02/04/2025
🧩Hari Kesedaran Autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme.
🧩Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak 🧠 yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak👦🏻 yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.
🩺Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak autisme adalah terapi pertuturan-bahasa dan terapi carakerja.