24/08/2026
☀️ 5 MINIT KESEDARAN KESELAMATAN :
CUACA PANAS, JANGAN AMBIL RISIKO
Unit 3K SMK Sultan Ibrahim meneruskan Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan dengan perkongsian berkaitan keselamatan dan penjagaan diri ketika cuaca panas.
Antara perkara yang ditekankan ialah kepentingan:
💧 Minum air secukupnya
☀️ Mengurangkan aktiviti di bawah terik matahari
🌡 Mengenali tanda-tanda badan terlalu panas
🤝 Saling menjaga dan membantu rakan
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada murid serta ibu bapa/penjaga agar sentiasa peka terhadap keselamatan dan kesihatan anak-anak, khususnya ketika cuaca panas.
JAGA DIRI, JAGA KAWAN, JAGA SEKOLAH. 🌷
Unit 3K, SMK Sultan Ibrahim
Tarikh: 24/8/2026