31/08/2026
Selamat Hari Kemerdekaan ke-69, Malaysia 🇲🇾
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah untuk generasi yang akan datang.
Sebagai pendidik, antara tanggungjawab terbesar kita adalah membantu membesarkan anak-anak yang bukan sahaja berilmu, tetapi mempunyai iman, karakter, keberanian dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat serta negara.
Kerana merekalah yang suatu hari nanti akan membawa Malaysia ke hadapan.
Semoga negara kita terus dilimpahi keamanan, kemakmuran dan keberkatan, serta menjadi tanah yang baik untuk anak-anak kita membesar dan membina masa hadapan.
Selamat Hari Kemerdekaan daripada seluruh keluarga Brainy Bunch 🇲🇾❤️