Sekolah Menengah Agama Negeri Tahfiz Pekan Kunak

Sekolah Menengah Agama Negeri Tahfiz Pekan Kunak SMAN DIGITALI 2030

27/03/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada *Muhammad Faeez Hakim bin Rahim* atas kejayaan cemerlang memperoleh keputusan Mumtaz dalam peperiksaan SMU 2025 serta menerima Anugerah Kecemerlangan daripada JHEAINS.

Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah, tetapi lahir daripada usaha yang gigih, disiplin yang tinggi, serta doa yang tidak putus-putus. Kejayaan ini amat membanggakan dan menjadi satu sinar harapan serta inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Semoga Muhammad Faeez Hakim terus melangkah dengan penuh keyakinan, mengekalkan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi, serta menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak dilupakan, penghargaan juga kepada ibu bapa serta semua guru yang telah mencurahkan ilmu dan sokongan sepanjang perjalanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan yang gemilang pada masa hadapan. Teruskan melakar kecemerlangan!

Tahniah sekali lagi!



20/03/2026

โœจ Takbir Raya SMANTPK 1447H โœจ

Alhamdulillah, bergema takbir raya sebagai tanda kesyukuran dalam menyambut kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SMANTPK atas komitmen dan kebersamaan sepanjang Ramadan.

Semoga alunan takbir ini terus mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT, mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga SMANTPK, serta menanam rasa syukur dan keinsafan dalam hati setiap daripada kita.

Buat anak-anak KBT yang sentiasa dekat di hati, semoga terus melakar kejayaan dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada ummah.

Tidak dilupakan, doa tulus buat sahabat yang diuji dengan kesakitan semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan. ๐Ÿคฒ

Semoga segala amal diterima dan dipertemukan lagi dengan Ramadan akan datang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
maaf zahir dan batin. ๐ŸŒ™โœจ

ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ู„ุง ุฅูู„ูฐู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ุงู„ู„ู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑู ูˆูŽู„ูู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู




#2026

27/01/2026
Ceramah kesedaran mengenai buli dan gangguan seksual yang disampaikan oleh Encik Lokman mewakili IPD Kunak.
27/01/2026

Ceramah kesedaran mengenai buli dan gangguan seksual yang disampaikan oleh Encik Lokman mewakili IPD Kunak.

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya."(Surah An-Najm, Ayat 39)(G...
04/11/2025

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya."
(Surah An-Najm, Ayat 39)

(Genggam bara api , biar sampai menjadi arang)
Bermula dari 22 Ogos hingga 31 Oktober, para pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 4 telah menyertai Bengkel SPM & SMU yang merupakan satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh gabungan pihak sekolah dan PIBG SMAN KUNAK. Langkah proaktif ini yang telah menjadi program tahunan sekolah sejak tahun 2023 bertujuan untuk mempersiapkan diri pelajar menghadapi peperiksaan dengan yakin, berstrategi, dan bersemangat tinggi!

Dengan bimbingan guru berpengalaman dari serata Malaysia, perkongsian teknik menjawab, serta sesi motivasi, program ini diharap dapat melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga kukuh dalam sahsiah dan keimanan.
Bak kata orang Zaman Tuk Nadur Berkajang kain "Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam".

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin."โ€” (...
02/11/2025

"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin."
โ€” (Surah At-Taubah: 105)

Langkah pertama menuju kejayaan telah bermula!
Seramai 29 calon SPM akan menjejakkan langkah ke dewan peperiksaan yang penuh debaran. Bermula hari ini, setiap minggu merupakan cabaran yang sentiasa mempersoalkan "Adakah usaha saya telah mencukupi?". Namun, ini adalah permulaan untuk melakar kejayaan yang lebih besar. Ingatlah kata lidah pendeta "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
Semoga batch 08 diberi ketenangan, ilham dan kemudahan dalam menjawab setiap soalan.

Peperiksaan bukan pengakhiran, tapi langkah menuju kejayaan.Tarikh 13 hingga 23 Oktober 2025 merupakan tarikh yang berma...
13/10/2025

Peperiksaan bukan pengakhiran, tapi langkah menuju kejayaan.
Tarikh 13 hingga 23 Oktober 2025 merupakan tarikh yang bermakna bagi pelajar Tingkatan 4 untuk menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU). Marilah kita berdoa semoga segala usaha yang diberikan mendapat kejayaan kelak.
โ€œBertawakallah kepada Allah setelah berusaha, kerana hasil terbaik adalah milik mereka yang sabar.โ€

Address

Peti Surat 96
Kunak
91207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Negeri Tahfiz Pekan Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share