22/07/2026
πππππππ πππππππ πππππ ππππππ
Warga SMATD mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan & sumbangan yang diberikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atas keprihatinan dan tindakan pantas beliau dalam membantu pihak sekolah dan para pelajar yang terjejas akibat insiden kebakaran bangunan asrama putera sekolah kami baru-baru ini.
βDalam kunjungan dan lawatan prihatin beliau, pelbagai inisiatif dan bantuan telah disalurkan merangkumi:
βBantuan Tunai RM500 kepada setiap pelajar yang terjejas menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Kedah bagi meringankan beban serta membantu membeli semula barangan peribadi dan kelengkapan sekolah yang musnah.
βBantuan Segera RM10,000 disalurkan terus kepada PIBG sekolah untuk persediaan dan keperluan awal.
βPermohonan Peruntukan RM200,000 kepada YAB Perdana Menteri bagi pembinaan penempatan sementara pelajar sementara menunggu proses siasatan bomba selesai dan pembinaan asrama baharu dapat diusahakan.
βInisiatif Van MEKAR (JPN) yang dibawakan terus ke premis sekolah bagi memudahkan urusan penggantian MyKad serta dokumen pengenalan diri pelajar yang terkorban dalam kebakaran secara percuma.
βSesungguhnya, keprihatinan dan bantuan padu YB Datuk Seri amat berharga buat warga SMATD dalam memastikan kebajikan serta emosi anak-anak pelajar kembali pulih, sekali gus membolehkan mereka meneruskan sesi pembelajaran dengan tenang dan selamat.
βSemoga YB Datuk Seri sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan.