25/07/2026
Alhamdulillah, Jumaat kelmarin selesai sudah bengkel teknik menjawab kertas 2 biologi SPM di SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih buat rakan guru biologi saya, Cikgu Nanggai atas kesudian beliau menjemput saya ke sini buat pertama kalinya.
Banyak kali jugak sebelum ni Cikgu Nanggai nak panggil saya ke sini, tapi memandangkan saya hanya terima jemputan ceramah pada hari hujung minggu sahaja, maka semua jemputan sebelum ni tak dapat direalisasikan.
Saya perlu mengutamakan keberadaan saya di sekolah. Jika jemputan melalui surat rasmi dari PPD, JPN atau KPM sahaja saya dibenarkan keluar pada waktu sekolah.
Ada ja sebelum ni saya dibenarkan keluar ceramah pada waktu sekolah, itu pun sebab persetujuan antara pengetua sekolah saya dan pengetua sekolah yang menjemput saya. Masa tu arwah Cikgu Hasrol yang aturkan supaya saya dapat ke sekolah beliau pada waktu sekolah.
Saya faham kekangan Cikgu Nanggai nak panggil saya waktu hujung minggu. Kebanyakan murid SMJK Jit Sin ada kelas tuisyen penuh sepanjang hujung minggu.
Rezeki selepas saya masuk ke Kedah, cuti hujung minggu adalah hari Jumaat β rezeki jugak buat Cikgu Nanggai dan warga SMJK Jit Sin dapat jemput saya ke sini buat pertama kalinya.
Dewan sini sangat besaq. Ditambah pulak guna short throw projector dan skrin yang besaq β masa ceramah tengok slaid kat belakang macam layan IMAX pun ada.
Calon SPM SMJK Jit Sin yang ambik kertas biologi tahun ini seramai 270 orang. Sangat ramai jika dibandingkan dengan ceramah saya di tempat lain.
Seingat saya paling ramai pernah saya berceramah adalah di MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka iaitu seramai 300 orang calon SPM ambik biologi.
Cuma ceramah kali ini saya menggunakan modul LAMPU dalam versi Bahasa Inggeris kerana semua kelas di sini adalah kelas DLP.
Ini kali kedua saya guna modul LAMPU versi DLP β kali pertama masa ceramah secara dalam talian bersama murid tingkatan 4 batch Audrea Kolej Tunku Kurshiah (TKC) pada tahun lepas.
Habis 2 jam berceramah dan berbincang soalan, sebahagian murid masih berminat untuk melanjutkan pertanyaan kepada saya. Sesi soal jawab bersama kumpulan kecil sebegini lebih mudah untuk saya beri justifikasi setiap hujah yang saya bentangkan semasa dalam ceramah.
Terima kasih sekali lagi Cikgu Nanggai, Cikgu Sarah, panitia biologi dan pihak SMJK Jit Sin atas kesudian menjemput saya kali ini. Satu penghormatan yang besar buat diri saya.
Tak sempat nak jumpa tuan pengetua di sini selaku mantan pengetua sekolah saya sebelum ini β Mr. Gnoh Kam Fat. Pengetua yang sama mintak saya beli kasut kerja baru memandangkan kasut yang saya pakai terkoyak sikit kat bahagian belakang. π
Kejadian masa tu beberapa minggu selepas pemantauan nazir untuk verifikasi saya sebagai GC.
Pengetua selisih dengan saya sewaktu nak ke kelas. Beliau tahan saya dan bagitau saya,
"Nanti Cikgu Izzat dapat GC, pi beli kasut baru, okay?"
Nampaknya dua-dua hajat beliau makbul.
Saya dah dapat GC dan saya dah beli kasut baharu. π
Tak sempat jugak nak jumpa sahabat baik saya di sini selaku pembantu makmal di sekolah lama saya β SMK Taman Sejahtera.
Dulu selalu lepak dengan dia dalam bilik persediaan makmal memandangkan semua kelas saya di makmal.
Saya mai sini pun tak maklum kat dia sebab bengkel habis jam 12:30 tengah hari, makan pun dak lagi, nak solat Jumaat lagi β jadi kalut sikit.
Habis bengkel saya terus ke masjid untuk solat Jumaat. Habis solat Jumaat saya terus ke sekolah lama saya nak ambik surat pertukaran saya dari KPM.
Semoga anak-anak calon SPM 2026 SMJK Jit Sin beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan percubaan dan peperiksaan SPM sebenar nanti.