SK Bandar Enstek

SK Bandar Enstek Sekolah rendah jenis kebangsaan di Bandar Baru Enstek (NBA4055) dan ditubuhkan pada tahun 2016.

πŸŽ™οΈGENTA SUARA GENERASI MADANI 2026 SEREMBAN 1 & 2 πŸŽ™οΈPertandingan koakademik Genta Suara dikelolakan dengan kerjasama dua...
10/06/2026

πŸŽ™οΈGENTA SUARA GENERASI MADANI 2026 SEREMBAN 1 & 2 πŸŽ™οΈ

Pertandingan koakademik Genta Suara dikelolakan dengan kerjasama dua buah sekolah daerah Seremban 1 iaitu SK Bandar Enstek & Seremban 2 iaitu SK Senawang. Pertandingan berjalan lancar dan turut dirasmikan oleh Tn Hj Yusran selaku Penolong Pegawai PPD Seremban (UPBM). Kehadiran juri-juri profesional dan sokongan pasukan sistem siaraya memeriahkan lagi pertandingan ini yang dilaksanakan di Auditorium SK Bandar Sri Sendayan. Sekalung penghargaan & syabas diucapkan Tn Guru Besar, En Hamizon Mohd Aris atas komitmen, iltizam & kerjasama jawatankuasa guru-guru SKBE yang terlibat dalam penganjuran kali ini khususnya unit Kokurikulum & Panitia Muzik SKBE πŸ’ͺ🏻





πŸŽ™οΈGENTA SUARA GENERASI MADANI 2026 SEREMBAN 1 & 2πŸŽ™οΈSekalung penghargaan & tahniah kepada cikgu Engku serta anak-anak bua...
10/06/2026

πŸŽ™οΈGENTA SUARA GENERASI MADANI 2026 SEREMBAN 1 & 2πŸŽ™οΈ

Sekalung penghargaan & tahniah kepada cikgu Engku serta anak-anak buahnya yang memenangi tempat dalam kategori solo lelaki & perempuan! Semoga menjadi inspirasi kepada murid-murid SKBE. Kemenjadian murid dalam segenap aspek menjadi keutamaan guru-guru SKBE πŸ’ͺ🏻




πŸ•Œ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026/1447 πŸ•Œ"Semoga ibadah & pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta membawa keberka...
27/05/2026

πŸ•Œ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026/1447 πŸ•Œ

"Semoga ibadah & pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan dalam hidup kita. "


πŸ‘¨πŸ»β€πŸ« SAMBUTAN HARI GURU 2026 GURU BITARA NADI NEGARA πŸ‘©πŸ»β€πŸ«Hari Guru disambut setiap tahun pada tanggal 16 Mei sebagai tan...
24/05/2026

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ« SAMBUTAN HARI GURU 2026 GURU BITARA NADI NEGARA πŸ‘©πŸ»β€πŸ«

Hari Guru disambut setiap tahun pada tanggal 16 Mei sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan dalam segala aspek pendidik dalam membina generasi masa depan. Tema hari guru sekolah pada tahun ini ialah jersi bola sepak sedunia anjuran Kelab Kebajikan Guru & AKP SK Bandar Enstek (KEBATEK). Terima kasih kepada murid dan ibu bapa dengan ucapan serta hadiah yang diberikan, semoga menjadi pemangkin semangat guru-guru untuk terus berkhidmat!




πŸ‘©πŸ»β€πŸ« SELAMAT HARI GURU! GURU BITARA NADI NEGARA  πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«"Terima kasih cikgu kerana terus mendidik dengan penuh ikhlas dan d...
15/05/2026

πŸ‘©πŸ»β€πŸ« SELAMAT HARI GURU! GURU BITARA NADI NEGARA πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«

"Terima kasih cikgu kerana terus mendidik dengan penuh ikhlas dan dedikasi. "
YBrs. GB Hamizon Mohd Aris

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SK Bandar Enstek. Jasa dan budi guru-guru tiada tolak tandingan, semoga sentiasa bersemangat membina anak bangsa tercinta!

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 22 Mei 2026.





[LAPORAN PENCAPAIAN: KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSNS 2026]ALHAMDULILLAH, SYABAS DAN TAHNIAH! 🏐✨Selesai sudah perjuangan muri...
13/05/2026

[LAPORAN PENCAPAIAN: KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSNS 2026]
ALHAMDULILLAH, SYABAS DAN TAHNIAH! 🏐✨

Selesai sudah perjuangan murid-murid hebat SK Bandar Enstek (SKBE) dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) bagi tahun ini.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua orang mutiara SKBE yang telah terpilih mewakili pasukan Seremban 1 dan berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri:

1. MUHAMMAD UMAR BIN MOHAMMAD NOR RAHIM
πŸ† Naib Johan (Tempat Ke-2) - Kategori Lelaki

2. NUR HUMAIRA AQEELA BINTI MOHD NAZRI
πŸ† Tempat Ke-3 - Kategori Perempuan

Pencapaian ini adalah hasil kerja keras, disiplin, dan semangat juang yang tinggi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKBE, para guru, dan ibu bapa atas doa serta sokongan padu yang tidak putus-putus.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum!




πŸŠβ€β™‚οΈ SELESAI SUDAH PERJUANGAN DI KOLAM RENANG! πŸŠβ€β™‚οΈSekalung penghargaan buat kontinjen renang yang telah menyertai Kejoh...
13/05/2026

πŸŠβ€β™‚οΈ SELESAI SUDAH PERJUANGAN DI KOLAM RENANG! πŸŠβ€β™‚οΈ

Sekalung penghargaan buat kontinjen renang yang telah menyertai Kejohanan MSSNS Akuatik pada 6 - 9 Mei lepas.

Bukan sekadar mengejar pingat, tetapi semangat juang dan daya saing yang ditunjukkan oleh anak-anak didik kita adalah kemenangan yang sebenar. Terima kasih juga kepada para guru pengiring dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu dari tepi kolam!

Peserta pertandingan :

1. Ahmad Ziqri bin Ahmad Tarmizi 5 Al Falah
2. Mahdiha Udzma binti Mohd Shah Rizal
3. Arianna Iman Anwar binti Abdul Ghani
4. Siti Airis Adawiyah binti Noor Hafz
5. Hazlana Zara binti Hazraei

Korang memang terbaik! Jumpa lagi di kejohanan akan datang. πŸ’ͺ✨

🎾 [PENGHARGAAN: CABARAN SKUASY MSSNS 2026] 🎾"Semangat Juang Tinggi di Gelanggang Negeri!"Syabas dan tahniah diucapkan ke...
10/05/2026

🎾 [PENGHARGAAN: CABARAN SKUASY MSSNS 2026] 🎾
"Semangat Juang Tinggi di Gelanggang Negeri!"

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan atlet skuasy SK Bandar Enstek (SKBE) yang telah selesai menggalas cabaran dalam Kejohanan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2026 pada minggu lalu.

Pihak sekolah amat berbangga dengan komitmen dan daya saing yang ditunjukkan oleh murid-murid ini dalam membawa nama sekolah ke peringkat negeri. Pengalaman bertanding dengan pemain-pemain terbaik dari seluruh Negeri Sembilan pastinya menjadi bekalan berharga untuk masa depan.

Wira & Srikandi Skuasy SKBE:
πŸ… Jaaidav A/L Vickenswaran

πŸ… Zahraa Aqeela Bt Hairul Nizam

πŸ… Adam Bin Ali Imran

Guru Pengurus Pasukan: πŸ‘©β€πŸ« Pn. Nurul Hidayah Bt Mohammad

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nurul Hidayah serta ibu bapa yang memberikan sokongan padu sepanjang kejohanan berlangsung.

Kalah atau menang bukan penghalang, yang penting adalah semangat untuk terus belajar dan memperbaiki diri. Teruskan latihan, moga tahun hadapan kita kembali dengan lebih padu! πŸ’ͺ✨







⚽ [PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD 2026] ⚽"Perjuangan Belum Selesai, Semangat Wira Terus Membara!" πŸ”₯Tahniah diucapkan kepad...
08/05/2026

⚽ [PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD 2026] ⚽
"Perjuangan Belum Selesai, Semangat Wira Terus Membara!" πŸ”₯

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Sepak SKBE kerana telah mempamerkan aksi yang penuh disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat SUKU AKHIR dalam Kejohanan MSSD 2026.

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, namun berkat usaha gigih dan tunjuk ajar jurulatih, pasukan kita kini berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik kejohanan!







πŸ“ [KEPUTUSAN PENUH: KEJOHANAN PING PONG MSSD 2026] πŸ“"Kecil-kecil Cili Padi, Pukulan Berbisa Membawa Erti!"Syabas dan tah...
08/05/2026

πŸ“ [KEPUTUSAN PENUH: KEJOHANAN PING PONG MSSD 2026] πŸ“
"Kecil-kecil Cili Padi, Pukulan Berbisa Membawa Erti!"

Syabas dan tahniah! Pasukan Ping Pong sekolah telah mempamerkan aksi yang cukup konsisten dan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Ping Pong MSSD 2026 yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Walaupun persaingan cukup sengit, namun atlet kita berjaya membawa pulang keputusan yang sangat membanggakan:

πŸ† Pencapaian Cemerlang:
πŸ₯ˆ Kategori Bergu: TEMPAT KE-3 (Pingat Gangsa)

πŸ… Kategori Perseorangan Lelaki: TOP 8 (TEMPAT KE-5)
(Pencapaian luar biasa oleh 3 orang wakil sekolah kita daripada keseluruhan 128 orang penyertaan dari seluruh daerah!)

Bukan mudah untuk berada dalam kelompok 5 terbaik daripada 128 peserta. Ini membuktikan bakat dan latihan konsisten pasukan kita membuahkan hasil. Terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa, dan penyokong yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak ini.

Teruskan usaha, tingkatkan kemahiran. Jumpa lagi di kejohanan akan datang dengan semangat yang lebih membara! πŸ”₯






Address

SK BANDAR ENSTEK, PT 33903 PERSIARAN TIMUR 3
Labu
71760

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bandar Enstek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bandar Enstek:

Shortcuts

Share

Category