23/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-24 (KEJO24) SMK PANTAI 2026
Tarikh: 14 - 17 Mei 2025
Tempat: Padang SMK Pantai
MATLAMAT RPM 2026-2035:
Melahirkan insan sejahtera yang beradab, berilmu, berkemahiran, berdaya tahan dan berkeyakinan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Teras Strategik 2:
Mengoptimumkan potensi setiap murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk menjadi warganegara global.
SMK Pantai telah berjaya menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali Ke-24 (KEJO24) SMK Pantai 2026 yang berlangsung selama empat hari dengan penuh semangat kesukanan, kerjasama dan saingan sihat dalam kalangan warga sekolah.
Pada hari pertama dan kedua kejohanan, acara padang yang dipertandingkan ialah Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lempar Cakera, Rejam Lembing dan Lompat Kijang bagi semua kategori L15, P15, L18, P18, PPKI (L) dan PPKI (P).
Hari ketiga dan keempat p**a diteruskan dengan acara balapan melibatkan kategori L15, P15, L18, P18 dan PPKI di peringkat separuh akhir dan akhir. Antara acara yang dipertandingkan ialah 1500m, 60m PPKI, 100m, 100m Berpagar, 110m Berpagar, 400m, 800m, 200m dan 4x400m.
Tidak dilupakan acara larian 8 x 50m yang melibatkan guru-guru setiap rumah sukan yang turut menceriakan suasana kejohanan dan mendapat sorakan gemuruh daripada para pelajar.
Majlis perasmian kejohanan pada hari pertama telah disempurnakan oleh Encik Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai. Majlis penutupan p**a telah diadakan pada sebelah petang hari keempat kejohanan dan dirasmikan oleh En. Ismail bin Abdullah, Pengetua SMK Pantai. Turut hadir ialah En. Muslim bin Mustapa, TYDP PIBG, Pn. Wan Azmona binti Wan Mohamed, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wilter Jonathan Ebang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Samsul bin Mandisin, Penolong Kanan Kokurikulum serta Pn. Hidayah binti Abd Rahim, Penolong Kanan PPKI.
š Berikut ialah kutipan pingat KEJO24 (acara yang dipertandingkan dari hari Khamis hingga Ahad):
1. Ignus = 16 pingat emas
2. Terra = 15 pingat emas
3. Aqua = 12 pingat emas
4. Ventus = 5 pingat emas
ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI KEJO24
Syabas dan tahniah diucapkan kepada permata-permata sukan sekolah dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama:
OLAHRAGAWAN L15:
Muhammad Ashraf Danish bin Mohd Saifullah (Ignus)
Pencapaian: Memecah rekod bagi acara Lempar Cakera dan Lontar Peluru
OLAHRAGAWATI P15:
Marissa Elisa Christie binti Abdullah (Aqua)
Pencapaian: Meraih 3 Emas Individu
OLAHRAGAWAN L18:
Mohammad Azbee bin Kamarudin (Terra)
Pencapaian: Memecah rekod bagi acara Lompat Jauh
OLAHRAGAWATI P18:
Nur Shafifi Shafira binti Sambarin (Terra)
Pencapaian: Meraih 3 Emas Individu
š Manakala ini p**a adalah keputusan rasmi keseluruhan selepas ditambah dengan pingat bagi kejohanan Merentas Desa, Sukantara dan Pertandingan Khemah Rumah Sukan Terbaik
Rumah sukan Terra dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dengan kutipan 21 pingat emas.
KEDUDUKAN KESELURUHAN
1. Terra = 21 emas
2. Ignus = 20 emas
3. Aqua = 19 emas
4. Ventus = 7 emas
Tahniah diucapkan kepada para atlet, rumah sukan dan seluruh warga sekolah atas komitmen padu sepanjang kejohanan. Semoga kejohanan yang penuh memori ini diteruskan dengan momentum yang lebih bersemangat pada masa hadapan. Terus lari demi kecemerlangan sukan SMK Pantai, KEJORA jumpa lagi tahun hadapan!
āSMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURIDā