SMK Sultan Alauddin, Kulai

SMK Sultan Alauddin, Kulai

Share

Berusaha!Berjaya! Mula dibina pada tahun 1969 dan siap pembinaan pada tahun 1970.

Pada awalnya sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Bukit Besar. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Sultan Alauddin sesuai dengan nama pengasas Kesultanan Johor yang menyambung kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka pada ketika dahulu.

27/05/2026

✨ *MAJLIS MAKAN MALAM GALA ALUMNI - 50 Tahun Menyulam Kenangan, Mengikat Ukhwah* ✨

🌟 Buat semua alumni guru & murid, walau sejauh mana langkah membawa kita… sekolah ini tetap tempat bermulanya banyak cerita kita.

Kini tiba masanya kita kembali berhimpun,
mengimbau nostalgia, menyambung silaturrahim dan meraikan perjalanan 50 tahun penuh bermakna.

πŸŽ‰ Jom hadir ke MALAM GALA ALUMNI sempena Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Sekolah!πŸŽ‰

Ayuh pulang membawa kenangan, bertemu sahabat lama, guru tercinta dan menjadi sebahagian sejarah yang terus hidup selamanya. πŸ’›

πŸ“… Tarikh: 27 Jun 2026
πŸ•— Masa: 8.00 malam
πŸ“ Tempat: Musolla Al-Falah, SMK Sultan Alauddin

πŸ’Ž Pilihan Meja Makan Malam Amal:
πŸ”Ή Meja NILAM – RM300
πŸ”Έ Meja EMAS – RM200
βšͺ Meja PERAK – RM100

_Pembayaran ke Akaun:_
_PIBG SEK SULTAN ALAUDDIN BKT BESAR_
_MAYBANK_
_001169300368_
Catatan di resit : "50th"

✨ Boleh hubungi kami di talian:
Cikgu Julia: 0137842737
Cikgu Noradila: 012741 4369
Cikgu Salmiah: 0197790180

23/05/2026
Photos from SMK Sultan Alauddin, Kulai's post 23/05/2026

Hari Jalinan Mesra SMK Sultan Alauddin πŸ“˜βœ¨

Hari Jalinan Mesra merupakan ruang untuk ibu bapa/penjaga hadir ke sekolah bagi mengambil slip keputusan / report kad anak, di samping berbincang dengan guru tentang perkembangan akademik, sahsiah dan pencapaian anak-anak.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan kecemerlangan serta kesejahteraan anak-anak di SMK Sultan Alauddin. πŸ’

β€œBersama Membina Kejayaan Anak-Anak” ❀️

Photos from SMK Sultan Alauddin, Kulai's post 23/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di SMK Sultan Alauddin 🌷

Terima kasih atas segala ilmu, pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang sentiasa dicurahkan dalam mendidik dan membimbing anak-anak bangsa. Setiap usaha, tunjuk ajar dan keikhlasan yang diberikan amat bermakna dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing untuk masa hadapan. Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan dan terus menjadi inspirasi kepada setiap anak didik. πŸ’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada barisan JK BAGUS yang sentiasa bersama-sama membantu, menyokong dan memeriahkan sambutan Hari Guru bertemakan KEMBAR pada tahun ini. Kehadiran, kerjasama dan komitmen yang diberikan amat dihargai sebagai tanda sokongan yang besar buat seluruh warga sekolah. ✨

Semoga sambutan bertemakan KEMBAR ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengeratkan ukhuwah, mencipta kenangan indah dan menambahkan semangat kebersamaan dalam keluarga besar SMK Sultan Alauddin. ❀️

β€œGuru Bitara, Nadi Negara” πŸ’•

12/05/2026

Tahukah anda?
Bilakah tarikh murid pertama didaftarkan di sekolah ini? Istimewa lagi, mereka lahir pada tahun Malaysia mendapat kemerdekaan dari penjajah.

Jom layan video ini untuk melihat nama-nama yang tercatat pada muka surat pertama Buku Daftar Sekolah. Ada yang kenal ke?

Batch 1970-2025 - Jom ramai-ramai alumni guru dan alumni murid buat tempahan meja untuk MALAM GALA ALUMNI SSA.

Hubungi kami SEGERA.
www.wasap.my/60137842737/malam_gala
www.wasap.my/60197790180/malam_gala

10/05/2026

✨ Majlis Lambaian Kasih buat Pn Ruzita Ita ✨

Warga SMK Sultan Alauddin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada
πŸŒ™ Puan Ruzita Binti Rasti @ Apandi
(PK HEM)

Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci dan memperoleh haji yang mabrur πŸ€²πŸ»πŸ•‹

Semoga pulang nanti membawa keberkatan serta menjadi inspirasi buat seluruh warga sekolah.
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan ibadah cikgu πŸ’

10/05/2026

🚸 PERLAHAN itu penyelamat nyawa! ❀️

Dalam kawasan sekolah, keselamatan murid adalah keutamaan kita bersama.

βœ… Had laju ≀ 15 km/j
βœ… Jangan gunakan telefon semasa memandu
βœ… Elakkan parkir berganda
βœ… Utamakan murid pada setiap masa
βœ… Murid yang membawa motosikal diminta meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan
βœ… Sentiasa berhati-hati dan patuhi peraturan keselamatan jalan raya

Marilah kita bersama-sama mewujudkan kawasan sekolah yang lebih selamat, teratur dan harmoni demi kesejahteraan semua warga sekolah. 🏫✨




09/05/2026

SIAPA BOLEH TEKA, TAHUN BERAPAKAH GAMBAR INI DIAMBIL?

Siapa ahli rumah Badak? Kumpulkan semua ahli rumah untuk buat tempahan meja MALAM GALA ALUMNI SSA bersempena 50 tahun sekolah telah beroperasi. Ingat lagi tak nama guru rumah sukan masa tu?

Siapa tahu nama rumah yang lain?
Belanja sikit gambar.
Jom ajak semua. Kita jumpa semua senior & junior.


SSA di hati
SSA - Saya Sayang Awak

Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Gugusan Taib Andak, Bukit Besar
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00