04/05/2026
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor ke Zenius Tech Kulai.
Kehadiran YB Dato’ memberi suntikan semangat kepada para pelajar yang sedang giat membuat persiapan menghadapi National Robotics League 2026, yang akan berlangsung pada 29–31 Mei 2026.
Kami amat menghargai sokongan dan sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Johor serta kepimpinan YAB Onn Hafiz Ghazi yang sentiasa menekankan kepentingan pembangunan modal insan melalui pendidikan berteraskan teknologi.
Di Zenius Tech, kami percaya bahawa pendedahan awal kepada robotik, coding dan AI bukan sahaja membina kemahiran, malah membentuk generasi pencipta masa depan.
Sokongan ini menjadi pemangkin untuk kami terus:
➡️ Memperkasa silibus berteraskan teknologi terkini
➡️ Menganjurkan platform pertandingan National Robotics League
➡️ Melahirkan bakat muda yang mampu menyumbang kepada pembangunan Bangsa Johor
Kami berasa amat berbesar hati, terinspirasi dan lebih bermotivasi untuk terus melangkah ke hadapan.
Untuk anak Johor. Untuk masa depan.