Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, School, Jalan Pegawai, Kulim.

โ€œSeorang guru mungkin hadir dalam hidup seorang pelajar hanya untuk beberapa tahun, namun ilmu, didikan dan jasanya akan...
16/05/2026

โ€œSeorang guru mungkin hadir dalam hidup seorang pelajar hanya untuk beberapa tahun, namun ilmu, didikan dan jasanya akan kekal sepanjang kehidupan.โ€

Selamat Hari Guru buat seluruh guru yang pernah mendidik kami di MTSD, juga kepada alumni MTSD yang kini bergelar pendidik serta semua guru di Malaysia ๐ŸŒน

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan dalam mencurahkan ilmu serta membentuk generasi anak bangsa.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Ikhlas daripada,
Warga Alumni MTSD

Tahniah dan syabas kepada dua alumni MTSD 2025, Lutfil Hadi Zuki dan Muhammad Hazim Hanif Omar atas pengiktirafan dalam ...
23/04/2026

Tahniah dan syabas kepada dua alumni MTSD 2025, Lutfil Hadi Zuki dan Muhammad Hazim Hanif Omar atas pengiktirafan dalam Majlis Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah bagi kategori Cemerlang SPM.

Kedua-duanya mencatat keputusan 12A (11A+ 1A), satu pencapaian yang amat membanggakan.

Tahniah juga diucapkan kepada Hasanah Ulya Hasbullah (Alumni MTSD 2022) bagi anugerah Sijil Tahfiz Malaysia (STM) pangkat Mumtaz.

Moga pencapaian ini menjadi titik mula kepada perjalanan yang lebih gemilang, serta terus membimbing langkah dalam menegakkan ilmu dan al-Quran sebagai teras kehidupan.

Tulus ikhlas,
Warga Alumni MTSD

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman atas kejayaan yang amat membanggakan dala...
18/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman atas kejayaan yang amat membanggakan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Muhamad Al-Jazari bin Muhamad Helmi (Alumni MTSD Batch 5)
telah berjaya meraih Tempat Ketiga
bagi kategori Hafazan Al-Quran Juzuk 1โ€“20.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama diri, malah turut mengangkat martabat dan membanggakan seluruh warga Maahad Tahfiz Sains Darul Aman. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada para pelajar lain untuk terus berusaha dengan penuh istiqamah dalam memartabatkan Al-Quran.

Ikhlas daripada
Warga Alumni MTSD

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni-alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) atas pencapaian dalam Majli...
17/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni-alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) atas pencapaian dalam Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MTTHQ) Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 13โ€“15 April 2026 yang lalu.

โ€ข Tempat Keenam โ€“ Hafazan Lelaki
Muhammad Ammar Fakhri bin Mohd Nur Zuhairi (Alumni SPM 2023)
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

โ€ข Hafazan Lelaki
Aniq Nazhan bin Mohd Khairi (Alumni SPM 2023)
Institut Perguruan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu

Tahniah juga kepada semua alumni MTSD yang telah berusaha dan menyertaiโ€”keberanian anda amat membanggakan.

Ikhlas daripada,
Warga Alumni MTSD

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni-alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) atas pencapaian dalam perta...
16/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada alumni-alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) atas pencapaian dalam pertandingan Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan Al-Quran (MTTHQ) Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan pada 13โ€“15 April 2026 yang lalu.

โ€ข Tempat Ketiga โ€“ Hafazan Perempuan
Qestina Aufa binti Ismail (Alumni SPM 2022)
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

โ€ข Tempat Keempat โ€“ Hafazan Perempuan
Aufa Nur Nabila binti Anuar (Alumni SPM 2019)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Tahniah juga kepada semua alumni MTSD yang telah berusaha dan menyertaiโ€”keberanian anda amat membanggakan.

Ikhlas daripada,
Warga Alumni MTSD

16/04/2026

Tahniah Ustaz Syamir Aiman! ๐ŸŒŸ
Alumni Batch Kedua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) yang kini melangkah sebagai pendidik yang berdedikasi.

Menjadi satu-satunya guru Melayu di SJKT Ladang West Country Barat bukanlah penghalang dalam memupuk keharmonian dan kebersamaan ๐Ÿค

Pihak Persatuan Alumni MTSD ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa bangga dan penghargaan atas dedikasi serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan cikgu di sana.

Tempat boleh berubah, tapi kenangan tu confirm kekal. Kami bangga dengan anda! ๐ŸŒŸ

Semoga terus cemerlang di tempat baharu โœจ

Kredit video :

03/04/2026

TAWARAN TAJAAN PENUH PENDIDIKAN KULIAH ULUM ISLAMIAH UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka peluang tajaan pendidikan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

๐Ÿ“BIDANG PENGAJIAN

Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah:
โ€ข Pengkhususan Syariah
โ€ข Pengkhususan Usuluddin
โ€ข Pengkhususan Bahasa Arab

๐Ÿ“SYARAT KELAYAKAN PENAJAAN

โœ… Anak Kedah serta menetap dan bermastautin di Negeri Kedah
โœ…Lulus Imtihan Qabul sekurang-kurangnya Mustawa 3 (Mutawassit Awwal) dan akan ditemuduga oleh LZNK
โœ… Keutamaan kepada pelajar cemerlang (minimum 3A untuk permohonan)

๐Ÿ“SYARAT KEMASUKAN KULIAH ULUM ISLAMIAH

โœ… Lulus semua subjek SPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam 8 subjek
โœ… Lulus Imtihan Tahdid Mustawa (ujian penentuan tahap Bahasa Arab)
โœ…Tamat sehingga tahap Mutaqaddim Thani (Tahap 6) di:
a) Institut Pengajian Bahasa Arab USIM; atau
b) Pusat Bahasa Syeikh Zayed

๐Ÿ“KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan secara atas talian melalui:
๐ŸŒ https://bit.ly/TAJAANULUMISLAMIAH2026LZNK

PERMOHONAN DIBUKA SEHINGGA 15 APRIL 2026

๐Ÿ“KELEBIHAN TAJAAN INI

โ€ข Yuran pengajian ditaja sepenuhnya (USD 1,000 setahun)
โ€ข Agihan siswa tahunan mengikut prestasi akademik

๐Ÿ“ž SEBARANG PERTANYAAN
Divisyen Pendidikan LZNK
โ˜Ž๏ธ 1-800-88-1740 (EXT: 520)



Bagi pihak seluruh warga alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, kami menzahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah...
01/04/2026

Bagi pihak seluruh warga alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, kami menzahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan cemerlang SPM 2025.

Alhamdulillah, seramai 48 pelajar telah mencatatkan keputusan yang membanggakan. Antaranya 6 orang memperoleh keputusan 12A, dengan pencapaian terbaik oleh Lutfil Hadi bin Zuki (11A+, 1A), diikuti Muhammad Hazim bin Hanif Omar (10A+, 2A), serta pelajar-pelajar lain yang turut mencatat keputusan cemerlang.

Secara keseluruhan, keputusan adalah seperti berikut: 2 orang (11A), 6 orang (10A), 5 orang (9A), 13 orang (8A), dan 16 orang (7A ke bawah).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PIBG dan Lembaga Maktab Mahmud atas sokongan berterusan, serta tidak dilupakan para murabbi, guru-guru dan seluruh warga MTSD yang telah mencurahkan usaha tanpa jemu.

Alumni MTSD sentiasa mendoakan dan menyokong langkah seterusnya adik-adik menuju masa depan yang lebih gemilang.

Tulus Ikhlas
Persatuan Alumni
Maahad Tahfiz Sains Darul Aman

๐ŸŒ™ IFTAR ALUMNI MTSD 2026 ๐ŸŒ™Alhamdulillah, sempena Ramadan 1447H, Iftar Alumni MTSD kembali lagi dengan kelainan yang lebi...
26/02/2026

๐ŸŒ™ IFTAR ALUMNI MTSD 2026 ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, sempena Ramadan 1447H, Iftar Alumni MTSD kembali lagi dengan kelainan yang lebih menarik. Tahun ini kita bawakan konsep Iftar by Zone dan berkonsepkan potluck

๐Ÿ“Œ Konsep Potluck:
Setiap alumni boleh beli atau sediakan makanan masing-masing dan bawa untuk dikongsi serta dinikmati bersama.

Butiran program adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ Hari & Tarikh : Sabtu, 28 Februari 2026
๐Ÿ“Lokasi:
1. Zon Lembah Klang : Dataran Putrajaya, W.P. Putrajaya (bersebelahan Masjid Besi)
2. Zon Utara : Dataran Medan, Alor Setar (berhadapan Masjid Zahir)

Jom sama-sama meriahkan Iftar Alumni MTSD 2026 dan eratkan kembali silaturrahim yang telah lama terjalin โœจ



๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ============== Dukacita dimaklumkan bahawa Alumni MTSD SPM 2023 Muhammad Hazmi bin Othman  telah meninggal...
14/11/2025

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡
==============

Dukacita dimaklumkan bahawa Alumni MTSD SPM 2023 Muhammad Hazmi bin Othman telah meninggal dunia pada 14 November 2025. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Oleh itu, pihak Alumni MTSD ingin melancarkan Tabung Derma Kilat bagi membantu meringankan sedikit beban keluarga.

Pihak kami amatlah mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua.

๐Ÿ’•Sumbangan boleh dilakukan ke akaun:
๐Ÿ“13010078161729 (BANK MUAMALAT)
Hamidatun Nasriyah
(Bendahari Alumni)

๐Ÿ“ŒSetiap sumbangan melalui online banking perlulah disertakan dengan *Reference: Muhammad Hazmi* atau boleh menghantar resit sumbangan tersebut kepada saudari Hamidatun Nasriyah.

๐Ÿ“ŒSebarang petanyaan atau makluman boleh hubungi :
Hamidatun Nasriyah : 01113009692

โ€ขโ€ขโ€ข
๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
EXCO KEBAJIKAN
PERSATUAN ALUMNI MTSD SESI 2025

Address

Jalan Pegawai
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Maahad Tahfiz Sains Darul Aman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category