Pondok Sg Karangan, Tg Hj Adnan Abd Majid

Pondok Sg Karangan, Tg Hj Adnan Abd Majid Madrasah al-islahiah atau dikenali sebagai Pondok Sg karangan. Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Adnan Abd Majid.

Bertempat di kg paya kelubi sg karangan 09410 padang serai, kulim, kedah.

Selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia 1447H.marilah sama-sama kita memelihara ibadah fardhu seperti men...
18/02/2026

Selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia 1447H.

marilah sama-sama kita memelihara ibadah fardhu seperti menuntut ilmu fardhu ain, solat, puasa dan lain-lain. Dan dalalm masa yg sama kita memperbanyakkan amalan sunat di dalam bulan ramadhan yg mulia ini.

terima kasih kepada penyumbang yg memberikan sumbangan bagi menghidupkan program-program di dalam bulan ramadhan di pondok sg karangan.

مرحبا يا رمضان.

Antara Guru kepada Guru kami, iaitu Tuan Guru Hj Wan Idris bin Wan Ali atau dikenali sebagai Baba Yeh Tok Jong, Pondok T...
31/12/2025

Antara Guru kepada Guru kami, iaitu Tuan Guru Hj Wan Idris bin Wan Ali atau dikenali sebagai Baba Yeh Tok Jong, Pondok Tok Jong Fathoni

Al Allamah Baba Yeh Tok Jong ( 1926 - 1995 )

Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Wan Idris al Khayyat Bin Haji Wan Ali Bakom dan dilahirkan di Kampung Bendang Dalam , Patani .

Beliau seangkatan dengan beberapa alim ulamak Patani yang lain :

1. Pak Ngah Dir Tok Bandar
2. Tuan Guru Haji Daud Melayu Bangkok
3. Tuan Guru Haji Mohd Amin Melayu Bangkok
4. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng
5. Tuan Guru Pak Chu Leh Bendang Jelapang
6. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Kodok
7. Baba Dir Sekam
8. Tuan Guru Haji Hasan Bakong

Beliau berpindah ke Kampung Bakong sewaktu masih kecil dan menuntut ilmu dengan ayah saudaranya . Selepas itu beliau memasuki Pondok Bendang Guchil , Pondok Semela dan seterusnya ke Mekah . Diantara gurunya ialah :

1. Tuan Guru Haji Wan Nik - Ayah saudara
2. Tuan Guru Haji Abdullah Bendang Guchil
3. Pak Da Eil Semela
4. Syeikh Yassin Isa al Fadani
5. Sayyid Alawi al Makki
6. Syeikh Abu Bakar al Kathiri al Yamani
7. Syeikh Abdul Qadir al Mandili
8. Pak Da Eil Mekah
9. Syeikh Abdul Rahman al Fathani
10. Syeikh Mahmud Lasat al Fathani

Beliau bersahabat baik dengan beberapa alim ulamak sewaktu belajar di Mekah . Mereka ialah :

1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi - Pondok Lanai, Baling
2. Tuan Guru Gaji Mohd Saleh Bin Abdul Mubin - Pondok Dalam Pagar , Bendang Padang
3. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Kadok - Pondok Bira
4. Tuan Guru Haji Zakaria Kedah
5. Tuan Guru Haji Ahmad Bendang Dalam - Pondok Gok Bata
6. Tuan Guru Haji Zakaria Bechah
7. Tuan Guru Haji Ramli Tendong
8. Tuan Guru Haji Husin Thosa
9. Tuan Guru Haji Mohd Daud Yusuf - Bekas Qadhi Kota Bahru
10. Tuan Guru Haji Ismail Legor - Pondok Banggol Petai

Selepas 19 tahun di Mekah , beliau p**ang ke Patani yakni sekitar tahun 1969 dan telah mengasaskan sebuah pondok di Tok Jong pada tahun 1969 . Pondok tersebut diberi nama Pondok Pohon Setol @ Madrasah al Idrisi . Diantara anak murid beliau ialah :

1. Baba Haji Ali Tok Por
2. Tuan Guru Haji Zainal Abidin
3. Baba Muhammad Haji Awang - Setiausaha Majlis Ugama Islam Patani
4. Tuan Guru Haji Hassan Pengkalan Kubor
5. Tuan Guru Haji Tuan Ismail - Pondok Kelupang
6. Baba Haji Mat Leweh - Pondok Rakak
7. Baba Haji Syafie Hatnyai

Baba Yeh terkenal alim besar dalam dua bidang ilmu iaitu ilmu Fiqh dan ilmu Tasawwuf . Beliau sempat menulis 2 risalah :

1. Thimar al Jannah fi Tarjamah Risalah al Mu'awannah - Selesai dikarang tahun 1966
2. Ini Beberapa Jawapan Yang Bagus Daripada Soalan Yang Datang Daripada Majlis Agama Islam Changwad Patani - Selesai dikarang tahun 1973

Beliau meninggal dunia ketika berusia 69 tahun .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

https://www.facebook.com/share/p/1Q6Jubyewf/

Tawaran kemasukan pelajar baru ke Pondok Sg Karangan.Sistem pengajian1. ‌Pengajian tradisional iaitu berteraskan kitab-k...
24/12/2025

Tawaran kemasukan pelajar baru ke Pondok Sg Karangan.

Sistem pengajian

1. ‌Pengajian tradisional iaitu berteraskan kitab-kitab turath.

‌2. Keutamaan pada pengajian kitab dan solat berjemaah serta khidmat di dalam dan luar pondok.

‌3. Penekanan ilmu-ilmu fardhu ain di dalam bahasa jawi dan arab.

4. Penekanan tatabahasa arab iaitu ilmu nahu sorof dan ilmu-ilmu alat yang lain.

Syarat kemasukan

1. ‌Pelajar lelaki sahaja.

‌2. Berumur tidak kurang 13 tahun.

‌3. Tiada tabiat jenayah & ketagihan bahan terlarang.

‌4. Berhemah di dalam menuntut ilmu.
‌bersedia mengikuti undang-undang pondok.

sebarang pertanyaan boleh hubungi :

pejabat : https://wa.me/601159663997
ustaz anwar : https://wa.me/60199467919

jemput follow, like dan share page Pondok Sg Limau, Lunas .salah satu cawangan Pondok Sg Karangan.Pondok sg limau dipimp...
18/12/2025

jemput follow, like dan share page Pondok Sg Limau, Lunas .

salah satu cawangan Pondok Sg Karangan.
Pondok sg limau dipimpin oleh ustaz Muhammad Ghazali.

jom sama-sama kita hidupkan tempat-tempat pengajian ilmu yang merupakan taman-taman syurga dunia.

Risalah Lima Puluh ‘Aqidah Yang Wajib Di’itiqadYAB Menteri Besar Kedah meneliti cenderahati kitab karangan Tuan Guru Hj ...
16/12/2025

Risalah Lima Puluh ‘Aqidah Yang Wajib Di’itiqad

YAB Menteri Besar Kedah meneliti cenderahati kitab karangan Tuan Guru Hj Adnan Hj Abd Majid semasa majlis perasmian sambutan jubli perak dan maulidur rasul pondok sg karangan.

moga dgn pemberian cenderahati tersebut menjadi panduan kpda YAB untuk membina generasi yang berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, berakidah Asyā‘irah dan Māturīdiyyah, beramal dengan mazhab Syafi‘i, serta menghayati tasawuf yang murni.
Sekaligus menjadi benteng utama menentang fahaman-fahaman songsang yang cuba merosakkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam.

Alhamdulillah.Selesai majlis sambutan jubli perak 25 tahun pondok sg karangan dan majlis sambutan maulidur rasul 1447h p...
01/12/2025

Alhamdulillah.
Selesai majlis sambutan jubli perak 25 tahun pondok sg karangan dan majlis sambutan maulidur rasul 1447h peringkat madrasah islahiah, pondok sg karangan.

Pihak pondok mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas-petugas dan penyumbang serta tetamu yang hadir pada majlis kali ini.
Semoga segala bentuk bantuan dan sumbangan yang diberikan sepanjang majlis berlangsung sama ada tenaga kerja, wang ringgit dan sebagainya, menjadi bekal kita di akhirat kelak.

Pihak pondok juga memohon kemaafan di atas kekurangan sepanjang berlangsungnya program.

Moga bertemu di program yang akan datang.



SabtuMajlis maulid dan walimatul urus di hadiri tuan-tuan guru dan para asatizah.
30/11/2025

Sabtu

Majlis maulid dan walimatul urus di hadiri tuan-tuan guru dan para asatizah.

AlhamdulillahSelamat tiba Baba Hj Abdullah b Hj AhmadJangan lupa daurah kitab karangan baba sendiri esokBoleh dapatkan k...
29/11/2025

Alhamdulillah
Selamat tiba Baba Hj Abdullah b Hj Ahmad

Jangan lupa daurah kitab karangan baba sendiri esok

Boleh dapatkan kitab di pondok dgn harga Rm15

29/11/2025
29/11/2025

PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU ANCAMAN KEPADA MASYARAKAT

PADANG SERAI – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan penyebaran maklumat palsu kini menjadi antara ancaman terbesar kepada masyarakat.

Beliau mengingatkan agar setiap individu memiliki kemampuan untuk menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayainya.

Menurut beliau, masyarakat hari ini sering terperangkap dalam kekeliruan kerana tidak mampu membezakan antara maklumat yang benar dan yang direka, tambahan p**a kedua-duanya bergerak melalui platform yang sama.

“Sumber penyebaran yang hak dan batil datang daripada saluran yang sama, saluran tersebut ialah telefon bimbit,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pondok Sungai Karangan serta Majlis Maulidur Rasul 1447 di Pondok Sungai Karangan.

Sanusi turut menekankan kewajipan untuk mempelajari ilmu penelitian maklumat bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan dalam masyarakat.

“Pada pandangan saya, ilmu yang wajib dipelajari, dimiliki dan dikhatamkan oleh murid, pelajar dan orang ramai ialah ilmu untuk membezakan yang benar dan yang salah, yang asli dan yang tiruan, yang hak dan yang batil.

“Ada orang berjuang atas kebatilan tetapi ditonjolkan seolah-olah mereka sedang berjuang mengajak orang ramai kepada kebenaran melalui istilah-istilah yang mengasyikkan,” jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan merujuk pandangan alim ulama dalam usaha membanteras penyebaran maklumat palsu pada masa kini.

“Asas-asasnya perlu dibina dan difahami dengan jelas supaya kita tidak terpesona lalu tertipu. Mahirkan diri dengan mempelajari ilmu supaya kita mampu membezakan antara yang salah dan yang betul,” ujarnya.



29/11/2025

Address

Kulim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Sg Karangan, Tg Hj Adnan Abd Majid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share