Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Official - MTSD

Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Official - MTSD Sekolah Menengah Agama Negeri aliran tahfiz milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud.

MTSD mengunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Maahad Tahfiz Sains Darul Aman,
Jalan Pegawai, 09000 Kulim, Kedah. Tel: 04-4906539 Fax: 04-4906546
Email: [email protected]

BAITULLAH MEMANGGIL: MEMBINA AKHLAK, MEMUPUK TAQWASempena Minggu Pemerkasaan Akademik Tahun 2026, Maahad Tahfiz Sains Da...
24/08/2026

BAITULLAH MEMANGGIL: MEMBINA AKHLAK, MEMUPUK TAQWA

Sempena Minggu Pemerkasaan Akademik Tahun 2026, Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) telah menganjurkan program “Baitullah Memanggil: Membina Akhlak, Memupuk Taqwa” sebagai wadah pengisian ilmu dan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 hingga 4 serta warga sekolah.

📅 Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.30 petang
📍 Tempat: Maahad Tahfiz Sains Darul Aman
🎙️ Penceramah:
Al-Fadhil Ustaz Haji Saifulnizam bin Haji Hasim
(Pengarah Urusan Nurilanwar Travel & Pengurus Team Mahabbah Haramain)

🎯 Objektif Program:
• Memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang penghayatan ibadah haji dan umrah serta hikmah di sebaliknya.
• Membentuk akhlak mulia dan jati diri pelajar berteraskan ajaran Islam.
• Meningkatkan kecintaan terhadap Baitullah, Rasulullah SAW dan syiar Islam.
• Menjadikan pengalaman dan penghayatan terhadap ibadah haji dan umrah.

Harapan:
Semoga program ini menjadi titik tolak kepada lahirnya generasi MTSD yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan hafazan al-Quran, malah unggul akhlaknya dan tinggi ketakwaan kepada Allah SWT

Anjuran:
Jawatankuasa Kecemerlangan Kurikulum
dengan kerjasama Bidang Pendidikan Islam

Majlis Graduasi Huffaz Tahun 2026 Lembaga Maktab Mahmud yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sara...
24/08/2026

Majlis Graduasi Huffaz Tahun 2026 Lembaga Maktab Mahmud yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah.

Majlis akan diadakan pada 29 Ogos 2026 di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman.

🏆 Mini Anugerah Cemerlang Pelajar SPM 2026 | 20 Ogos 2026Satu penghargaan buat anak-anak pelajar yang telah menunjukkan ...
23/08/2026

🏆 Mini Anugerah Cemerlang Pelajar SPM 2026 | 20 Ogos 2026

Satu penghargaan buat anak-anak pelajar yang telah menunjukkan usaha, kesungguhan dan pencapaian cemerlang dalam persediaan menghadapi SPM 2026.

Majlis ini menjadi tanda apresiasi atas segala usaha yang telah dicurahkan, di samping menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah! 🎓✨ Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dengan yakin, berusaha tanpa jemu dan menggapai kejayaan dalam SPM 2026.

“Setiap usaha hari ini adalah langkah menuju kejayaan esok.”

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS GRADUASI HUFFAZ TAHUN 2026 | 19 OGOS 2026Hari ini telah berlangsung mesyuarat penyelarasan...
19/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS GRADUASI HUFFAZ TAHUN 2026 | 19 OGOS 2026

Hari ini telah berlangsung mesyuarat penyelarasan peringkat jabatan bagi Majlis Graduasi Huffaz Tahun 2026 bertempat di Bilik Gerakan Wisma Darul Aman. Majlis akan diadakan pada 29 Ogos 2026 hari Sabtu bertempat di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah.



_____________________________________
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/MTSDOfficial
FB page: https://www.facebook.com/tahfizsains

Video rasmi lagu sekolah 'Maahad Darul Aman' Version 2.0Kuatkan dan Ganjarilah merekayang berkhidmat untuk Al-Quran
16/08/2026

Video rasmi lagu sekolah 'Maahad Darul Aman' Version 2.0

Kuatkan dan Ganjarilah mereka
yang berkhidmat untuk Al-Quran

video lagu rasmi ini disediakan oleh Team Media Maahad MTSD

Pertandingan Kawad Kaki dan Formasi Tahun 2026 Lembaga Maktab Mahmud | 13 Ogos 2026Tahniah diucapkan kepada pasukan kawa...
09/08/2026

Pertandingan Kawad Kaki dan Formasi Tahun 2026 Lembaga Maktab Mahmud | 13 Ogos 2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan kawad MTSD atas penyertaan dalam Pertandingan Kawad Kaki dan Formasi Peringkat Lembaga Maktab Mahmud yang berlangsung di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia,Kepala Batas,Kedah.

Alhamdulillah pasukan kawad MTSD berjaya mendapat tempat ke-4 secara keseluruhan. Syabas diucapkan atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih,guru pembimbing dan semua murid yang terlibat.



_____________________________________
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/MTSDOfficial
FB page: https://www.facebook.com/tahfizsains

PERTANDINGAN GEMA QASIDAHSempena Temasya Oghang Kedah 3.0 | 30 JULAI 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Qa...
30/07/2026

PERTANDINGAN GEMA QASIDAH
Sempena Temasya Oghang Kedah 3.0 | 30 JULAI 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Qasidah Al-Uttrujjah Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) atas penyertaan serta kesungguhan yang dipamerkan dalam Pertandingan Gema Qasidah sempena Temasya Oghang Kedah 3.0 yang diadakan di perkarangan Stadium Darul Aman Alor Setar.

Setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan. Teruskan berusaha, memperbaiki kelemahan dan kembali dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Insya-Allah, kejayaan pasti menanti.



_____________________________________
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/MTSDOfficial
FB page: https://www.facebook.com/tahfizsains

LAWATAN ZIARAH & PENYERAHAN SUMBANGAN KE SMA TARBIAH DINIAHAlhamdulillah, pihak Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) te...
27/07/2026

LAWATAN ZIARAH & PENYERAHAN SUMBANGAN KE SMA TARBIAH DINIAH

Alhamdulillah, pihak Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) telah berkesempatan mengadakan lawatan ziarah ke SMATD susulan musibah kebakaran asrama yang menimpa sekolah tersebut. Dalam kesempatan ini, turut disampaikan sumbangan hasil kutipan derma daripada seluruh warga MTSD oleh Ustaz Firdaus Bin Zainol selaku Pengetua MTSD sebagai tanda keprihatinan dan solidariti.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung, di samping mengukuhkan lagi ukhuwah serta jalinan persahabatan antara kedua-dua institusi pendidikan ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran, kekuatan dan menggantikan segala yang diuji dengan yang lebih baik. Aamiin.

Media SMA Tarbiah Diniah


_____________________________________
Tiktok: https://www.tiktok.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/MTSDOfficial
FB page: https://www.facebook.com/tahfizsains

Address

Jalan Pegawai
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6044906539

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Official - MTSD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Official - MTSD:

Shortcuts

Share