JKE PTSB Flash Buletin

JKE PTSB Flash Buletin Page untuk semua aktiviti Jabatan dan Pemakluman Info JKE utk staf dan pelajar

Flash Buletin atau Buletin Kilat dalam Bahasa Malaysia adalah medium penyampaian berita aktiviti terkini JKE PTSB. Semua staf, pelajar sesi semasa dan alumni pelajar JKE PTSB dijemput untuk sama-sama LIKE Flash Buletin ini dan kongsi maklumat yang bermanfaat untuk kita semua

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH buat semua staf JKE PTSB atas Pemangkuan Gred DH10, DH13 dan DH14.Pemangkuan DH10Ts Sallehuddin ...
01/08/2026

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH buat semua staf JKE PTSB atas Pemangkuan Gred DH10, DH13 dan DH14.

Pemangkuan DH10
Ts Sallehuddin Ismail

Pemangkuan DH13
Dr Rahimah Binti Abdul Rahman
Puan Amrah Mat Safri
Puan Sharipah Bin Dauf Sharipah Mas

Pemangkuan DH14
Ts Zaidi Bin Othman
Ts Norizah Binti Ishak Izah Md Ishak
Encik J Sam Bin Hamidon
Puan Syajaratul Dur Binti Ramli
Puan Munirah Binti Nujid Munirah Nujid
Puan Wan Sabariah Binti Wan Ismail Wan Sabariah
Puan Hajaratul Binti Ahmad
Puan Norizan Binti Md Isa

Pada 23 Julai 2026 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Unit Promosi Politeknik Tuanku Sultan...
27/07/2026

Pada 23 Julai 2026 yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Unit Promosi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) telah menyertai Pameran Karnival STEM dan Keusahawanan di SMK Kulim yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Program ini bertujuan memupuk minat pelajar sekolah dalam bidang STEM serta mempromosikan peluang pengajian di PTSB dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik secara khususnya. Seramai 20 orang pensyarah dan 16 orang pelajar JKE telah terlibat secara langsung dalam menjayakan booth pameran interaktif tersebut.
Sepanjang karnival berlangsung, JKE telah memamerkan dan mendemonstrasikan lapan produk inovasi rekaan mereka, iaitu SOLAR KIT, BASIC ELECTRIC KIT I, II, dan III, SOLERA (Solar Driven Intelligent Irrigation And Fertigation System For Sustainable Agriculture), LIGHTING MONITORING TRAINER, DC POWER SUPPLY TRAINING KIT MODULE, serta PLC2IOT EDUKIT SUITE. Penyertaan ini bukan sahaja berjaya meningkatkan keterlihatan PTSB sebagai institusi TVET pilihan, malah memberi peluang kepada pelajar JKE mengasah kemahiran komunikasi teknikal mereka.
Secara keseluruhannya, program jalinan komuniti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat positif daripada warga SMK Kulim.

Pelaporan oleh Puan Salmiah
Gambar oleh Encik Salehuddin

๐Ÿš€ JOM SERTAI PROGRAM NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) BERSAMA POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)! ๐Ÿค–โœจ๐ŸŒŸ Terokai Dunia K...
19/07/2026

๐Ÿš€ JOM SERTAI PROGRAM NATIONAL TRAINING WEEK (NTW) BERSAMA POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)! ๐Ÿค–โœจ

๐ŸŒŸ Terokai Dunia Kecerdasan Buatan (AI) & Robotik Bersama Kami!

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan sukacitanya menjemput ibu bapa, pelajar sekolah rendah Tahap 2, guru-guru serta seluruh komuniti untuk bersama-sama memeriahkan program sempena National Training Week (NTW) 2026.

๐Ÿ“š Antara program menarik yang menanti anda:
โœ… Kursus Jom Terokai AI! โ€“ Kenali dunia Artificial Intelligence melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif dan sesuai untuk pelajar Tahun 4, 5 & 6.
โœ… Robotech Express โ€“ Pelajari asas pengaturcaraan dan bina robot melalui cabaran **Sumo Robot** serta **Line Follower** yang menguji kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah dan kerja berpasukan.

๐ŸŽฏ Mengapa anda perlu sertai?

* Meneroka teknologi AI dan robotik secara praktikal.
* Meningkatkan kreativiti, pemikiran kritis dan kemahiran digital.
* Menyertai aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
* Memupuk semangat inovasi, kolaborasi dan penyelesaian masalah.
* Mendapat pengalaman pembelajaran abad ke-21 bersama tenaga pengajar PTSB.

๐Ÿ“… Jangan lepaskan peluang ini!
Sertai kami di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan dan jadilah sebahagian daripada generasi yang bersedia menghadapi revolusi teknologi masa hadapan.

๐Ÿ’™ Penyertaan adalah dialu-alukan. Ayuh ajak keluarga, rakan-rakan dan warga sekolah untuk bersama-sama memeriahkan program ini!

๐Ÿš€ Jom Terokai AI. Jom Bina Robot. Jom Cipta Masa Depan Bersama PTSB!

PROGRAM POWER YOUR FUTURE  DI SMK JALAN PAYA BESARPada 18 Jun 2026, suasana penuh teruja apabila 290 pelajar tingkatan 3...
21/06/2026

PROGRAM POWER YOUR FUTURE DI SMK JALAN PAYA BESAR
Pada 18 Jun 2026, suasana penuh teruja apabila 290 pelajar tingkatan 3, 4 & 5 bergelut dengan dunia kejuruteraan sebenar โ€” pegang drone, program robot, dan terokai teknologi secara langsung. โšก๐Ÿค–

Inilah yang kami harapkan: melihat pelajar yang asalnya teragak-agak, akhirnya tersenyum lebar bila berjaya menyiapkan projek mereka sendiri. ๐Ÿฅน

Terima kasih tak terhingga kepada:
๐Ÿ™ Pihak SMK Jalan Paya Besar
๐Ÿ™ Semua tenaga pengajar Politeknik PTSB
๐Ÿ™ Ahli Jawatankuasa yang bertungkus-lumus

Kepada para pelajar โ€” masa depan teknikal anda bermula dari sini! ๐Ÿš€

Soalan untuk korang yang hadir ๐Ÿ‘‡
Aktiviti mana paling berkesan di hati korang hari tu?

JKE PTSB hari ini terpaksa merelakan perpindahan staf yang amat di sayangi dan dikasihi semua rakan dan taulan. Satu maj...
16/06/2026

JKE PTSB hari ini terpaksa merelakan perpindahan staf yang amat di sayangi dan dikasihi semua rakan dan taulan.

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 16hb Jun 2026 bertempat di Ruema Awan Nano Kitchen, Jalan Perusahaan, Kulim.

Staf yang berpindah atas adalah:-

1. Puan Hajah Ida Safinar Binti Aziz (Mantan KJKE) IdaSafina Aziz ke KKBD

2. Encik Ridzuan Bin Din Ridzuan Din ke PSP

3. Puan Asmayuzie Binti Ahmad Asmayuzie Ahmad ke PSP

4. Puan Masburah Binti Mustafa Masburah Mustaffa ke POLIMAS

5. Puan Hartini Binti Abdul Hamid Tini Hani ke POLIMAS

6. Encik Mohd Affendy Bin Chik Nong Mohd Affendy ke POLIMAS

7. Puan Akma Binti Che Ishak Che Akma ke POLIMAS

JKE PTSB sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA dan mendoakan agar Hijrah kalian semua pada kali ini bukan sekadar satu bentuk pengorbanan tapi HIJRAH kalian akan membawa kejayaan yang lebih baik dalam pekerjaan. Semoga perpindahan ini akan diiringi hikmah yg lebih baik.

Akhir kalam.. Jutaan Terima kasih JKE PTSB ingin sampaikan atas sumbangan dan bakti serta keringat yang kalian telah berikan selama bertugas di JKE PTSB. Semoga kalian semua terus success di tempat baru dengan suasana baharu.

Selamat berhijrah sahabat JKE selamanya..

Pelaporan dan foto oleh
Muhammad Jamaluddin

Selamat menjalankan tugas Tuan Haji Syahril Izwan Bin Abdul Yamin ( Badai Timur) sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elek...
10/06/2026

Selamat menjalankan tugas Tuan Haji Syahril Izwan Bin Abdul Yamin ( Badai Timur) sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik mulai Jun 2026. Staf dan Pelajar JKE PTSB mengalu alukan kepimpinan baharu untuk menerajui JKE PTSB pada sesi mendatang.

Manakala Puan Hajah Ida Safinar Binti Aziz (IdaSafina Aziz)akan berpindah ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman atas kenaikan pangkat DH13. JKE PTSB ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti selama Puan Hajah Ida Safinar berkhidmat di JKE PTSB serta bakti dan tenaga yang dicurahkan sepanjang khidmat di PTSB.

25 Mei 2026 - Mesyuarat Peperiksaan Akhir JKE PTSB telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Jamaluddin Unit Peperiksaan ...
25/05/2026

25 Mei 2026 - Mesyuarat Peperiksaan Akhir JKE PTSB telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Jamaluddin Unit Peperiksaan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik Puan IdaSafina Aziz.

Unit Peperiksaan JKE PTSB ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat bakti semua rakan Pensyarah JKE yg ditugaskan menjadi pengawas peperiksaan semasa minggu peperiksaan akhir Sesi 2 2025/2026 berlangsung. Juga atas menyiapkan semua urusan berkaitan peperiksaan mengikut takwim peperiksaan sesi ini.

Tidak ketinggalan Encik Muhammad juga menyampaikan ucapan terima kasih tak terhingga kepada rakan rakan dari Team Peperiksaan JKE yg bertungkus-lumus membuat persediaan peperiksaan sama ada sebelum, semasa dan tamat peperiksaan sesi ini.

SYABAS dan TAHNIAH KEPADA PENSYARAH JKE PTSB atas kenaikan pangkat DH13 bagi permohonan tahun 2024. Puan IdaSafina Aziz ...
12/04/2026

SYABAS dan TAHNIAH KEPADA PENSYARAH JKE PTSB atas kenaikan pangkat DH13 bagi permohonan tahun 2024.

Puan IdaSafina Aziz
Encik Ridzuan Din
Puan Asmayuzie Ahmad
Puan Che Akma (Akma Che Ishak)
Puan Tini Hani (Hartini Abdul Hamid)
Puan Masburah Mustaffa
Encik Mohd Affendy
Encik Khashah Othman (Khairol Shah Othman)
Puan Noorindon Abdul Samad
Encik Amini Sayuti (Mohd Amini Ahamad Sayuti)

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฃ๐—ง ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—”๐—ก ๐——๐—›๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) atas pemangkuan kenaikan pangkat ke Gred DH13 bagi permohonan tahun 2024.

Kejayaan ini melambangkan keupayaan kepimpinan, kepakaran serta sumbangan signifikan dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi dan TVET.

Semoga amanah yang digalas terus diterjemahkan melalui kecemerlangan berimpak tinggi seterusnya mengangkat martabat institusi dan melahirkan generasi masa hadapan yang berkualiti.

Terus melangkah, terus cemerlang. Tahniah!

Norlili Juwita Arshad
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti








Pereka: Ahmad Faidz Md Isa

Kulim Isnin 6hb April 2026 - seramai 28 orang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik bersama 3 orang pensyar...
06/04/2026

Kulim Isnin 6hb April 2026 - seramai 28 orang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik bersama 3 orang pensyarah pengiring telah diberi peluang untuk melawat Ladang Solar milik syarikat Nur Power Plant, Kulim Hi-Tech yang terletak di Mukim Padang Cina, Kulim Kedah.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan oleh pihak Nur Power Plant dan kemudian sesi Penerangan berkaitan operasi Ladang Solar oleh Jurutera dan Juruteknik yang bertanggungjawab mengurus perjalanan operasi tuaian tenaga solar.

Pelajar dan Penayarah kemudian dibawa untuk sesi lawatan tapak di Ladang Solar berhampiran Nur Power Plant di Mukim Padang Cina, Kulim.

19/03/2026

JKE Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dan Selamat Bercuti. Semoga di hari kemenangan ini kita beroleh barakah yang baik dari yang Maha Esa.

Address

Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKE PTSB Flash Buletin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share