tahan sakit berlebihan.

📌 Pemeriksaan kesihatan adalah kunci untuk mengesan masalah awal. Jangan abaikan!

09/01/2025

Tahukah anda,

Lembu hanya makan rumput seumur hidup dia & tak pernah makan daging. Tapi bila dilapah, lemak dalam badan lembu sangat banyak. Adakah rumput mengandungi lemak??

Berbanding harimau yang 99.9% makanannya adalah daging, tapi harimau kurus dan berotot.

Sebab apa?
Sebab harimau kalau nak makan dia kena kejar makanannya. Manakala lembu duduk setempat pun boleh makan. Tak payah kejar rumput kalau lapar.

Moral of the story : Tak guna berdiet kalau malas bersenam. 💪🏻💪🏻🏃‍♂️🏃🏻‍♀️

Want your school to be the top-listed School/college in Labuan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Labuan