Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim - Tahsin

Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim - Tahsin Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah.

16/08/2026

Rakaman Kuliah Dhuha Perdana
16/8/2026 - Ahad
Bersama Sohibus Samahah Dato’ Haji Zamri bin Hashim
Tajuk Kuliah : Menjadi Hamba Allah Yang Sejati

Assalamualaikum.✨ Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin masih membuka pendaftaran kepada calon berumur 6 hingga 12 tahun untuk...
12/08/2026

Assalamualaikum.

✨ Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin masih membuka pendaftaran kepada calon berumur 6 hingga 12 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan sesi persekolahan 2027.

πŸ“Œ Ujian temuduga kemasukan secara bersiri bermula Ogos 2026.

πŸ‘‰ Imbas kod QR pada poster atau layari portal pendaftaran:
https://asis.awfatech.com/asis0019 dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam poster.

🌟 No. telefon waris akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp sebaik sahaja borang pendaftaran diproses.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan lanjut:
012-5904896 - Ust. Sanusi Majid
010-5441413 - Pejabat (WhatsApp sahaja)
04-4900458 - Pejabat

πŸ“– Jom pakat-pakat mendaftar. Jom ngaji di TAHSIN.

PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PENYERTAAN | 3 OGOS 2026Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung majlis penyampaian had...
03/08/2026

PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PENYERTAAN | 3 OGOS 2026

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung majlis penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin serta menyertai pelbagai kejohanan.

Antara kejohanan yang diraikan ialah:
πŸ… Kejohanan Sukan & Olahraga (KESUGA) SRITI & HESA
β™ŸοΈ Kejohanan Catur MSSDKBB
πŸƒ Kejohanan Olahraga (KEJORA) Sekolah-Sekolah Rendah Islam Peringkat Zon Kedah Selatan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid atas usaha, komitmen dan semangat juang yang dipamerkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

β€œTerus Melakar Kejayaan, Mengharumkan Nama TAHSIN.” πŸŒŸπŸ’š

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH ISLAM (KEJORA) PERINGKAT ZON SELATAN | 1 OGOS 2026Alhamdulillah, segala puji bagi Alla...
01/08/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH ISLAM (KEJORA) PERINGKAT ZON SELATAN | 1 OGOS 2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. Hari ini telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sekolah Rendah Islam (KEJORA) Peringkat Zon Selatan. Dengan izin-Nya, Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin (TAHSIN) berjaya melakar kejayaan yang amat membanggakan.

🌹 PENCAPAIAN TAHSIN:

πŸ₯‡ Johan Lontar Peluru (Pecah Rekod Kejohanan)
πŸ₯‡ Johan Lumba Lari 100 Meter P10
πŸ₯‡ Johan Lumba Lari 4 Γ— 100 Meter Perempuan Terbuka
πŸ₯ˆ Naib Johan Lumba Lari 200 Meter Perempuan
4️⃣ Tempat Keempat Lumba Lari 100 Meter L10

πŸ† JOHAN KESELURUHAN KEJORA ZON SELATAN πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jurulatih, pengurus pasukan, atlet-atlet TAHSIN serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan pengorbanan tanpa jemu. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang bersungguh-sungguh, semangat berpasukan serta keberkatan doa daripada semua pihak.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan. Marilah kita sama-sama mendoakan agar kontinjen TAHSIN terus diberikan kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan segala urusan untuk mencipta kejayaan yang lebih gemilang dalam KESUGA Peringkat Negeri Kedah yang bakal berlangsung pada September nanti di Langkawi.

πŸ’šπŸ’œ TAHSIN Cemerlang β€’ Berilmu β€’ Berakhlak β€’ Berjaya
πŸ”₯ Teruskan Melakar Kecemerlangan!

KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) SRITI & HESA PERINGKAT NEGERI KEDAH | 27 JULAI 2026πŸ† KEPUTUSAN RASMI KESUGA PERINGKA...
29/07/2026

KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA (KESUGA) SRITI & HESA PERINGKAT NEGERI KEDAH | 27 JULAI 2026

πŸ† KEPUTUSAN RASMI KESUGA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 ~ Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin (TAHSIN)

πŸ… Johan Lontar Peluru (Perempuan)
πŸ‘§ Asma Sumayyah

πŸƒβ€β™‚οΈ Naib Johan 4Γ—100 Meter Tahap 1 (Lelaki)
πŸ‘¦ Abdullah Syafi, Hadif Fayyad, Fitri, Riyadh Rifqi, Naqeeb)

πŸƒβ€β™€οΈ Naib Johan 4Γ—100 Meter Tahap 2 (Perempuan)
πŸ‘§ Aira, Humairah, Hayya, Qaira & Ammara

πŸ… Tempat Keempat
⚽ Bola Sepak

πŸƒβ€β™€οΈ Tempat Keempat 200 Meter Terbuka (Perempuan)
πŸ‘§ Aira Juwairiyah

πŸƒβ€β™‚οΈ Tempat Keempat 4Γ—200 Meter Terbuka (Lelaki)
πŸ‘¦ Afnan, Zulqarnayn, Mirza, Firdaus & Izz Zarif

πŸƒβ€β™€οΈ Tempat Keempat 4Γ—200 Meter Terbuka (Perempuan)
πŸ‘§ Medina, Hannan, Hayya, Ammara & Alisya

πŸƒβ€β™€οΈ Tempat Kelima 100 Meter Tahap 1 (Perempuan)
πŸ‘§ Asyfa Sai'dah

πŸ“Š Jumlah Pencapaian Keseluruhan
πŸ₯‡ Johan : 1
πŸ₯ˆ Naib Johan : 2
πŸ… Tempat Keempat : 4
πŸŽ–οΈ Tempat Kelima : 1

πŸ† Jumlah keseluruhan pencapaian: 8 kejayaan

✨ Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring serta seluruh warga TAHSIN atas usaha dan semangat juang yang dipamerkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Barakallahu fikum dan semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kalian. πŸ€²πŸ’š

Alhamdulillah..Pada 18 Julai 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Program Sesi Soal Jawab Agama bersama Al-Fadhi...
20/07/2026

Alhamdulillah..

Pada 18 Julai 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Program Sesi Soal Jawab Agama bersama Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan seluruh TeamUAI atas kesudian memenuhi undangan pihak sekolah kali ini. Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat untuk semua masyarakat, In shaa Allah.

Ucapan terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan dan memeriahkan program yang seumpama ini.

Berikut adalah beberapa momen yang sempat diambil sepanjang program berlangsung.

20/07/2026
Assalamualaikum. Alhamdulillah In shaa Allah.Kuliah Dhuha/ Soal Jawab Agama  akan diadakan seperti ketetapan berikut:Tar...
10/07/2026

Assalamualaikum. Alhamdulillah In shaa Allah.

Kuliah Dhuha/ Soal Jawab Agama akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 JULAI 2026 (SABTU)
Masa : Jam 8PAGI
Tempat : Sekolah Tahfiz Sains An Najihin , TAHSIN KULIM
Bersama : Ustaz Azhar Idrus

Bawa alas duduk

Lokasi Kuliah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://maps.app.goo.gl/1fSgZDnMU3PdCerXA?g_st=ic

Semua dijemput hadir.

Jemput semua hadir ya program yang akan berlangsung
01/07/2026

Jemput semua hadir ya program yang akan berlangsung

Address

1447, Jalan Bukit Awi
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim - Tahsin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim - Tahsin:

Shortcuts

Share