21/12/2025
18 Disember 2025 | Khamis
Galeri | Jamuan Akhir Tahun 2025 dan Majlis Perpisahan Ustaz Faizul serta Murid Tahun 6
Alhamdulillah kami pihak KAFA Al-Hilal ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi serta berterima kasih atas jasa baik semua Ibubapa/Penjaga yang sudi menyumbang pelbagai jenis juadah untuk murid-murid. Semoga jasa baik tuan/puan diterima dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
Sehubungan dengan itu, pihak KAFA Al-Hilal juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Faizul selama perkhidmatan beliau sebagai guru di KAFA Al-Hilal sepanjang tahun ini. Didoakan agar terus sukses bertugas di tempat baru.
Buat semua murid tahun 6 bagi sesi tahun ini, tahniah dan syabas diucapkan atas perjuangan menuntut ilmu selama 6 tahun di KAFA Al-Hilal. Semoga ilmu yang dipelajari selama ini memberi manfaat serta dapat mendorong lebih dekat lagi menuju kejayaan dunia dan akhirat in shaa Allah amin. Semoga dapat terus meraih kecemerlangan di alam sekolah menengah nanti.
Selamat bercuti dan semoga berjumpa lagi di tahun akan datang✨