22/07/2025
âBaru umur 8 tahun⌠tapi badan dah berubah seperti remaja.â
Jika anak perempuan menunjukkan tanda-tanda baligh lebih awal seperti payudara membesar, bulu badan sudah tumbuh malah ada yang sudah datang haid walau baru darjah dua atau tiga, ia bukan normal.
Akil baligh terlalu awal boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan fizikal dan mental anak jika tidak dirawat.
Anak yang mengalami perubahan hormon terlalu awal mungkin:
Membesar lebih cepat pada awalnya, tetapi tinggi badannya akan terhenti lebih awal, menyebabkan dia lebih rendah daripada potensi sebenar.
⢠Lebih berisiko mengalami obesiti, tekanan darah tinggi, dan gangguan metabolik seperti diabetes jenis 2 apabila dewasa nanti.
⢠Mengalami keresahan, kemurungan, dan rasa rendah diri kerana tubuhnya berubah sebelum emosi dan jiwanya bersedia.
⢠Terdedah kepada risiko kanser payudara, akibat tempoh pendedahan kepada hormon estrogen yang lebih panjang.
⢠Menghadapi gangguan hormon jangka panjang yang boleh menjejaskan haid dan kesuburan pada masa depan.
⢠Dan yang paling membimbangkan, berisiko menjadi mangsa gangguan seksual kerana tubuh yang kelihatan matang sering disalah erti oleh orang dewasa yang tidak bertanggungjawab.
đ Apa ibu bapa boleh perhatikan?
Jika anak perempuan menunjukkan tanda-tanda akil baligh sebelum umur 8 tahun bawalah anak berjumpa doktor segera.
Rawatan awal boleh membantu memperlahankan proses baligh, menyeimbangkan hormon, dan melindungi masa depan anak bukan sekadar dari segi kesihatan, tetapi juga emosi dan keselamatan diri.
Kerana pada usia itu, mereka belum bersedia menjadi remaja.
Mereka masih anak kecil⌠yang perlukan bimbingan dan perlindungan kita sepenuhnya.