18/12/2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) Tahun 2025 ✨
Seterusnya, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tahun 6 Sekolah Agama Negeri Pekan Kunak atas pencapaian 100% lulus Sijil Rendah Ugama (SRU).
Teruskan semangat belajar, imbangi ilmu dunia dan akhirat serta jadikan kejayaan hari ini pemangkin untuk impian yang lebih besar, kerana kejayaan adalah hasil ketekunan dan tidak kenal erti putus asa.
Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru atas segala ilmu, bimbingan, dan pengorbanan yang telah diberikan tanpa mengira penat lelah.
Semoga ilmu yang diperolehi menjadi cahaya penerang masa depan, harta yang tak ternilai, dan bekalan untuk menempuh cabaran pada masa hadapan.