PASTI KAWASAN PADANG SERAI

Directions Contact the school

PASTI KAWASAN PADANG SERAI Pusat Asuhan Tunas Islam Padang Serai

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PASTI Kawasan Padang Serai atas kejayaan dalam Pertandin...
20/09/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PASTI Kawasan Padang Serai atas kejayaan dalam Pertandingan Alam Ria PASTI Negeri Kedah 2026. 🌿✨

πŸ₯‡ Johan – Sajak (Perempuan)
🏫 PASTI Darul Ulum

πŸ₯ˆ Naib Johan – Kalam Jamaie
🏫 PASTI Darul Ulum

πŸ₯ˆ Naib Johan – Nasyid
🏫 PASTI Al-Munawwarah

Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak PASTI, guru-guru, ibu bapa serta semua yang terlibat atas usaha, latihan dan komitmen yang diberikan. πŸ‘πŸ»

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menggilap bakat anak-anak PASTI serta mengharumkan nama PASTI Kawasan Padang Serai pada masa akan datang.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan kejayaan yang lebih gemilang. πŸ€²πŸ»πŸ’š

PASTI Kawasan Padang Serai
Bersama Mendidik Generasi Soleh 🌱

🌟 SELAMAT MAJU JAYA! 🌟Tahniah buat Kontinjen PASTI Kawasan Padang Serai yang akan menyertai Alam Ria PASTI Negeri Kedah!...
18/09/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA! 🌟

Tahniah buat Kontinjen PASTI Kawasan Padang Serai yang akan menyertai Alam Ria PASTI Negeri Kedah! πŸ’šπŸ’›

Semoga anak-anak PASTI Padang Serai dipermudahkan segala urusan, diberikan keyakinan, semangat dan keberanian untuk memberikan yang terbaik. πŸ₯°

πŸ’ͺ Berani mencuba, yakin melangkah!
πŸ† Menang bukan ukuran utama, pengalaman dan keberanian adalah kejayaan.

SELAMAT MAJU JAYA KONTINJEN PASTI KAWASAN PADANG SERAI!

πŸ”₯ PASTI Padang Serai Ilmu Amal Jaya! πŸ’šπŸ’›

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026 | RabuPASTI Kawasan Padang Serai mengucapkan Selamat Menyamb...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026 | Rabu

PASTI Kawasan Padang Serai mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi satu kesempatan untuk kita mengenang sejarah pembentukan negara serta menghargai nikmat keamanan, keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi bersama.

Sebagai sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak, PASTI sentiasa memberi penekanan kepada pembentukan generasi yang mempunyai nilai murni, akhlak yang baik, saling menghormati serta mempunyai rasa kasih dan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

Marilah kita sama-sama menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak sejak usia kecil. Mereka adalah generasi yang bakal mewarisi masa depan negara dan menjadi penyambung kepada usaha membina masyarakat yang lebih baik.

Semoga Malaysia terus berada dalam keadaan aman, harmoni dan sejahtera. Mudah-mudahan generasi yang kita didik hari ini menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia 2026!
Malaysia Kita, Tanggungjawab Kita.

Ikhlas daripada:
PASTI Kawasan Padang Serai πŸŒΏπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini menjadi ruang untuk kita me...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini menjadi ruang untuk kita menyemai semangat cintakan tanah air, memupuk perpaduan serta membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab.

Daripada seluruh warga PASTI Kawasan Padang Serai, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Tanah Airku!
β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUAAssalamualaikum w.b.t.Dimaklumkan bahawa PASTI akan bercuti bermula 28 Ogos 20...
28/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KEDUA

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan bahawa PASTI akan bercuti bermula 28 Ogos 2026 hingga 5 September 2026.

πŸ“š PASTI akan beroperasi semula pada:
πŸ“… 6 September 2026 (Ahad)

Semoga semua anak-anak PASTI dapat memanfaatkan waktu cuti bersama keluarga dengan sebaiknya serta sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Ikhlas daripada:

🌿 Jabatan PASTI Kawasan Padang Serai

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ο·Ί 2026 βœ¨πŸŒ™12 Rabiulawal 1448HMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjung...
25/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ο·Ί 2026 βœ¨πŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus subur dan menjadi panduan dalam mendidik generasi yang berilmu, berakhlak dan beriman. πŸ€²πŸ»πŸ’š

Ikhlas daripada:
🌿 PASTI Kawasan Padang Serai
🌿 Majlis Guru PASTI Kawasan Padang Serai

πŸŽ“ TAHNIAH & SYABAS GURU PASTI KAWASAN PADANG SERAI πŸŽ“PASTI Kawasan Padang Serai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah...
23/08/2026

πŸŽ“ TAHNIAH & SYABAS GURU PASTI KAWASAN PADANG SERAI πŸŽ“

PASTI Kawasan Padang Serai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Guru-Guru PASTI (GP) Kawasan Padang Serai yang telah berjaya menyelesaikan Kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) Semester 6.

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan dan komitmen para guru dalam meningkatkan ilmu serta kemahiran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang mengikuti kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi anak-anak PASTI yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia.

Semoga Allah SWT memberikan keberkatan, kekuatan dan keikhlasan kepada semua guru dalam meneruskan amanah mendidik generasi pewaris ummah. 🀲🏻

Tahniah dan syabas kepada semua GP Kawasan Padang Serai! 🌹

PASTI Kawasan Padang Serai
Melahirkan Generasi Rabbani 🌱

18/08/2026

JAWATAN KOSONG SUKARELAWAN GURU PASTI πŸ“’

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 🌷
Kami sedang membuka peluang kepada yang berminat untuk menyertai keluarga PASTI sebagai:

✨ Guru Ganti PASTI
πŸ“… Bulan September hingga November

Sekiranya anda seorang yang meminati dunia pendidikan awal kanak-kanak, s**a mendidik serta ingin menabur bakti dalam membentuk generasi soleh dan cemerlang, anda dialu-alukan untuk memohon. 😊

Antara Moment Pidato & Khutbah Alam Ria PASTI 🎀🌟Antara detik menarik dan penuh semangat para peserta Pidato dan Khutbah ...
16/08/2026

Antara Moment Pidato & Khutbah Alam Ria PASTI 🎀🌟

Antara detik menarik dan penuh semangat para peserta Pidato dan Khutbah PASTI dalam Alam Ria PASTI Kawasan Padang Serai yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah Kulim (SMATD).

Setiap peserta tampil dengan penuh keyakinan, keberanian dan kesungguhan dalam menyampaikan pidato serta khutbah masing-masing. Bakat dan potensi anak-anak PASTI jelas terserlah, membuktikan mereka bukan sahaja dididik dengan ilmu, malah dibentuk untuk berani tampil di hadapan khalayak.

Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik! Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis serta langkah awal untuk melahirkan generasi PASTI yang berilmu, berani dan berketerampilan. 🌹

PASTI Kawasan Padang Serai
Membina Generasi Rabbani 🀲

πŸŽ‰ HARI ALAM RIA PASTI KAWASAN PADANG SERAI 2026 πŸŽ‰Jom hadir memeriahkan Hari Alam Ria PASTI Kawasan Padang Serai 2026! 🌟P...
13/08/2026

πŸŽ‰ HARI ALAM RIA PASTI KAWASAN PADANG SERAI 2026 πŸŽ‰

Jom hadir memeriahkan Hari Alam Ria PASTI Kawasan Padang Serai 2026! 🌟

Pelbagai aktiviti menarik, menceriakan suasana dan mencungkil bakat anak-anak PASTI dalam semangat ukhuwah serta kebersamaan. πŸ’š

πŸ“… 15 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 Pagi – 1.00 Petang
πŸ“ SMA TARBIAH DINIAH KULIM (Belakang Pos Kulim)
πŸŽ™οΈ Dirasmikan oleh: Dr. Asyraf Said
(TYDP PAS Kawasan Padang Serai)

✨ Ayuh bersama-sama memberikan sokongan kepada anak-anak PASTI dan menyemarakkan Hari Alam Ria!

PASTI Kawasan Padang Serai
πŸ’š Mendidik Generasi Rabbani, Membina Generasi Berkualiti.

Address

19, Jalan Hi-Tech 1,Kulim Hi-Tech Park
Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI KAWASAN PADANG SERAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI KAWASAN PADANG SERAI:

Shortcuts

Share

Category