12/06/2024
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ,
Pada 10-11 Jun yang lalu telah berlangsungnya Kem Dai'e Pena Muda KPM peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP). Kem ini telah disertai oleh 10 buah sekolah menengah W.P. Labuan, 4 orang wakil bagi setiap sekolah, yang harus menghasilkan cerpen bergenre dakwah, berbahasa Melayu dan Inggeris.
Alhamdulillah SMK Rancha-Rancha, mendapat tempat kedua terbaik bagi kategori penulisan cerpen dakwah berbahasa Melayu, dan insyaallah wakil SMK Rancha-Rancha juga akan pergi mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan, tahniah diucapkan kepada semua.
11/05/2024
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ,
tadi telah berlangsungnnya Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. SMK Rancha-Rancha telah menghantar 4 orang wakil pelajar dan disertai 36 pelajar lain, dari 10 buah sekolah menengah seluruh Labuan.
Program bermula semalam dengan ceramah Ustaz Zulfikar dari SMA MAIWP yang bertajuk Adab sebelum ilmu, harini dengan ceramah Ustaz Ahmad Fariz Mohd Zaini dari SK Lubuk Temiang bertajuk 'Pemuda Hari Ini Pemimpin Masa Depan'.
Kemudian disusuli 3 LDK iaitu Qiyadi Insani, Ekspolarasi Huruf Leadership, dan Inspirasi Madani. Alhamdulillah SMK Rancha-Rancha telah mendapat anugerah peserta terbaik kem perempuan menerusi adik Husna.
Terima kasih kepada barisan penganjur SPI Labuan, sekolah pengelola SMK Labuan, para fasilitator, guru-guru pengiring dan semua yang terlibat, moga program yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan insyaallah.
21/04/2024
Alhamdulillah pada minggu ini iaitu hari Ahad 21/4 dan Jumaat 19/4 SMKRR telah menganjurkan dua program, acara besar tahunan, iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah serta Kejohanan Merentas Desa kali ke 8 peringkat SMK Rancha-Rancha.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat meriah dengan para pelajar dan guru bertungkus lumus menyediakan pelbagai juadah yang menarik untuk disajikan kepada para pengunjung di rerurai kelas masing-masing.
Sementelah p**a, Kejohanan Merentas Desa kali ini juga alhamdulillah berjalan dengan baik dengan suasana, cuaca yang baik, bantuan, kerjasama dari rakan strategik PDRM, JPAM dan sebagainya.
Rumah Hijau al-Fill telah mengungguli tempat pertama keseluruhan, dengan memenangi kategori L15 dan P15, tahniah diucapkan kepada semua para peserta. Moga terus melakar kejayaan di peringkat negeri p**a, ameen
04/04/2024
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Semalam telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat SMK Rancha-Rancha Labuan, serta penyampaian hadiah bagi pertandingan Kuiz Ihya Ramadan serta sumbangan hari raya bagi asnaf terpilih.
Moga kita terus membaca, memahami, mentadabbur, mengamalkan, isi kandungan Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan, namun di sepanjang perjalanan kehidupan insyaallah.
اللهم ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا. وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَالَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.
Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.
30/03/2024
RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN 1445H / 2024 PERINGKAT WP LABUAN
LABUAN, 29 Mac 2024 - YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Labuan.
Berlangsung di Masjid Jamek An-Nur Labuan, pelbagai pengisian dianjurkan di bawah pelaksanaan program iaitu:
✅Tadarus dan Khatam Al-Quran
✅Pertandingan Azan dan Iqamah
✅Pertandingan Hafazan
✅Pertandingan Kuiz
✅Pertandingan Sirah Nabi (Bercerita)
✅Mewarna
Program yang berjaya menghimpunkan hampir 1,000 orang bagi mengimarahkan masjid ini diakhiri dengan sesi berbuka puasa.
Para pelajar SMK Rancha-Rancha turut menghantarkan wakil bagi acara-acara ini, dan alhamdulillah mendapat tempat ke 2 dalam azan dan kuiz, tahniah kepada adik Saad dan Fattah.
12/03/2024
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Semalam telah bermulanya sesi persekolahan akademik tahun 2024-25 bagi SMK Rancha-Rancha dan sekolah seluruh Malaysia.
Alhamdulillah segala berjalan lancar dengan bermulanya perhimpunan rasmi, ucapan dari Tuan Pengetua Ustaz Wan Azman bin Awang, ucapan Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Labuan Tuan Yahya b Puteh.
Seterusnya juga berlangsungnya sesi orientasi bagi pelajar Tingkatan 1, Minggu Raudhatul Mahabbah, ceramah Awal Ambang Ramadhan, ice breaking serta sesi suaikenal sekolah dan sekelilingnya.
Moga sesi kali ini, para pelajar SMK Rancha-Rancha terus melakar kejayaan, kecemerlangan di dunia dan akhirat insyaallah.
Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak, moga kita semua mendapat rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka, ameen 🤲.
04/03/2024
Menjelang tiba bulan Ramadhan marilah kita berdoa kepada Allah ﷻ supaya kita diberikan keberkatan, keimanan, keselamatan untuk kita menjadi benar-benar mampu untuk menempuhi Ramadhan.
Dengan acara-acara ibadah dan antaranya dengan memperbanyakkan berdoa agar sampai ke bulan Ramadhan.
Anas bin Malik RA, Rasulullah ﷺ dikatakan berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan” (H.R. Ahmad)
Begitu juga dikatakan ramai di kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).” {H.R. Al-Tabarani:913}
29/02/2024
Tidak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan tetamu istimewa yang telah setahun menghilang: Ramadan! Mari kita bersama-sama bersiap sedia untuk berada di dalam bulan penuh keberkatan dengan hati yang penuh kesyukuran dan semangat yang tinggi.
Mari gunakan setiap saat yang berharga ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
07/02/2024
Istighfār Merawat Kata Kata Kesat
Kata-kata kesat yang keluar dari lidah kita, hakikatnya merupakan natijah dari dosa. Ubat untuk merawat sifat tercela ini ialah dengan memperbanyakkan istighfār.
Huzaifah bin al-Yamān mengadu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkenaan lisannya yang agak keras kepada ahli keluarganya. Lalu Rasulullah memberikan jalan penyelesaian kepadanya dengan sabda baginda :
أَينَ أنْتَ مِنَ الاِسْتِغْفَارِ يَا حُذَيفَة
Terjemahan : Dimanakah kamu dengan istighfār wahai Huzaifah ?
Riwayat Ibn Mājah (3817).
✍🏻 Ustaz Muhammad Fahmi Rusli
06/01/2024
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
Pada pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat Perdana Tekad SPM 100% Kita punya peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Masjid Al- Sultan Abdullah, Kampung Sungai Bedaun. Para calon SPM hampir 10 buah sekolah menengah seluruh Labuan menyertai majlis ini.
Majlis ini dimulai dengan Solat Duha, Solat Hajat dan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Sharom dan Ustaz Fadzli. Kemudian diikuti tausiyah dari Dr Muqri Afifi Mazlan yang bertajuk 'From Zero to Hero', diikuti amanat dari Tuan Hj Abidin b Marjan, Pengarah JPN Labuan yang baharu.
Moga kesemua 1082 calon SPM 2023 dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat, ameen 🤲.