Pusat Sumber Politeknik Nilai

Call Directions Website

Pusat Sumber Politeknik Nilai Pusat Sumber

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Pusat Sumber Politeknik Nilai telah menganjurkan dua aktiviti kuiz iaitu Kuiz Semarak...
15/09/2026

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Pusat Sumber Politeknik Nilai telah menganjurkan dua aktiviti kuiz iaitu Kuiz Semarak Merdeka dan Silang Kata Rukun Negara yang terbuka kepada para pelajar Politeknik Nilai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian. Terima kasih atas sambutan dan semangat yang diberikan sepanjang pelaksanaan kedua-dua kuiz ini.

πŸ† PEMENANG KUIZ SEMARAK MERDEKA

πŸ₯‡ Tempat Pertama
Nur Qaseh Binti Abdullah

πŸ₯ˆ Tempat Kedua
Aqmar Batrisyia Dayana Binti Shahril

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
Nur Napisah Syuhada Binti Mohd Fakurudin

πŸ“š PEMENANG SILANG KATA RUKUN NEGARA

πŸ₯‡ Tempat Pertama
A'isyah Mahfuzah Binti Mohd Faisal

πŸ₯ˆ Tempat Kedua
Nur Auni Firdina Binti Mohd Ariffin

πŸ₯‰ Tempat Ketiga
Nur Humairah Binti Shamsul Rizal

Tahniah kepada semua pemenang! Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis dan terus menyemarakkan minat untuk membaca, menimba ilmu serta mengenali sejarah dan identiti negara.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Anjuran:
Pusat Sumber Politeknik Nilai

11/09/2026
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026Semarak semangat patriotisme bersama Perpustakaan Negara Malaysia...
11/09/2026

PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

Semarak semangat patriotisme bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)!

Pada 10 September 2026, seramai 4 orang staf Pusat Sumber bersama 27 orang pelajar Politeknik Nilai telah berkesempatan menyertai Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Auditorium PNM, Kuala Lumpur.

Program yang penuh dengan semangat kenegaraan ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, nyanyian lagu-lagu patriotik serta laungan β€œMerdeka!” yang menghidupkan lagi suasana dan menyemarakkan rasa cinta terhadap tanah air.

Lebih membanggakan, salah seorang pelajar Politeknik Nilai, SHANTI ONG JING XIAN (23DRM24F1008) telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Kuiz Kenegaraan. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan!

Penyertaan ini bukan sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang menarik, malah menjadi ruang untuk menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme, perpaduan serta penghargaan terhadap kepelbagaian masyarakat Malaysia dalam kalangan warga Politeknik Nilai.

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka!
πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia!









11/09/2026
Jaga Diri.
07/09/2026

Jaga Diri.



😷Jerebu merupakan satu fenomena yang berpunca daripada kehadiran banyak partikel kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

🌫️⚠️Jerebu yang berpanjangan akan mendatangkan kesan buruk kepada orang ramai.

Oleh itu, disarankan agar orang ramai dapat mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kesan buruk jerebu kepada kesihatan

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒSemoga Maulidur Rasul 1448H menjadi momentum untuk kita memperteguh keimanan, memperhalu...
25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

Semoga Maulidur Rasul 1448H menjadi momentum untuk kita memperteguh keimanan, memperhalus budi pekerti dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia.

Jadikan kecintaan kepada Rasulullah SAW sebagai inspirasi untuk terus berakhlak, berbakti dan memberi manfaat kepada sesama
insan.



18/08/2026




BUAH SEGAR, JUS ATAU SMOOTHIE: BUAH YANG SAMA, TAK SEMESTINYA KESAN YANG SAMA.

Bayangkan sebiji oren.

Kita kupas kulitnya. Kunyah satu demi satu ulas. Ambil masa beberapa minit untuk habiskan.

Sekarang bayangkan oren yang sama diperah menjadi jus.

Untuk memenuhi satu gelas, mungkin kita perlukan beberapa biji oren.

Tetapi gelas itu boleh habis diminum dalam masa kurang seminit.

Di sinilah bezanya bermula.

Apabila kita makan buah segar, kita bukan sekadar mendapat gula semula jadi daripada buah.

Kita juga mendapat air, vitamin, mineral dan serat yang masih berada dalam struktur asal buah.

Kita perlu mengunyah.

Buah dimakan dengan lebih perlahan dan biasanya lebih mudah membuatkan kita rasa kenyang.

Sebab itu makan satu atau dua biji oren tidak sama seperti meminum beberapa biji oren yang telah diperah menjadi satu gelas jus.

Apabila buah diperah menjadi jus, sebahagian besar pulpa dan seratnya tertinggal.

Gula semula jadi daripada buah masih ada, tetapi sekarang ia berada dalam bentuk minuman yang jauh lebih mudah diminum dengan cepat.

Kita mungkin tidak sanggup duduk dan makan empat biji oren sekali gus.

Tetapi empat biji oren yang diperah menjadi satu gelas?

Boleh habis sebelum sarapan pun selesai.

Sebab itu label β€œ100% jus buah” tidak bermaksud kita boleh minum sebanyak yang mahu.

Bagaimana p**a dengan smoothie?

Smoothie sedikit berbeza daripada jus.

Jika keseluruhan buah dikisar, kebanyakan seratnya masih berada di dalam minuman.

Tetapi ada satu perkara yang mudah berlaku.

Portion menjadi terlalu besar.

Satu pisang.

Beberapa biji strawberi.

Mangga.

Susu.

Yogurt.

Madu.

Syrup.

Kadang-kadang satu gelas smoothie akhirnya mengandungi jauh lebih banyak makanan daripada apa yang kita akan makan jika semua bahan itu diletakkan di atas pinggan.

Dan jangan lupa satu perkara.

Perkataan β€œbuah” pada nama minuman tidak automatik menjadikannya pilihan yang sihat.

Fruit juice drink, fruit cordial, smoothie berperisa atau minuman buah yang ditambah gula boleh menjadi cerita yang sangat berbeza daripada buah segar.

Sebab itu baca label.

Lihat apa yang sebenarnya berada di dalam botol, bukan sekadar gambar buah di bahagian hadapan.

Ini bukan bermaksud jus buah perlu dielakkan sepenuhnya.

Sesekali minum jus dalam portion kecil tidak menjadi masalah bagi kebanyakan orang.

Tetapi jika diberi pilihan untuk menjadikan buah sebahagian daripada rutin harian, pilihan paling mudah selalunya masih yang paling asas.

Makan buah itu.

Tak perlu perah.

Tak perlu kisar.

Tak perlu tambah madu.

Tak perlu jadikannya β€œdetox”.

Kadang-kadang buah yang paling baik ialah buah yang masih perlu kita kunyah.

Buah sama.
Bentuk berbeza.
Cara kita mengambilnya boleh mengubah seluruh cerita.

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’πˆπ‹π€ππ† πŠπ€π“π€ π‘π”πŠπ”π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Bulan Kebangsaan, Pusat Sumber Politeknik Nilai menjemput seluruh pelajar...
06/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ π’πˆπ‹π€ππ† πŠπ€π“π€ π‘π”πŠπ”π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Pusat Sumber Politeknik Nilai menjemput seluruh pelajar untuk menyertai Crossword Rukun Negara.

Uji pengetahuan anda mengenai Rukun Negara melalui aktiviti teka silang kata yang menyeronokkan. Maklumat berkaitan Rukun Negara telah disediakan bagi membantu peserta menjawab soalan dengan lebih mudah dan tepat.

link penyertaan: https://sites.google.com/polinilai.edu.my/psbookingpns/pskuiz?authuser=1

πŸ“… Tarikh Penyertaan
6 Ogos 2026 – 4 September 2026

πŸ‘₯ Penyertaan
Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Nilai.

πŸ“ Format Aktiviti
* 8 Soalan Teka Silang Kata
* 1 Soalan Subjektif

πŸ“– Panduan
Sila baca maklumat Rukun Negara yang disediakan sebelum menjawab teka silang kata.

πŸ† Hadiah Menarik Menanti Pemenang
πŸ₯‡ Tempat Pertama : RM100.00
πŸ₯ˆ Tempat Kedua : RM70.00
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : RM50.00

Ayuh sertai pertandingan ini dan hayati pengertian Rukun Negara sebagai asas perpaduan, keharmonian serta jati diri rakyat Malaysia.

Kenali Rukun Negara, hayati nilainya, dan semarakkan semangat patriotisme! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŠπ”πˆπ™ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡ΎSemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan menguji pengetahuan anda mengenai sejarah dan...
06/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŠπ”πˆπ™ π’π„πŒπ€π‘π€πŠ πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan menguji pengetahuan anda mengenai sejarah dan semangat kemerdekaan negara. Sertai Kuiz Semarak Merdeka 2026 dan rebut peluang membawa p**ang hadiah wang tunai menarik!

link penyertaan: https://sites.google.com/polinilai.edu.my/psbookingpns/pskuiz?authuser=1

πŸ“… Tarikh Penyertaan:
6 Ogos 2026 – 4 September 2026

πŸ‘₯ Penyertaan:
Terbuka kepada semua pelajar Politeknik Nilai.

πŸ“Ή Cara Penyertaan:
Sila tonton video yang disediakan terlebih dahulu sebelum menjawab kuiz.

πŸ“ Format Kuiz:
* 10 Soalan Aneka Pilihan
* 1 Soalan Subjektif

πŸ† Hadiah Menarik Menanti Anda!
πŸ₯‡ Tempat Pertama : RM100.00
πŸ₯ˆ Tempat Kedua : RM70.00
πŸ₯‰ Tempat Ketiga : RM50.00

Jangan lepaskan peluang untuk menguji ilmu, menyemarakkan semangat patriotisme dan menjadi antara pemenang bertuah.

Ayuh sertai sekarang dan buktikan bahawa anda benar-benar mengenali Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Address

Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek
Labu
71760

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 16:30

Telephone

+6067980425

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Politeknik Nilai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category