23/07/2020
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi yang memberi berbagai nikmat kepada kita.
*Madrasah Ashraful Madaris-Kulim kini sedang mengumpul dana untuk menjalankan kerja fasa kedua.*
Madrasah Ashraful Madaris kini sedang mengumpul dana untuk penambahan banggunan seperti dewan pengajian, kantin dan blok asrama bagi menampung sehingga 300 orang pelajar insha allah, bagi menitik beratkan keselesaan pelajar dan juga permintaan kemasukan yang begitu tinggi setiap tahun. Kini Madrasah hanya mampu menampung pelajar seramai 100 orang sahaja.
Pembangunan tersebut terdiri daripada bangunan kelas, kantin, blok asrama serta blok kuaters guru dengan jumlah kos pembinaan sebanyak RM2.5 juta.
Diharap , pembinaan ini juga mampu melahirkan lebih ramai lagi para hafiz al-Quran yang bertaqwa, berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, berakhlak mulia, dan mampu memberi sumbangan kearah pembangunan seluruh ummah.
Pihak Madrasah juga sedang menjalankan sumbangan waqaf belian van bagi kemudahan para pelajar dapat bergerak untuk menghadiri solat jumaat, program kemasyarakatan seperti jemputan kenduri,tahlil, solat jenazah dan program yang d anjurkan oleh pihak jabatan yang berkaitan.
Untuk itu marilah sama-sama kita mengambil peluang ini untuk menyumbang sebanyak kita mampu bagi saham akhirat kita. Tidak akan rugi walau hanya satu ringgit kita sedeqahkan untuk agama. Insha Allah.
Walau hanya satu ringgit yang kita sumbang tapi jikalau dengan satu ringgit itulah yang menjadi sebab seseorang pelajar itu dapat belajar ilmu agama dengan baik maka setiap ganjaran pengajian dan amalan pelajar itu, Allah swt juga akan masukkan dalam catatan amalan si penyumbang Insha Allah.
*🏷Madrasah juga menyediakan :*
📝Resit wakaf pembangunan dengan berharga rm30 bagi satu lot.
📄Resit Zakat (boleh potong cukai)
Sumbangan waqaf Pembangunan dan belian Van boleh disalurkan ke akaun Madrasah:
*MAYBANK*
*Madrasah Ashraful Madaris*
*5520 3111 4524*
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi:
*013-3445253 Ust Hasan Basri (mudir)*
AshrafulmadarisOfficial💯