15/07/2026
🎤✨ BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS 2026 | FASA 1 & FASA 2 ✨🎤
Fasa 1 : 7 Julai 2026
Fasa 2 : 14 Julai 2026
Tempat : Dewan Goallball Seri Khadijah
Masa : 3.00 ptg-5.00 ptg
"Bercakap dengan yakin, menyerlahkan potensi!" 🌟
Alhamdulillah, Bengkel Pengacaraan Majlis 2026 telah berjaya dilaksanakan dalam dua fasa, melibatkan murid-murid Pengawas Sekolah SMPK Vokasional Indahpura.
Sepanjang bengkel ini, para peserta berpeluang mempelajari teknik asas pengacaraan majlis, cara berkomunikasi dengan lebih berkesan serta membina keyakinan diri untuk tampil di hadapan khalayak. Pelbagai aktiviti dan latihan praktikal turut dijalankan bagi membantu murid mengembangkan kemahiran komunikasi, meningkatkan personaliti serta mengasah kemahiran interpersonal mereka.
👏 Tahniah kepada semua peserta yang menunjukkan semangat, keberanian dan kesungguhan sepanjang bengkel berlangsung. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi langkah pertama untuk melahirkan pengacara majlis yang berkeyakinan, berwibawa dan mampu menyerlahkan bakat masing-masing.
💙 Terima kasih juga kepada semua guru, penceramah Cikgu Norazam dan Cikgu Aminah dan jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
🌟 Skills for Living : Towards Excellent Future