18/12/2021
KENAPA IBU BAPA PERLU GALAKKAN ANAK-ANAK BERAKTIVITI MELUKIS & MEWARNA ?
Hi semua ! Haaa menarikkan persoalan tu ? Mungkin ramai yang masih tak tahu kenapa ia penting untuk anak-anak.
APA KEBAIKANNYA
Ibu bapa kena galakkan anak-anak untuk s**a melukis dan mewarna ni seawal usia 3 tahun lagi. Apabila anak melukis, ia akan membantu anak belajar cara berkomunikasi dengan menggunakan objek, simbol atau gambar.
Haaaa jangan tak tahu tau! Aktiviti melukis dapat memperkembangkan kemahiran fizikal anak. Wahhhh anak dapat guna jari tangan untuk melukis pun dah kira bagus untuk tingkatkan motor halus 🥰
Selain itu, ia dapat menggalakkan daya imaginasi anak untuk berfikir dan menghasilkan karya yang baik dan cantik.
lagi baguss ia dapat membantu anak berkomunikasi secara dua hala apabila sedang melukis. Haaaa tahap sosial anak-anak pun boleh meningkat macam ni 🤔
Tu baru sikit je tips, ada banyak lagii manfaat apabila anak selalu beraktiviti melukis dan mewarna ni.
SUMBER : Artikel Pintar.com