02/03/2026
Terima Kasih kepada Masyarakat kampung dan Rakan-rakan dari Luar kampung.
Alhamdulillah, Ramadhan ini kita menetapkan target untuk mengumpul RM10,000 bagi membeli bata, pasir, dan simen untuk menyiapkan bangunan KAFA. Syukur, hampir-hampir tercapai – daripada 250 karung simen, kini tinggal 125 karung sahaja lagi.
Sebagai catatan, 30 tahun lalu saya adalah generasi pertama yang belajar KAFA. Dua tahun lalu, saya berhenti menjadi guru KAFA setelah 10 tahun berkhidmat. Saya tahu benar tiada peruntukan untuk membina bangunan khusus untuk kelas KAFA ini.
Sampai bila anak-anak kita terus tiada kelas? Kali ini, sebagai anak kampung, saya akan mengetuai misi untuk memastikan anak-anak KAFA belajar dalam kelas sendiri, bukan secara sementara di masjid lagi. Usaha ini bukan kecil, tetapi besar – kerana ia berkaitan dengan generasi anak-anak Lormalong akan datang. makluman, kelas yang kita bakal bina berukuran 30 × 100 kaki, dan setakat ini, struktur awal berukuran 30 × 50 kaki sudah berdiri.
InsyaAllah, mulai tahun ini, anak-anak akan mempunyai kelas sendiri yang lebih selesa dan tetap. Doakan usaha ini.
Masih banyak yang perlu disiapkan. Selepas bangunan siap, kita akan memulakan kerja-kerja memasang siling dan wiring p**a. Kita juga sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat untuk kelengkapan lain, namun setakat ini belum ada lagi.
Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Sama ada sedikit atau banyak, sumbangan kalian amat bermakna bagi anak-anak KAFA.
Semoga Allah membalas kebaikan kalian di bulan Ramadan ini dan memberkati usaha kita supaya anak-anak dapat menuntut ilmu di kelas baru yang akan mula beroperasi tahun ini.
Sumbangan hari ini adalah saham akhirat untuk masa depan anak-anak KAFA. "Hari ini kita selamatkan dunia anak-anak, hakikatnya,kita telah menyiapkan bekal untuk dunia abadi kita