29/12/2025
Alhamdulillah, sekitar program Pusat Pengajian An Naba untuk akhir tahun 2025 yang diadakan pada 14hb lalu berjalan dengan lancar dan meriah dengan pelbagai pengisian yang bermakna.
📅 14 Disember 2025 (Ahad) | 📆 23 Jamadilakhir 1447H
Aktiviti & Pertandingan
• Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran
• Pertandingan Hafazan Kanak-Kanak
• Pertandingan Hafazan Remaja / Dewasa
• Persembahan Nasyid
• Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
• Penyampaian Hadiah
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah menonjolkan keberanian dan keyakinan diri melalui program di akhir tahun ini. Pusat Pengajian amat berbangga dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada murid, ibu bapa dan semua yang menyokong penganjuran program ini. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, beriman dan beramal.