Mengenai Kami:
Pengenalan
Perpustakaan PTSB mula beroperasi pada Mac 2003 .Terletak di Blok “B” iaitu diantara bangunan pentadbiran dan ULPL. Perpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat penting di mana-mana tempat terutamanya di institusi-institusi pengajian. Perpustakaan berfungsi sebagai Pusat Carian Maklumat yang membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajar
an. Terdapat beberapa kategori koleksi yang terdapat di Perpustakaan PTSB, Koleksi buku/monograf adalah sebanyak 16 300, majalah, suratkhabar, journal, laporan tahunan, video, DVD-ROM, CR-ROM dan kaset audio. Visi
membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan
Misi
sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional. Falsafah
prasarana berilmu sejajar teknologi terkini
Dasar perpustakaan
perpustakaan politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif kementerian pengajian tinggi malaysia. Objektif perpustakaan
mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang bersesuaian, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran politeknik. memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat. mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu. membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.