24/09/2024
Klik Dengan Bijak (KDB) memberikan panduan keselamatan ketika melayari internet bertujuan untuk mendidik murid-murid dan guru-guru SK Bukit Kallam serta ibu bapa tentang cara menggunakan Internet dengan selamat dan bertanggungjawab.
Panduan Keselamatan Melayari Internet yang harus kita amalkan:
B - Beradab, Bertanggungjawab, Berfikir, Berhati-hati dan Bijak
✅ Berbudi bahasa dan jaga keperibadian anda ketika melayari Internet;
✅ Bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis, dan jangan sesekali mengeluarkan ayat yang mungkin menyakitkan dan mengguris perasaan pembaca;
✅ Berfikirlah dahulu sebelum memuat naik atau memaparkan maklumat di Internet;
✅ Berhati-hati ketika berkongsi gambar anda kerana ianya boleh disalahgunakan oleh seseorang yang berniat jahat;
✅ Bijak berkongsi dan hormatilah pandangan orang lain.
I - Informasi, Identiti, Ingat, Internet Positif, Interaksi
✅ Maanfaatkan informasi dan maklumat dengan sebaik mungkin;
✅ Identiti anda adalah tanggungjawab anda;
✅ Ingat! Jika anda menerima e-mel daripada orang yang tidak dikenali, jangan sesekali membukanya;
✅ Internet positif untuk yang kreatif;
✅ Interaksi dengan berhemah.
J - Jom Amalkan, Jaga, Jangan
✅ Jom amalkan Internet secara positif;
✅ Jagalah keselamatan diri anda ketika melayari internet;
✅ Jangan lakukan perkara di alam siber yang anda tidak lakukan di alam realiti;
✅ Jangan sebar maklumat tanpa sumber yang boleh dipercayai
✅ Jangan terlalu asyik melayari Internet hingga mengabaikan tanggungjawab anda.
A - Akses, Amalkan, Aktifkan, Adukan
✅ Akses Internet dengan selamat dan gunakan secara positif;
✅ Amalkan kawal selia kendiri dan gunakan Internet secara positif;
✅ Amalkan penggunaan bahasa yang baik;
✅ Aktifkan fungsi privasi bagi mengawal kandungan yang ingin dikongsi;
✅ Adukan kepada pihak pentadbir laman web sekiranya terjumpa kandungan yang tidak sesuai;
K - Klik, Kemaskini, Kenalpasti, Komentar, Keselamatan
✅ Klik laman web yang berfaedah;
✅ Kemaskini kata laluan anda sekerap mungkin;
✅ Kenalpasti rakan maya anda;
✅ Komentar dengan postifi dan membina, elakkan menghina dan memfitnah;
✅ Keselamatan di Internet harus diutamakan.