SEJARAH SMKLB
Ditubuhkan pada tahun 1975 dengan kedudukan lokasinya sekitar 27 km daripada bandar Kulim yang sedang pesat membangun. Sebelumnya, pelajar perintis sekolah ini menumpang untuk sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Malau. Bermula dengan hanya 437 orang pelajar, kini ia telah meningkat sehingga melebihi 1500 orang pelajar. Kini, kumpulan pelajar ini dikelolakan oleh seramai 75 orang st
af akademik dan 16 orang staf bukan akademik (staf sokongan). SMKLB mendapat kemudahan asrama harian mulai tahun 1990 dan asrama ini mulai didiami pada 1 Mei 1991 dengan kapasiti 110 orang penghuni. Kini SMKLB telah berkembang pesat pembangunan fizikalnya dari sebuah sekolah yang serba kekurangan kepada sebuah sekolah yang lengkap dengan pelbagai prasarana seperti Tapak Perhimpunan Rangsang Jaya, Dewan Serbaguna Nur-Addin, bilik gerakan, pondok-pondok bacaan, Makmal Al-Ma'aruf (makmal komputer), Perpustakaan Sumber Jaya, Klinik Pergigian Nur Kamil, Galeri Nur Salehin, Surau Al-Falah dan pelbagai prasarana lagi. Semuanya bertaraf 5 Bintang. Mulai 1 Mac 1993, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke Gred A. Sekolah ini beroperasi melalui 34 buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima. Mulai 1998, Aliran Sains telah diwujudkan dan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 20 orang.