Prasekolah Sk Taman Indahpura 2

Prasekolah Sk Taman Indahpura 2

Share

Learning with fun

Photos from Prasekolah Sk Taman Indahpura 2's post 09/07/2021

Sepanjang minggu ini....

"Traffic light "

Tahniah ank2 dan ibubapa yg membantu ❤️

Photos from Prasekolah Sk Taman Indahpura 2's post 20/04/2019

Suku projek baru... terima kasih kerana membantu

12/04/2019

Copy n paste ..... tq cikgu..

mak ayah, jgn lupa sekali sekala semak buku sekolah anak.. bukan sekadar bertanya " kerja sekolah ada?".. alamatnya jawapan anak pun simple "tak ada"

yg remaja lagi la kena pantau.jika beg tu nipis je, bawa2 la semak apa isinya.. kot2 dia tapau satu buku utk semua subjek 😂😂

buat spot check buku sekolah sekali sekala buat pelajar sentiasa peka dan lebih fokus dlm kelas... ibubapa kena bekerjasama dgn guru.. bebelkan shj anakmu jika nampak kerja x siap..

jika ada guru x tanda buku, jgn terus serkap jarang guru x buat kerja.. jika boleh, rujuk mana2 guru dan dptkan no phone guru subjek tersebut..

tanya dgn jelas kenapa buku anak x ditanda. kadang2 bukan sbb guru x tanda buku,tp anak2 sering x hantar buku... asyik x siap jer kerja sekolah @ asyik TERLUPA JE ( alasan yg selalu didengar)

nak lagi bagus, mak ayah yg semak buku anak, tanda tangan buku latihan anak2 ( bukan tandakan latihan tu ye... just tandatangan sbg buku disemak oleh ibubapa) .. jadi anak2 sentiasa lihat tandangan tu. tulis je apa2 komen kat buku tu... kata2 motivasi ke...

mana tahu time guru tanda buku,di baca sekali komen mak ayah..jadi guru tahu mak ayah juga pantau buku anak2 dekat rumah...

~Sekian~

Cikgu Maizatul
Kajang
9: 10 mlm

11/04/2019

DOA DAN TIP MENGAWAL TINGKAH LAKU MURID DALAM KELAS, CUBALAH.

Kerana permintaan daripada sahabat saya coretkan di sini. Semoga ia bermanfaat.

Rasulullah SAW pernah ditanya,
Apakah sikap orang islam yang paling baik?

Jawab Baginda “Orang yang menjaga lidahnya daripada menyakiti orang lain”

Baginda ditanya lagi,
Apakah amalan hati ( Iman ) yang paling utama?

Jawab Baginda, “Iaitu orang yang sabar dan pemaaf”

Siapakah mukmin yang paling sempurna imannya?

Jawab Baginda: “Mukmin yang paling baik akhlaknya”

Hadamkanlah hadith ini dan praktik di hadapan murid. Sunnah yang di amalkan memiliki keistimewaan yang kita sendiripun tak sangka.

Perkara yang pertama saya beritahu murid apabila memulakan sesi pengajaran ialah hadith di atas. Yakin dan percayalah mereka boleh jadi baik dan boleh mengawal tingkah laku dengan sebab perbuatan itu Allah dan Rasulullah SAW s**a.

Langkah seterusnya ialah:

1. Volum Suara

Saya tak nafikan ramai cikgu mempunyai peti suara yang istimewa, kadang-kadang tak perlu pembesar suarapun untuk memberi arahan dalam dewan perhimpunan. Sebab hari-hari diasah menggunakan nada yang tinggi, akhirnya menjadi kebiasaan. Tapi yakinlah suara yang sederhana lebih menyerap dalam hati murid. Cakap dengan suara yang kuat itu memenatkan jadi biasakan diri dengan nada suara yang sederhana kerana itulah sunnah Nabi. Tugas guru ialah menyampaikan ilmu. Menyampaikan adalah sinonim dengan bil hikmah. Didik hati untuk sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal.

1. Jentik hati

Percaya atau tidak, senyuman itu terapi, menyebarkan aura positif kepada orang yang memandangnya, senyuman guru kepada murid mampu mengetuk pintu hati. Rasulullah SAW mengetuk pintu hati para sahabat dengan ucapan-ucapan kasih sayang dan ucapan berbentuk keperihatinan seperti “ Ya Muaz, demi Allah! Sesungguhnya aku mengasihi engkau”
“ Cikgu sayang anak-anak semua”, “ Apa khabar”, “ Hari ini sarapan apa?” cikgu akan dapat perhatian daripada murid dengan ucapan-ucapan ini.

2. Cikgu yang bacakan doa

Biasanya murid akan baca doa bersama-sama dalam kelas setiap kali sesi pengajaran. Murid kurang menghayatinya kerana amalan ini sudah menjadi rutin bagi mereka, jadi saya keluar dari kebiasaan. Saya yang bacakan doa murid aminkan. Kesannya subhanallah…kadang-kadang ada murid yang menangis apabila doa di bacakan, Allah sahajalah yang tahu apa yang mereka rasakan. Mungkin doa seorang guru amat diharapkan oleh anak-anak ini. Jika murid menadah tangan pastikan tangannya separas bahu, itulah adab, lambang kesungguhan dan menghormati guru yang sedang mendoakan mereka.

Doanya ialah:

Mulakan dengan salawat ke atas junjungan Nabi SAW
Baca ayat 40 surah Ibrahim ( saya wajibkan diri saya membacanya)
Kemudian sambung..
Ya Allah…
Ampunilah dosa kami
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
Ampunilah dosa guru-guru kami ( wajibkan juga, latih murid ingat guru setiap kali berdoa)
Ya Allah berkatilah ilmu yang kami dapat,
Kami redha dengan guru-guru kami, jadi redhailah kami sebagaimana kami redha terhadap mereka.
Ya Allah perindahkanlah akhlak kami,
Perindahkanlah tutur bicara kami,
Perindahkanlah hati kami,
Perindahkanlah akal dan pemikiran kami,
Perindahkanlah tindakan kami,
Kurniakanlah akal yang kuat, bijak, pandai dan matang
Jadikanlah kami orang yang Berjaya dalam pelajaran..berjaya di dunia dan akhirat
Jagalah kami sebagaimana Engkau menjaga hambaMu yang Soleh dan Solehah.
Akhiri dengan selawat.

3. Arahan yang jelas

Sebelum cikgu menyampaikan ilmu, sampaikan arahan dengan jelas supaya murid dapat bertindak mengikut kehendak guru. Gunakan bahasa yang mudah difahami dan susun ayat dengan teratur terutamanya bila berdepan dengan murid tahun 1.

4. Sampaikan objektif

Penting, berkongsi rasa dan cita-cita itu perlu, ia memberi ruang kepada murid untuk menetapkan matlamat dan hala tuju terhadap kemahiran yang diajar oleh guru.

5. Jangan pernah lelah,bisiklah pada Allah SWT

Hati, fikiran dan perasaan anak didik adalah milik Allah SWT, sekalipun murid kita adalah non muslim jangan lupa bergantung harap kepada Allah SWT, Allah pasti menyebarkan rahmat dan kasih sayangNYA kepada guru yang menumpahkan seluruh jiwa dan raganya pada amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Guru adalah adalah idola murid, apa yang guru lakukan semuanya akan di tiru dan disebarkan. Jadi lakukanlah yang baik-baik, sebutlah yang baik-baik, pakailah yang baik-baik in sha Allah jariahnya akan berpanjangan.



credit to umi wafa

Photos from Prasekolah Sk Taman Indahpura 2's post 09/04/2019

cerita Hari ni...
"Jawi Di Hatiku"

Photos from Prasekolah Sk Taman Indahpura 2's post 08/04/2019

Aktiviti Harini...
*Special project dr Bahan terpakai*

08/04/2019

my mother the branches
my mother the leaves
my mother the tree who cut and whittled herself to build me
a boat offering safe passage
my eyes watch our slow sailing reflection in the water
in its stillness, it's almost impossible to tell
if the tiny yellow lights scattered across its surface are
mirrored stars or crocodile eyes

love u mum.. mummy.. umi.. mak.. ibu ..

Photos from Prasekolah Sk Taman Indahpura 2's post 05/04/2019

The Power of Tracing

Pada kanak-kanak yang mula tunjuk minat menulis, boleh lakukan aktiviti tracing (surih) sebagai salah satu aktiviti pra tulis. Tracing ni ada banyak jenis.... trace gambar, huruf, nombor, pattern (corak) dan lain-lain. Garis putus-putus atau dot-dot memudahkan kanak-kanak menulis mengikut garisan atau pattern yang diberi. Banyakkan aktiviti ini supaya kanak-kanak dapat membiasakan diri memegang pensil dengan betul.

Pada awal-awal lebihkan aktiviti pattern tracing (garis,lengkungan atau macam-macam corak). Itu adalah teknik asas untuk yang baru kenal huruf kerana dapat bantu kanak-kanak untuk mula belajar menulis huruf atau nombor dengan betul kelak seperti berikut:

1) Garisan melintang & menegak (E,F,H,I,L,T,)
2) Garisan condong atas ke bawah (A,M,N,V,W)
3) Lengkungan (C,O,Q,U)
4) Lain-lain corak

Bila jari-jari dah cukup lentur, alih kepada tracing huruf dan nombor yang sebenar. Selamat mencuba

*kredit: lembaran kerja dari google

cnp : Keskanak2

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Sisiran 36/1 , Taman Indahpura
Kulai
81000