Tadika Bistari Genius & Transit Taman Seri Petaling

Tadika Bistari Genius & Transit Taman Seri Petaling 2ND BRANCH (4y/o~12y/o). Holistic Education. Nurturing children to excel academically and socially.

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨🌙Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dibalas dengan rahmat, ketenanga...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha ✨🌙

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dibalas dengan rahmat, ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa hati yang lebih dekat kepada Allah, keluarga yang lebih erat, dan kehidupan yang dipenuhi keberkatan.

🤲 “Ya Allah, terimalah amal ibadah dan pengorbanan kami, limpahkanlah kesihatan, kebahagiaan serta rezeki yang berkat kepada kami dan seluruh keluarga kami.”

Ikhlas daripada,
TBG International Academy Sdn. Bhd.

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

Terima kasih, cikgu ♥️Bukan sekadar mengajar, tapi membentuk.Bukan sekadar menyampai, tapi menghidupkan harapan.Dalam te...
16/05/2026

Terima kasih, cikgu ♥️
Bukan sekadar mengajar, tapi membentuk.
Bukan sekadar menyampai, tapi menghidupkan harapan.
Dalam tenang dan sabar, cikgu membina generasi.
Kerana guru yang bitara sentiasa menjadi nadi negara.
Selamat Hari Guru 2026

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

✨ HARI SUKAN TBG 2026 ✨ 🍩🧁TEMA: KUIH TRADISIONAL 🍩🧁BERTEMPAT : KHTP HI TECHMeriah sungguh suasana sesi pertama Hari Suka...
15/05/2026

✨ HARI SUKAN TBG 2026 ✨
🍩🧁TEMA: KUIH TRADISIONAL 🍩🧁
BERTEMPAT : KHTP HI TECH

Meriah sungguh suasana sesi pertama Hari Sukan TBG 2026 yang melibatkan anak-anak 3 VIP dan 4 Diamond! 🎉

Tahun ni dapat bergabung semua cawangan dan diadakan dua sesi.

Dengan semangat yang luar biasa dan sokongan padu daripada ibu ayah, anak-anak tampil penuh yakin dalam perarakan bertemakan kuih tradisional serta menunjukkan aksi terbaik dalam setiap acara yang dipertandingkan 🏃‍♂️🏃‍♀️

Tahniah kepada semua anak-anak yang telah memberikan usaha terbaik. Anda semua memang hebat! 🌟💛

Pendaftaran masih dibuka bagi 4 tahun sehingga 6 tahun 👇

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

08/05/2026

Bersama Teacher Feera, penerangan tentang Sport Day esok (9/5). Jumpa esok~

🔛 PENDAFTARAN ANAK USIA 2 TAHUN - 6 TAHUN🌸 Sempena Hari Ibu, kami raikan ibu dengan hadiah istimewa untuk si manja.Nikma...
07/05/2026

🔛 PENDAFTARAN ANAK USIA 2 TAHUN - 6 TAHUN

🌸 Sempena Hari Ibu, kami raikan ibu dengan hadiah istimewa untuk si manja.

Nikmati 50% diskaun yuran pendaftaran apabila anda daftar sebelum 30 Mei 2026.
Peluang ini dibuka untuk masa terhad sahaja — sesuai untuk ibu yang sedang mencari permulaan terbaik buat anak tersayang.

Tempat adalah terhad dan slot promosi akan ditutup sebaik kuota penuh.
Hubungi kami hari ini untuk lock slot si kecil 💛

📞
Whatsapp sebelum 30/5 untuk dapatkan promosi: https://wa.me/60174492702⁠promomothersday

Yang dibuat setiap hari mungkin nampak biasa, tapi sangat bermakna.Terima kasih untuk setiap peranan yang menggerakkan h...
01/05/2026

Yang dibuat setiap hari mungkin nampak biasa, tapi sangat bermakna.
Terima kasih untuk setiap peranan yang menggerakkan hari-hari kita.

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

Nor Aini Binti Abd Talib merupakan Penyelia di Tadika dan Transit Bistari Genius yang sentiasa komited memastikan perjal...
23/04/2026

Nor Aini Binti Abd Talib merupakan Penyelia di Tadika dan Transit Bistari Genius yang sentiasa komited memastikan perjalanan harian berjalan lancar dalam suasana yang positif dan teratur.
Sebelum menceburi bidang pendidikan, beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun bekerja di sektor perkilangan. Pada tahun 2020, beliau memilih untuk beralih arah, dan sejak menyertai TBG pada tahun 2022, beliau terus aktif menambah ilmu melalui kursus kemahiran mengajar, kursus Guru Tadika secara dalam talian serta kelas ECCE: Trauma.
Di TBG, Nor Aini memainkan peranan penting bukan sahaja dari segi pengurusan, tetapi juga dalam memastikan setiap anak-anak berada dalam persekitaran yang selamat, ceria dan menyeronokkan untuk belajar.
Bagi beliau, pendidikan bukan sekadar mengajar, tetapi tentang membina keyakinan diri, membentuk akhlak dan melihat anak-anak membesar dengan gembira. Momen melihat mereka berani mencuba dan tersenyum setiap hari adalah antara perkara yang paling bermakna dalam perjalanan beliau sebagai pendidik.
Beliau juga amat menghargai kepercayaan ibu bapa yang sentiasa menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

🎂SAMBUTAN HARI LAHIR ( JAN-MAC )🕌JAMUAN HARI RAYATadika dan TransitSelesai sambutan hari lahir dan jamuan hari raya tahu...
10/04/2026

🎂SAMBUTAN HARI LAHIR ( JAN-MAC )
🕌JAMUAN HARI RAYA

Tadika dan Transit

Selesai sambutan hari lahir dan jamuan hari raya tahun 2026 .In Sya Allah panjang umur tahun depan berjumpa lagi.

Terima Kasih ibu ayah yang sediakan potluck untuk dikongsikan rezeki bersama anak-anak dan tcer, walaupun ibu ayah yang tak sempat menyediakan makanan, tapi ibu ayah tetap order delivery dan yang paling terharu ada juga ibu ayah yang transfer duit untuk tcer beli makanan untuk jamuan.. Alhamdulillah makanan banyak dan sedap-sedap belaka anak-anak pon menikmati bermacam-macam makanan yang disediakan.

Terima Kasih sangat-sangat ibu ayah, semoga murah rezeki kalian semua.🤲🏻🤲🏻

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

Bagi pihak seluruh warga tadika & transit TBG Kulim, kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semuaSemoga Syawal ini di...
19/03/2026

Bagi pihak seluruh warga tadika & transit TBG Kulim, kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua
Semoga Syawal ini dipenuhi keberkatan & kegembiraan ✨️🌙

📌 Kulim
📚 TBG Seri Petaling (tadika & transit): http://www.wasap.my/60194884681/tbgsp26 (Cikgu Ida)

SELESA, SELAMAT, SERASI, JOM DAFTAR KE TBG!

Address

No. 308A, Jalan Petaling 8
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Bistari Genius & Transit Taman Seri Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Bistari Genius & Transit Taman Seri Petaling:

Shortcuts

Share

Category