KAFA Kampung PANGI

KAFA Kampung PANGI Kelas Al-Quran dan Fardhu ain.. Mengajar asas agama kepada murid berumu 7 tahun sehingga 11 tahun

25/02/2026
25/02/2026
📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!Keputusan Ujian Penilaian Kelas A...
25/02/2026

📢 PENGUMUMAN RASMI KEPUTUSAN UPKK 2025

Alhamdulillah, penantian yang dinanti bakal tiba!

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025 akan diumumkan pada:

🗓 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ Jam 10.00 pagi

Calon dan ibu bapa boleh membuat semakan rumusan keputusan secara dalam talian bermula jam 12.00 tengah hari melalui pautan:
🌐 https://semakan.islam.gov.my/

Semakan boleh dibuat menggunakan:
✔️ No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas; dan
✔️ Nombor Angka Giliran

Slip keputusan p**a boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang ditentukan oleh pihak sekolah.

Semoga segala usaha, doa dan pengorbanan sepanjang pembelajaran diberkati dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Tahniah kepada semua calon UPKK 2025!

23/02/2026
23/02/2026

Kalkulator manusia tidak akan mampu menandingi perhitungan Allah dalam menentukan rezeki. Walaupun jumlah wang dalam ATM tidak selalu bertambah, rezeki dalam bentuk lain tetap akan hadir setiap hari.

Kempen masih berjalan..ayuh infaq bersama kafa kampung pangi..

Assalamualaikum 🌙Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua murid, ibu bapa dan guru yang dikasihi.Semoga Ramadan i...
18/02/2026

Assalamualaikum 🌙

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak buat semua murid, ibu bapa dan guru yang dikasihi.
Semoga Ramadan ini mendidik hati menjadi lebih sabar, lebih taat dan lebih dekat dengan Allah SWT🤍

Ramadan Kareem 🌙✨

🌙 SEKAMPIT BERAS, SEJUTA KEBERKATAN 🌾Ramadhan 1447H | KAFA Kampung Pangi..Di Kampung Pangi ini…kita hidup berjiran, sali...
18/02/2026

🌙 SEKAMPIT BERAS, SEJUTA KEBERKATAN 🌾
Ramadhan 1447H | KAFA Kampung Pangi..

Di Kampung Pangi ini…
kita hidup berjiran, saling kenal, saling menyapa.
Tetapi mungkin ada dalam kalangan kita
yang diam-diam menahan risau di dada.
Ramadhan bakal tiba.
Lampu pelita akan menyala.
Masjid akan kembali penuh dengan tarawih.
Namun…
ada dapur yang mungkin tidak berasap.
Ada ibu yang memandang beras di dalam bekas… tinggal secupak.
Ada anak kecil yang bertanya perlahan,
“Mak… cukup ke untuk sahur nanti?”
قال رسول الله ﷺ:
"اليدُ العُليا خيرٌ من اليدِ السُّفلى"
Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta.

Tuan puan…
Mungkin bagi kita RM16 hanyalah nilai kecil.
Tetapi bagi sebuah keluarga…
itulah makanan beberapa hari.
Itulah pengubat kegusaran.
Itulah doa yang mengalir tanpa kita dengar.
Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ
(Al-Baqarah: 261)

Satu benih… Allah gandakan menjadi tujuh tangkai.
Satu sekampit beras… Allah mampu gandakan menjadi keberkatan seumur hidup.

Jangan tunggu kaya untuk memberi.
Jangan tunggu senang untuk membantu.
Kadang-kadang, yang kecil itulah yang menyelamatkan kita di akhirat nanti.
Hari ini kita memberi.

Esok… mungkin doa orang susah itulah yang menyelamatkan kita dari musibah.

📌 Sumbangan boleh dibuat melalui:
• Beras 5kg
• RM16
• Online transfer

Jadilah sebab dapur orang lain berasap.
Jadilah sebab senyuman anak kecil kembali terukir.

KENYATAAN MEDIABERKENAANPENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DANFARDU AIN (UPKK) TAHUN 20251️⃣ Jabatan Ke...
16/02/2026

KENYATAAN MEDIA
BERKENAAN
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN
FARDU AIN (UPKK) TAHUN 2025

1️⃣ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan tarikh keputusan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.

2️⃣ Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3️⃣ Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 12.00 tengah hari melalui:

📌 Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

4️⃣ Calon/ Ibubapa/ Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2025 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 26 Februari 2026 (Khamis) mengikut ketetapan masa yang akan ditentukan oleh pihak sekolah-masing-masing.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Assalamualaikum..Salam keberkatan buat anak-anak soleh dan solehah yang ustaz kasihi kerana Allah.Minggu hadapan kita ak...
13/02/2026

Assalamualaikum..
Salam keberkatan buat anak-anak soleh dan solehah yang ustaz kasihi kerana Allah.

Minggu hadapan kita akan bercuti sekolah. Selamat berehat, bergembira dan luangkan masa bersama keluarga. Namun ingat… cuti bukan alasan untuk tinggalkan solat, abaikan Al-Quran atau lupa adab sebagai pelajar KAFA.

Jaga pergaulan, jaga percakapan, hormati ibu bapa, dan bantu mereka di rumah. Anak yang baik bukan hanya di dalam kelas, tetapi juga di luar kelas.

Semoga Allah SWT menjaga setiap langkah kamu, melindungi kamu daripada perkara yang tidak baik, dan mengembalikan kamu ke sekolah nanti dengan semangat baru, hati yang bersih dan akhlak yang lebih indah.

Ya Allah, peliharalah anak-anak ini sepanjang cuti mereka. Berkatilah masa mereka, lembutkan hati mereka untuk mencintai solat dan Al-Quran. Kurniakan kesihatan dan keselamatan buat mereka serta ganjaran pahala yang berpanjangan buat ibu bapa yang membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲✨

Address

Kunak

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00

Telephone

+601119586187

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Kampung PANGI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFA Kampung PANGI:

Shortcuts

Share

Category