Sekolah Kebangsaan Mostyn

Sekolah Kebangsaan Mostyn Sekolah Kebangsaan Mostyn, Kunak, Sabah (XBA3205)

Genta Suara Karnival Semarak Seni Generasi MadaniPeringkat PPD KunakπŸ—“οΈ Tarikh: 18–21 Mei 2026πŸ“ Tempat: Dewan Ar-Rahman S...
21/05/2026

Genta Suara Karnival Semarak Seni Generasi Madani
Peringkat PPD Kunak

πŸ—“οΈ Tarikh: 18–21 Mei 2026
πŸ“ Tempat: Dewan Ar-Rahman SK Ladang Giram

SK Mostyn telah memperoleh pencapaian berikut:

β€’ Bintang Solo PPKI – Tempat Kelima
β€’ Solo Perempuan Sekolah Rendah – Tempat Kelima
β€’ Duo Sekolah Rendah – Tempat Ketiga
β€’ Koir Sekolah Rendah – Tempat Ketiga

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang pertandingan. 🩷

✨SELAMAT DATANG KE KELUARGA SK MOSTYN ✨Warga Sekolah Kebangsaan Mostyn mengalu-alukan kehadiran guru baharu yang akan be...
11/05/2026

✨SELAMAT DATANG KE KELUARGA SK MOSTYN ✨

Warga Sekolah Kebangsaan Mostyn mengalu-alukan kehadiran guru baharu yang akan bersama-sama mencurahkan bakti dan komited dalam mendidik anak bangsa.

✨ Selamat datang diucapkan kepada:

πŸ‘¨β€πŸ« Encik Jasni Bin Juhuri
Selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran

πŸ‘©β€πŸ« Ustazah Nur Hidayah Binti Mat Jalil
Selaku Guru Pendidikan Islam

Semoga kehadiran dan pengalaman yang dibawa akan terus memperkukuhkan kecemerlangan sekolah serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih inspiratif dan bermakna.

πŸ’™ β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan” πŸ’™





Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Abbas bin Adul atas segala sumbangan, jas...
08/05/2026

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Abbas bin Adul atas segala sumbangan, jasa dan bakti sepanjang berkhidmat di SK Mostyn.

Sepanjang 9 tahun 2 bulan 3 hari berkhidmat bermula 04 Mac 2017 hingga 07 Mei 2026, banyak pengorbanan, komitmen dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan demi kemajuan sekolah serta kebajikan murid-murid.

Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus cemerlang dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Jasamu tetap dikenang. ✨

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Tahniah kepada murid-murid yang terlibat dan telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam PEMANIS D...
01/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat dan telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam PEMANIS Daerah Kunak 2026 atas pencapaian yang membanggakan.

πŸ† Pencapaian Murid:

πŸ“– Tilawah Lelaki
πŸ₯‡ Johan – Ahmad Mufakkir Muslim bin Ruslan
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Muhammad Hafiz Ramdhani bin Ismail

πŸ“– Tilawah Perempuan
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Dhiyana Syamimi binti Syahrum

πŸ“š Hafazan Lelaki
πŸ₯ˆ Naib Johan – Mohammad Izdihar Afiq Aiman bin Abdullah

πŸ“š Hafazan Perempuan
πŸ₯‡ Johan – Safa Adriana binti Kasalleh

✍️ Khat Lelaki
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Iman Syahmi bin Syahrum

πŸŽ™οΈ Nasyid
πŸ₯ˆ Naib Johan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan sahsiah.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam memastikan kejayaan ini tercapai.

β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan”

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£πŸ“† Hari Ketiga / Penutupan KejohananπŸ“… Tarikh: 25 April 2026✨ Kejohanan Sukan...
01/05/2026

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£

πŸ“† Hari Ketiga / Penutupan Kejohanan
πŸ“… Tarikh: 25 April 2026

✨ Kejohanan Sukan Olahraga SK Mostyn 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. πŸ‘

πŸ† Keputusan Johan Keseluruhan Rumah Sukan:
πŸ₯‡ Johan β€” Rumah Hijau πŸ’š
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Rumah Merah ❀️
πŸ₯‰ Tempat Ketiga β€” Rumah Biru πŸ’™
πŸ… Tempat Keempat β€” Rumah Kuning πŸ’›

πŸŽ‰ Syabas dan tahniah kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ahli jawatankuasa, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. 🀝

✨ β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£πŸ“† Hari Ketiga / Penutupan KejohananπŸ“… Tarikh: 25 April 2026✨ Kejohanan Sukan...
01/05/2026

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£

πŸ“† Hari Ketiga / Penutupan Kejohanan
πŸ“… Tarikh: 25 April 2026

✨ Kejohanan Sukan Olahraga SK Mostyn 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. πŸ‘

πŸ† Keputusan Johan Keseluruhan Rumah Sukan:
πŸ₯‡ Johan β€” Rumah Hijau πŸ’š
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Rumah Merah ❀️
πŸ₯‰ Tempat Ketiga β€” Rumah Biru πŸ’™
πŸ… Tempat Keempat β€” Rumah Kuning πŸ’›

πŸŽ‰ Syabas dan tahniah kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ahli jawatankuasa, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. 🀝

✨ β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan”

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£πŸ“† Hari Kedua (Jumaat)πŸ“… Tarikh: 24 April 2026πŸ•’ Masa: 7:30 pagi – 11:...
24/04/2026

πŸ“£πŸ… KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SK MOSTYN 2026 πŸ…πŸ“£

πŸ“† Hari Kedua (Jumaat)
πŸ“… Tarikh: 24 April 2026
πŸ•’ Masa: 7:30 pagi – 11:30 pagi

πŸ”₯ Hari kedua Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SK Mostyn 2026 berlangsung dengan lancar dan meriah menerusi pelbagai acara sukan serta sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

πŸ‘ Tahniah kepada semua murid yang berjaya meraih kemenangan dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan usaha yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. πŸ’ͺπŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

✨ β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan” ✨

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan ...
23/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga SK Mostyn 2026 seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 23 – 25 April 2026 (Khamis – Sabtu)
πŸ•’Masa : 8:00 am -11:30 am
πŸ“ Tempat: Padang SD Guthrie, Ladang Mostyn

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan acara serta memberi sokongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

Kerjasama tuan/puan memastikan kehadiran dan sokongan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

β€œSK Mostyn Bersama Menggapai Kegemilangan"

Address

Ladang
Kunak
91207

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+601165749122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Mostyn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Mostyn:

Shortcuts

Share

Category