Kelab Memanah ASBAB Kulim Kedah

Kelab Memanah ASBAB Kulim Kedah Kelas Memanah Tradisional
&
Seni Bela Diri
Akademi Seni Bela Diri Abjad (ASBAB)

28/08/2026

Kita selalu berkata, “Nanti.”

Sedangkan ramai penghuni kubur juga pernah menyangka mereka masih mempunyai “nanti.”

TERIMA KASIH SMK TAMAN SELASIH, KULIM! Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Memanah Fun Shoot sempena Hari Keusahawanan...
27/08/2026

TERIMA KASIH SMK TAMAN SELASIH, KULIM!

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti Memanah Fun Shoot sempena Hari Keusahawanan SMK Taman Selasih, Kulim yang berlangsung pada 27 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk bersama-sama menjayakan aktiviti memanah pada hari ini.

Lebih bermakna buat kami kerana berpeluang berkongsi pengalaman dan memperkenalkan sukan memanah kepada murid-murid pendidikan khas. Melihat mereka mencuba, berani mengambil peluang dan menikmati pengalaman memanah merupakan satu kenangan yang sangat bermakna buat kami.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada guru-guru SMK Taman Selasih yang banyak membantu, memberi sokongan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dari awal hingga selesai.

Terima kasih atas kerjasama, layanan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus menjadi ruang untuk membina keyakinan, keberanian, fokus dan pengalaman baharu dalam diri anak-anak istimewa kita.

Memanah Untuk Semua — Membina Kemahiran, Disiplin & Keyakinan.

Insya-Allah, semoga ada kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam aktiviti yang akan datang.







Seramai 12 orang pesilat dari gelanggang Asbab Kulim, Masjid Sayyidina Uthman Ibni Affan Kariah Paya Besar, Lunas terlib...
26/08/2026

Seramai 12 orang pesilat dari gelanggang Asbab Kulim, Masjid Sayyidina Uthman Ibni Affan Kariah Paya Besar, Lunas terlibat dengan persembahan silat sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Abjad Zon Utara di Selama,Perak malam tadi.

Alhamdulillah, selesai aktiviti memanah funshoot sempena Sambutan Maulidur Rasul  hari ni di Masjid Sayyidina Uthman Ibn...
25/08/2026

Alhamdulillah, selesai aktiviti memanah funshoot sempena Sambutan Maulidur Rasul hari ni di Masjid Sayyidina Uthman Ibni Affan Kariah Paya Besar, Lunas .

Terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti memanah khususnya anak-anak silat gelanggan ASBAB Kulim Kedah .

Muat ka keta malam ni. Ada lagi yang tak masuk frame pagi tadi.
25/08/2026

Muat ka keta malam ni. Ada lagi yang tak masuk frame pagi tadi.


25/08/2026
Ayuh warga Masjid Sayyidina Uthman Ibni Affan Kariah Paya Besar, Lunas  . Jom kita meriahkan majlis sambutan Maulidur Ra...
21/08/2026

Ayuh warga Masjid Sayyidina Uthman Ibni Affan Kariah Paya Besar, Lunas .

Jom kita meriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul dengan berselawat.

20/08/2026

Jom kita memeriahkan
KOLOKIUM SENI SILAT MELAYU
DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

*Sila scan QR di poster utk tujuan pendaftaran dan pengesahan kehadiran..*
*Kemasukan percuma!!*

Address

Lorong Jati 1/1, Taman Jati
Kulim
09000

Opening Hours

Thursday 21:30 - 23:30
Friday 21:30 - 23:30
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60175085530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Memanah ASBAB Kulim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share